PEOPLE
MENCORAK PERBEZAAN DALAM KEHIDUPAN ASKAR-ASKARNYA
25 Mar 2022
PEGAWAI PENGAWAL INI MEMBANTU ASKARNYA MENYERLAHKAN VERSI DIRI MEREKA YANG TERBAIK.
Dia pernah bertugas sebagai seorang askar yang dikerah ke berek tahanan. Tetapi tugas tersebut telah mengubah Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) ini dan yang akhirnya menjadi Pengawal terlatih.
Berkemampuan untuk memberi impak positif kepada kehidupan askar muda menurut Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Bernard Tay adalah sebab paling bermakna bagi beliau untuk menjadi askar karier.
"Saya yakin setiap askar mahu mencari hala tujunya sendiri dan ingin diiktiraf. Adalah tugas kami sebagai pemimpin untuk membantu membentuk keadaan supaya mereka boleh mencapai potensi mereka yang sepenuhnya" kata pegawai Pengawal yang berusia 37 tahun itu.
SLTC Tay adalah Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga, Pengawal Singapura (3 Gds) dari 2018 hingga 2020. Beliau berganding bahu dengan panglima-panglimanya untuk membantu askar-askar agar lebih kuat dan bagus, baik sebagai seorang askar mahupun insan biasa.
Berkongsi ilmu
SLTC Tay selalu giat berusaha untuk membantu meningkatkan kehidupan askar-askarnya– contohnya, dia menulis e-buku untuk berkongsi pengetahuannya perihal pengurusan kewangan peribadi.
"Saya rasa adalah bermanfaat bagi mereka untuk belajar bagaimana untuk menguruskan wang sebelum menerima gaji pertama mereka," kata SLTC Tay, kini Pegawai Transformasi Angkatan Kanan.
SLTC Tay juga berkongsi pengetahuan tentang kepimpinan dan pembangunan diri di media sosial. Ia adalah berdasarkan ulasan dan pemikiran peribadinya berkaitan buku yang telah dibaca.
Satu buku yang disyorkan ialah Grit: Why Passion And Resilience Are The Secrets To Success. Berkongsi konsep utama yang dipetik daripada buku itu, beliau berkata: "Kami bercenderung menilai terlalu tinggi pada bakat—dan tidak memberi perhatian kepada jangka masa dan usaha untuk membangunkan sesuatu kemahiran.
"Saya telah menyaksikan banyak contoh askar yang tidak dianggap sebagai askar yang paling berbakat, paling cergas, dan paling kuat.
Tetapi sesudah menamatkan Perkhidmatan Negara, mereka telah, membuktikan diri mereka jauh lebih baik sebagai individu dan sebagai seorang askar (kerana mereka lebih tekun berusaha berbanding yang lain).
"Justeru, saya memang menggalakkan orang ramai untuk membaca buku ini. Bagi saya ia benar-benar memberi mereka gambaran yang baik (kepada) ramuan penting untuk pencapaian matlamat jangka panjang."
SLTC Tay ada satu naskhah khas buku tersebut untuk dihadiahkan!
Untuk mengambil bahagian:
Komen pada siaran kami di Facebook atau Instagram beritahu kami bagaimana anda dan/atau rakan anda telah menjadi insan yang lebih baik semasa menjalani Perkhidmatan Negara.
Tonton video ini untuk menyaksikan bagaimana SLTC Tay membantu askar-askarnya menyerlahkan versi diri mereka yang terbaik.
ALSO READ IN PEOPLE
Adik-beradik seperjuangan
02 Jun 2026
Pada usia lima tahun, MAJ Shivashanker telah berjanji untuk menjadi contoh yang baik kepada adik lelakinya yang baru lahir. Hari ini, beliau terus menjadi mentor kepada ME4A Sri Sakthi R, yang mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang askar.
Mengiktiraf dedikasi selama beberapa dekad
26 May 2026
Lelaki-lelaki ini telah melakukan lebih daripada sekadar bahagian yang sewajarnya melangkaui kitaran NS biasa. Temui Encik Syed Mahazir dan Encik Surindranath, yang telah berkhidmat selama 45 tahun secara keseluruhan dalam Tentera Darat Singapura.
Temui pembantu baharu Presiden
25 May 2026
CPT Ahmad Hafizuddin dan CPT Siow Jing Yi adalah dua daripada 18 muka baharu yang dilantik sebagai pembantu Presiden tahun ini.

