PEOPLE
MENINGKATKAN KUASA SENAMAN DI RUMAH BERSAMA-SAMA 3SG (NS) BELTRAN TANG
18 May 2020
Ketika di sekolah badannya kurus kering - dengan berat badan tidak sampai 50kg semasa dia berusia 15 tahun. Bentuk badannya berubah dengan cepat apabila dia menyertai gim, dan semua itu menjadi kisah lama apabila dia jatuh cinta dengan sukan powerlifting pada usia 18 tahun.
Kini, Pakar Perisikan Tentera berusia 24 tahun ini ialah seorang powerlifter dan jurulatih peribadi yang boleh mengangkat sehingga 260kg dalam latihan angkat biasa.
Rutin latihan biasanya termasuk menghadiri gim lima kali seminggu untuk tiga jam bagi setiap sesi. Tontoni bagaimana Sarjan 3 (3SG) Tang mengadaptasikan rutinnya agar dia kekal kuat semasa tempoh Pemutus Rantaian Jangkitan COVID-19:
Sekiranya anda terlepas menonton video ini, berikut adalah beberapa petua yang dia berikan:
- Jangan risau jika anda tidak mempunyai beberat atau dumbel di rumah. Anda masih boleh membina otot-otot melalui senaman berat badan seperti tekan tubi, tarik ke atas dan henjut trisep.
- Gunakanlah tempoh pemutus rantaian sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan anda. Kebanyakan powerlifter mengabaikan senaman teras mereka - cuba lakukan senam papan, bangun tubi dan bangkit tubi. Tumpukan kepada senaman asas sebelum berpindah kepada variasi.
- Beli pita rintangan dalam talian. Alat mudah ini akan digunakan untuk pelbagai senaman termasuk angkat biasa, gerak kayuh sambil duduk dan lengkung bisep. 3SG (NS) Tang sedang menunjukkan pelbagai cara dia menggunakan set pita tiga keping untuk senamannya.
ALSO READ IN PEOPLE
Temui anggota tentera yang mengetuai Perbarisan Hari SAF 2026
22 Jun 2026
Kita bertemu dengan Komander Perbarisan LTC Yu Jinliang dan RSM Perbarisan MWO Heng Song Po untuk mengetahui bagaimana mereka membuat persediaan untuk hari besar itu.
Adik-beradik pengawal membawa
15 Jun 2026
Kembar 2LT Shane dan 2LT Shaun Yap meneruskan tradisi keluarga yang membanggakan apabila mereka ditauliahkan sebagai pegawai Pengawal – satu kerjaya yang didedikasikan oleh bapa mereka!
Adik-beradik seperjuangan
02 Jun 2026
Pada usia lima tahun, MAJ Shivashanker telah berjanji untuk menjadi contoh yang baik kepada adik lelakinya yang baru lahir. Hari ini, beliau terus menjadi mentor kepada ME4A Sri Sakthi R, yang mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang askar.

