COMMUNITY
AYAH, ANDA SEUMPAMA...
12 Jun 2023
Bapa-bapa, turut beratur! Setiap bapa mempunyai pendekatan tersendiri dalam menjalankan "kewajipan ayah" - yang manakah anda?
1. Ayah "EOD".
Seperti jurutera Pelupusan Ordnans Bahan Letupan, anda cekap menghentikan tantrum (dan menukar lampin kotor). Anda telah mengelakkan banyak krisis keibubapaan dengan sikap tenang dan pemikiran pantas anda – terima kasih kerana menghalang keluarga kami daripada meletup umpama bahan nuklear!
2. Ayah "MP".
Adakalanya kami takut juga dengan penampilan anda– Seperti Polis Tentera, anda memang berpegang teguh pada peraturan. Tetapi kami masih menyayangi anda – terima kasih kerana sentiasa memastikan perkara-perkara sentiasa tersusun dan keselamatan kami!
3. Ayah "Doktor Tempur".
Terlecet atau calar lutut? Usang bimbang, ayah yang berdedikasi ini ada menyimpan stok tersedia untuk band-aids. Terima kasih kerana memberi keselesaan dan penjagaan semasa kami mengharungi pertempuran yang paling sukar!
4. Ayah "Operator Sonar".
Seperti operator sonar kapal selam, anda mungkin kelihatan pendiam tetapi anda sentiasa memasang telinga untuk meneliti sebarang masalah. Anda sentiasa prihatin tentang perasaan kami dan menawarkan nasihat terbaik PADA saat-saat kami memerlukannya!
5. Ayah "Jurutera Tentera Laut".
Sebagaimana jurutera tentera laut memastikan kapal mereka berlayar dengan lancar, anda adalah orang yang dicari-cari untuk memperbaiki keadaan dalam rumah. Baik membaiki mainan yang rosak atau membaiki basikal, kami tahu kami boleh mengharapkan anda untuk menyelesaikan sebarang masalah!
6. Ayah "Juruterbang Pejuang".
Seperti juruterbang tentera, anda memiliki keperluan untuk kelajuan dan anda sentiasa bersedia untuk mengharungi sebarang pengembaraan. Kami juga boleh mengharapkan anda untuk menjadi penyokong sejati kami dalam hidup –terima kasih kerana menggalakkan kami untuk membina impian besar dan mencapai cita-cita yang tinggi!
7. Ayah "Pengawal Trafik Udara".
Anda bersikap tenang, hebat dan sentiasa terkawal walaupun menghadapi pergolakan keibubapaan, seumpama pengawal trafik udara. Terima kasih kerana melakukan pelbagai tugasan serentak untuk memastikan aktiviti keluarga terselaras dengan sempurna!
ALSO READ IN COMMUNITY
Persembahan NDP 2026: Melangkaui jangkaan untuk meraikan semangat Singapura yang tidak goyah
03 Jul 2026
Melangkah ke dekad baharu kemerdekaan Singapura, segmen persembahan tahun ini menampilkan lebih 2600 penghibur dan 36 artis, yang mana 24 daripadanya adalah artis baharu.
Penyertaan yang lebih inklusif dan pelbagai dalam NDP 2026
25 Jun 2026
NDP tahun ini kembali ke Stadium Nasional selepas 10 tahun, membawakan penyegaran yang menarik untuk segmen Perbarisan & Upacara!
Tempat yang biasa, suasana segar untuk sambutan NDP 2026
21 May 2026
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini kembali ke Stadium Nasional dengan pertunjukan cahaya dron dalaman yang pertama seumpamanya dan pelbagai aktiviti di sekitar kawasan Kallang.

