OPS & TRAINING
KELUARGA BERPUSU-PUSU KE PESTA SUKAN NS50
05 Aug 2017
Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara dan keluarga mereka keluar beramai-ramai di hari pembukaan Pesta Sukan "Aktifkan Diri dan Raikan NS50" pada 5 Ogos. Di balapan berhalang Perkhidmatan Negara (NS) yang menjadi inspirasi, golongan bapa menyoraki anak-anak kecil mereka sambil mereka membantu anak-anak kecil mereka menawan halangan seperti tembok rendah, balik/lompat tayar dan tangga Pasukan Pertahanan Awam Singapura.
"Kami membawa kanak-kanak di sini terutamanya untuk mereka berseronok-seronok. Akan tetapi aktiviti-aktiviti ini juga menolong menunjukkan generasi seterusnya akan sumbangan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara terhadap negara dan menyatakan penghargaan mereka," kata Encik Yeo Yue Hui yang juga berada di situ dengan keluarganya dan dua orang anak perempuannya yang masih kecil. Beliau yang berumur 38 tahun itu merupakan Leftenan C3 (Perintah, Kawalan,dan Perhubungan) dari Angkatan Udara Republik Singapura tetapi telah menyempurnakan kewajipan Perkhidmatan Negara beliau dan sekarang merupakan sebahagian daripada Anggota Simpanan Kementerian Pertahanan.
Encik Yeo juga mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman SOC beliau dengan anak-anak perempuan beliau sebelum ke pesta itu: "Saya memberitahunya sesetengah hal (berkaitan SOC) tetapi saya tak fikir dia benar-benar faham. Dia masih terlalu kecil. Mungkin selepas dia melakukannya pada hari ini, kami boleh mempunyai lebih banyak perbincangan di masa hadapan dan kemudian dia akan sedikit sebanyak memahaminya."
Bagi Haqkimi bin Azhar yang berumur 8 tahun, Terbang Kelawar (Flying Fox) merupakan bahagian yang terbaik dari balapan berhalang. "Ayah saya membawa saya ke sini. Terbang kelawar merupakan kegemaran saya kerana saya suka berayun!"
Ayahnya Encik Azhar, 50 tahun berkata: "Saya membawa anak saya ke sini kerana saya mahu dia mencabar ketakutan dalam dirinya dan mengetahui siapa dirinya dengan lebih baik." Seperti Encik Yeo, Encik Azhar juga telah menyempurnakan kewajipan Perkhidmatan Negara beliau dan berkhidmat dengan Pasukan Polis Singapura.
Encik Azhar juga mengingatkan Haqkimi tentang kepentingan menjaga kesihatan. "Saya berkata kepadanya yang saya pernah melakukannya (latihan berhalang) dulu, jadi dia perlu lebih bersenam dan tidak menjadi seperti saya – gemuk!" kata beliau sambil tertawa.
Diadakan di Hab Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Toa Payoh dari 5 hingga 6 Ogos, Pesta Sukan itu merupakan sebahagian daripada perayaan Minggu NS50 bagi memperingati 50 tahun Perkhidmatan Negara (NS) dan untuk berterima kasih kepada generasi-generasi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.
Peserta-peserta menunjukkan sokongan mereka terhadap Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara dengan membawa bendera-bendera kecil Singapura melalui balapan berhalang dan kemudiannya memasukkan bendera-bendera tersebut di dinding pemasangan seni pada akhir balapan berhalang sebagai tambahan seni "Ikrar NS50".
Pondok-pondok aktiviti mempamerkan pelbagai sukan dan senaman statik juga menggalakkan pengunjung untuk mencuba aktiviti-aktiviti baru dan mengekalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.
Pada hari pertama Pesta Sukan itu, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Majlis Sukan singapura (SportSG) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU). Dengan memorandum ini, tiga rakan kerjasama ini berhasrat untuk melakukan lebih banyak perkara dalam mempromosikan kesihatan mampan dan budaya kehidupan sihat bagi Anggota kerahan Perkhidmatan Negara yang sedia beroperasi.
MOU itu ditandatangani oleh Ketua Staf-Staf Am Panglima Latihan dan Doktrin serentak Brigedier Jeneral (BG) Siew Kum Wong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SportSG Dr. Chiang Hock Woon dan Pengarah Divisyen Wawasan, Inovasi, dan Perancangan HPB Dr. Chew Ling.
Ia disaksikan oleh Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral Melvyn Ong, Lim Teck Yin CEO SportSG dan Zee Yoong Kang CEO HPB.
"Askar-askar yang sihat dan kuat sesuai untuk unit dan SAF yang kuat. Kerjasama dengan HPB dan SportSG akan memberikan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara kita lebih banyak aktiviti kesihatan yang boleh mereka laksanakan mengikut masa mereka sendiri melebihi apa yang telah SAF sediakan pada hari ini," kata Mejar jeneral (MG) Ong di penandatanganan itu. "Kerjasama ini juga akan membenarkan kita untuk mereka bentuk dan mengukur aktiviti-aktiviti kesihatan yang boleh Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara lakukan dengan keluarga dan kawan-kawan mereka."
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.





