OPS & TRAINING
BILA MALAM MENJELMA
31 Aug 2018
MENERBANGKAN BENDERA S'PURA DENGAN PENUH BANGGA: PESAWAT PERANG RSAF MEMBELAH LANGIT DARWIN, AUSTRALIA PADA EXERCISE PITCH BLACK, LATIHAN DI UDARA MULTINASIONAL YANG TERBESAR DI RANTAU INI.
Tanpa mengira siang dan malam, mereka berusaha dengan gigih. Tanpa mengira beroperasi sewaktu cerah dan hampir gelap, mereka memastikan pesawat keluli yang luar biasa ini terbang di udara. PIONEER merakamkan detik bersejarah itu pada juruterbang lelaki dan wanita di sebalik pesawat perang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang mengambil bahagian dalam edisi Exercise Pitch Black yang terbesar. Apa yang diperlukan untuk memastikan 13 jet bersedia untuk bertempur pada waktu faajr dan senja, bersama-sama dengan pesawat tentera dari 15 negara lain?

Apabila anda melancarkan sebuah jet dari laluan penerbangan, anda perlu berhati-hati dengan orang di sebelah anda dan memastikan bahawa beliau tidak menarik (pesawat) keluar (pada masa yang sama), jika tidak anda mungkin terkena letupan jet ."

Penting untuk datang ke sini untuk mengemas kini kemahiran saya dalam satu latihan berskala besar dan mengesahkan taktik kami. Saya juga berpeluang untuk berkongsi pengalaman saya dengan juruterbang muda — mereka perlu menguasai kemahiran yang agak banyak sepanjang beberapa minggu mereka di sini dan saya boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka yang perlu dijangkakan.






Ia merupakan salah satu perhubungan kami yang paling kukuh …dengan negara asing. Singapura membawakan peralatan canggih dan anggota yang berkualiti. Terbang bersama juruterbang Singapura adalah sangat hebat dan terbang bersama mereka boleh jadi mencabar, jadi saya benar-benar menikmatinya.

Melalui interaksi semasa kitaran perancangan, kami mengetahui lebih banyak perkara tentang keupayaan platform kami daripada pengendali itu sendiri.

Kami menggandingkan krew udara kami dengan krew udara dari banyak negara yang kesemuanya menerbangkan pesawat yang berbeza (dan) menggunakan taktik yang berbeza daripada apa yang biasa kami amalkan. Latihan dengan populasi krew udara yang pelbagai itu menjadikan kami lebih efektif dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan.

Di sini, waktu malam tiba begitu cepat. Tidak seperti di Singapura, ia hampir gelap sepenuhnya jadi kami perlu lampu suluh untuk bergerak. Kami juga diberikan tugas yang telah ditetapkan untuk diberikan tumpuan. Kami banyak menjalani latihan di Singapura dan mesti mengguna pakai apa yang telah kami pelajari untuk memastikan kami tidak membuat sebarang kesilapan.

Saya boleh lihat sikap saling mempercayai antara pasukan tentera udara — kepercayaan yang diletakkan pada kami untuk mengisi minyak dan kepercayaan kami terhadap mereka (dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan kami) jadi kami boleh memindahkan minyak dengan selamat dan efisien.

ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.

