OPS & TRAINING
BANTUAN PERSONEL SAF DALAM PROGRAM PEMULIHAN COVID-19 DI RUMAH
27 Oct 2021
Lebih daripada 450 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah ditugaskan untuk membantu orang ramai sebagai rakan pemulihan di rumah untuk pesakit yang pulih daripada COVID-19 di rumah.
Lebih daripada 450 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah ditugaskan untuk membantu orang ramai sebagai rakan pemulihan di rumah untuk pesakit yang pulih daripada COVID-19 di rumah.
Kini lebih ramai pesakit disenaraikan di bawah HRP COVID-19, agensi kerajaan yang dimohon untuk memberikan sokongan, bantuan dan nasihat tentang langkah-langkah yang perlu diambil.
Salah satu daripada agensi ini ialah Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dan ia telah meningkatkan usaha untuk menghantar personel sebagai Rakan Pemulihan di Rumah (HRB) kepada para pesakit ini.
Sejak 29 Sept, lebih daripada 200 Pegawai Tetap dan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) telah mengendalikan talian hangat untuk memberi maklumat kepada pesakit yang sedang pulih di rumah. Para warga kerja SAF yang terlibat berlipat ganda melebihi 450 orang.
Antaranya ialah Koperal (KPL) Luth Danish Bin Zani, yang telah menjadi HRB hampir sebulan.
Sebagai talian hubungan pertama pesakit, KPL Luth membekalkan maklumat dan bantuan yang diperlukan kepada mereka, meyakinkan sambil memastikan agar mereka tahu tempat dituju untuk mendapatkan bantuan. Ini adalah termasuk maklumat tentang pembekal teleperubatan dan juga untuk mendengar perbualan mereka.
"Ada yang berasa cemas dan kecewa kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya, oleh itu peranan kami adalah untuk memahami perasaan mereka, memberitahu tentang protokol untuk HRP dan memberi mereka penjelasan yang terperinci tentang apa yang perlu mereka lakukan sepanjang tempoh 10 hari HRP mereka," kata jurugan bot berusia 23 tahun dari Batalion ke-35, Jurutera Tempur Singapura.
KPL Luth kini bekerja mengikut syif 12 jam dari 9 pagi hingga 9 malam, dengan satu hari rehat untuk setiap dua hari bekerja.
Sebelum mengendalikan talian hangat selaku HRB, dia perlu menjalani latihan ketat yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan SAF.
Latihan itu adalah termasuk membiasakan diri mereka tentang protokol HRP dan mempelajari bagaimana mengendalikan panggilan telefon dan perasaan kecewa pesakit. KPL Luth juga ada senarai Soalan Lazim Ditanya, yang dikemaskinikan dengan dasar negara mutakhir, supaya dia boleh menjawab pertanyaan pesakit dengan cepat dan tepat.
Memudahkan sistem penjagaan kesihatan
Semasa SAF mula-mula ditugaskan pada 29 Sep, segala tugasan mereka telah pun diaturkan. Komander Kumpulan Petugas Pemulihan di Rumah Kolonel (KOL) Tong Yi Chuen dan pasukannya telah menyediakan sistem aliran kerja berasaskan awan untuk mengurus dan memantau pelbagai kes dan panggilan telefon.
Dia juga menghubungi Persatuan Rakyat (PA) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk mempermudahkan proses kerja secara menyeluruh.
Umpamanya, PA akan menghantar pek penjagaan berbentuk bekalan makanan dan barangan runcit kepada pesakit HRP yang memerlukan. Pejabat Generasi Perak, cawangan bantuan di bawah naungan AIC, akan melawat warga tua, menghubungi mereka setiap hari sehingga tamat tempoh perintah pengasingan mereka dan juga menghantar makanan kepada mereka apabila perlu.
Dengan bantuan agensi-agensi ini, pasukan kini boleh mengendalikan hampir semua panggilan mempunyai hubung kait dengan HRP. Selain itu, 90 peratus daripada pesakit HRP akan dihubungi dalam masa 24 jam selepas mereka menyerahkan butiran dalam talian.
Dalam sidang akhbar maya awal pada hari ini, pengarah kumpulan Kumpulan Strategi Krisis dan Operasi KKM Dinesh Vasu Dash menyatakan penghargaannya kepada SAF atas bantuan mereka dengan HRP, memandangkan 70 peratus daripada pesakit COVID-19 dimasukkan ke dalam program itu.
"Ia adalah jumlah yang signifikan, jika tidak akan diarahkan ke beberapa bahagian lain dalam sistem penjagaan kesihatan dan boleh mengakibatkan kesesakan," kata Encik Dinesh.
"Rakan sekerja kami dari SAF telah banyak membantu kami. Kami melihatnya sebagai perjuangan penting (dan) NSF menganggapnya sebagai misi negara."
Ketika ditanya tentang moral anggota SAF yang terlibat, KOL Tong berkata "SAF berkomited dalam perjuangan ini dan kami berharap sumbangan kami telah membantu menambahbaik keadaan."
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.

