COMMUNITY

MENCARI KAEDAH BAHARU UNTUK MENCERITAKAN KISAH PERTAHANAN MUTLAK

16 Feb 2022

Singapura sentiasa memikirkan tentang kaedah dan bagaimana untuk menceritakan kisah Pertahanan Mutlak dan menyediakannya untuk generasi yang berbeza, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

16feb22_news1-thumbnail

// KISAH THRINA THAM

// FOTO AMOS CHEW


Sebuah kereta kebal AMX13-SM1 yang dimatikan perkhidmatannya dipamerkan di pintu masuk Muzium Negara Singapura, sebagai sebahagian daripada pameran Dislokasi baharunya sempena memperingati ulang tahun ke-80 Kejatuhan Singapura.

Singapura sentiasa memikirkan tentang kaedah dan bagaimana untuk menceritakan kisah Pertahanan Mutlak dan menyediakannya untuk generasi yang berbeza, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Sempena menandakan ulang tahun ke-80 kejatuhan Singapura kepada Jepun, terdapat beberapa orang yang masih hidup, yang telah menghadapi pendudukan Jepun secara langsung.

"Kami perlu menyediakan Singapura untuk generasi lain yang tidak dapat mendengar cerita ini secara langsung – daripada ibu bapa atau datuk nenek mereka."

Dr Ng sedang bercakap dengan pihak media pada 16 Feb, dalam lawatannya ke Diskolasi Muzium Negara Singapura: Kenangan dan Maksud Kejatuhan Singapura, pameran 1942.

Dr Ng sedang meneliti koleksi gambar dan lukisan daripada mereka yang telah menghadapi peperangan. Lawatan beliau ke pameran itu dijalankan sehari selepas Hari Pertahanan Mutlak, yang menandakan kejatuhan Singapura kepada Jepun pada 15 Feb 1942.

Untuk memastikan mesej tentang Pertahanan Mutlak sentiasa kekal relevan, Dr Ng menyatakan bahawa kisah peribadi yang dirakam dalam pameran peringatan Perang Dunia II ini menawarkan peluang kepada khalayak ramai untuk mengaitkan dengan peristiwa yang berlaku pada masa lampau.

Menurut beliau lagi agensi seperti Nexus di bawah naungan Kementerian Pertahanan, serta jawatankuasa antara kementerian, akan terus mengusahakan mesej yang sewajarnya untuk generasi akan datang.

Dr Ng berjalan ke bahagian akhir pameran, yang menggalakkan para pelawat untuk berkongsi kisah ingatan mereka tentang perang melalui keluarga mereka.

Selepas tamat lawatan pameran itu – yang dibahagikan kepada enam seksyen daripada pemindahan sebelum pencerobohan Jepun kepada selepas pendudukan – Dr Ng memuji pameran yang diadakan kerana ia memfokuskan kisah peribadi dan bukan persekitaran politik atau ketenteraan.

"(Ia) adalah berkaitan dengan kehidupan warga biasa apabila negara anda ditawan dan itulah intisari Pertahanan Mutlak."

Kata Dr Ng lagi, perincian yang sedemikian dapat dijalankan melalui temu bual awal oleh Arkib Negara Singapura.

"Muzium Negara memberitahu saya apabila keluarga datang ke pameran itu, mereka juga dapat mengenang semula  beberapa butiran dan turut berkongsinya. Justeru, saya mendapati pameran ini pada keseluruhannya adalah suatu pengalaman yang baik."

Sebahagian daripada muzium itu menyentuh tentang pengalaman penyerahan Singapura yang diceritakan semula secara lisan.

Pameran Dislokasi menggunakan kaedah interaktif seperti realiti terimbuh dan gamifikasi untuk mempersembahkan aspek peperangan yang berbeza.

Umpamanya, dalam seksyen "Peperangan Singapura", para pelawat boleh mengguna telefon kamera mereka untuk melihat rupa bentuk artifak tertentu dalam keadaan asalnya.

Turut disediakan permainan interaktif di seksyen "Persediaan Pertahanan" di mana para pelawat boleh mengikut keputusan yang diambil dalam perancangan pertahanan Singapura.

Dislokasi akan diadakan di Muzium Negara Singapura sehingga 29 Mei.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story