OPS & TRAINING
FLOTILA KE-9 MENJAGA BENTENG
11 Mar 2021
Setiap hari, semasa kapal perang Tentera Laut Republik Singapura (RSN) belayar melindungi perairan Singapura di samping melindungi talian komunikasi lautnya, terdapat kuasa yang menjaga keselamatan pangkalan tentera laut Tuas dan Changi serta pemasangan luar pesisirnya.
Setiap hari, semasa kapal perang Tentera Laut Republik Singapura (RSN) belayar melindungi perairan Singapura di samping melindungi talian komunikasi lautnya, terdapat kuasa yang menjaga keselamatan pangkalan tentera laut Tuas dan Changi serta pemasangan luar pesisirnya.
Mereka adalah lelaki dan wanita Flotila ke-9.
Bagi Kapten (KPT) Chiang Jun Yong, 26, Pegawai Pemerintah di Flotila ke-9, tugasan bererti menawarkan diri sebagai Pegawai Pertahanan Pangkalan di Pos Perintah Changi dan memastikan pangkalan tetap selamat–baik pada waktu siang mahupun malam.
Semasa syif 12 jamnya, dia menjaga keselamatan pangkalan daripada ancaman luaran, dan memantau kegiatan dalam pangkalan untuk sebarang anomali. Dia juga memantau operasi pangkalan seperti memberi kebenaran untuk semua pergerakan kapal dalam pangkalan.
Perintah & kawalan berpusat
Flotila ke-9 yang baru ditubuhkan memusatkan perintah dan kawalan operasi di kedua-dua pangkalan tentera laut Changi dan Tuas, serta latihan pasukan keselamatan, tentera laut dan operator sistem pertahanan pangkalan di bawah unit singular.
Panglima Tentera Laut Laksamana Muda Aaron Beng melancarkan perasmian flotila baharu dalam Majlis Perasmian Flotila RSN pada 9 Mac.
Flotila ke-9 yang kini membentuk sebahagian daripada Pasukan Petugas Keselamatan Maritim (MSTF), boleh mengintergrasikan unit-unit lain di bawah MSTF untuk menjaga keselamatan maritim.
"Dengan adanya hubungan yang lebih erat dan pertukaran maklumat yang lebih baik di bawah MSTF, kami beroperasi sebagai satu dan memainkan peranan untuk memastikan keselamatan maritim Singapura terjaga," jelas KPT Chiang.
"Perintah terpusat yang ada sekarang adalah memanfaatkan kerana kami dapat menangani ancaman dengan lebih teratur. Semua orang, daripada komander kepada askar-askar di darat, menerima maklumat yang sama tentang perkembangan dalam mana-mana situasi. Memandangkan ancaman boleh menular dengan pantas, adalah amat lebih penting bagi kami untuk meneliti gambaran yang sama."
Berwaspada terhadap ancaman baharu & berkembang
Baru-baru ini, semasa pengawasan KPT Chiang, sebuah dron dikesan berhampiran perairan yang diwartakan di sekitar Pangkalan Tentera Laut Changi.
Pasukan keselamatan di menara pangkalan diberitahu untuk bersiap sedia menjatuhkan dron, manakala Pengawal Pantai Polis dihubungi, melalui Markas MSTF, untuk menyapu garis pantai.
Akhirnya, dron itu dikesan kepada sebuah kapal dagang, di mana anak kapalnya tidak menyedari dron mereka berterbangan di kawasan larangan. Operator dron itu disiasat dan seterusnya diberi amaran tegas.
"Dahulu, kami lebih berfokus pada pergerakan kapal. Tetapi kebelakangan ini, terdapat pelbagai ancaman dari udara, laut, darat mahupun dari dalam laut," kata KPT Chiang.
"Kami perlu sentiasa berjaga-jaga dan lebih bersiap sedia untuk menangani sebarang bentuk serangan."
ALSO READ IN OPS & TRAINING
SAF akan membangunkan campuran keupayaan
27 Feb 2026
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mesti terus memodenkan dan menaik taraf bagi mengimbangi pelbagai ancaman yang semakin meluas.
Kompleks padang menembak baharu di Kem Bedok; Sistem Klasifikasi Perubatan akan direka bentuk semula
27 Feb 2026
Bagi melatih askar untuk persekitaran yang lebih kompleks, SAF akan membina Kompleks Padang Menembak Berbilang Misi yang baharu, serta memperkenalkan peluang kepada anggota perkhidmatan negara untuk memikul peranan baharu, dan lebih banyak cara untuk menjadi sukarelawan.
Menegaskan semula komitmen mereka terhadap pertahanan
07 Feb 2026
Lebih 3,000 anggota NS menunjukkan komitmen mereka terhadap pertahanan Singapura di MOBEX di Kem Selarang.



