DIPLOMACY

ASKAR SINGAPURA, INDONESIA RAIKAN 50 TAHUN HUBUNGAN MESRA

20 Nov 2017

Berbicara tentang persahabatan yang bertahan lama -- Askar Singapura dan Askar Indonesia (TNI-AD) meraikan hubungan dua hala selama 50 tahun antara dua buah negara pada majlis penutup "Exercise Safkar Indopura",

20nov17_news1

// Laporan oleh Ong Hong Tat 

// Gambar oleh Chai Sian Liang


Berbicara tentang persahabatan yang bertahan lama -- Askar Singapura dan Askar Indonesia (TNI-AD) meraikan hubungan dua hala selama 50 tahun antara dua buah negara pada majlis penutup "Exercise Safkar Indopura", yang telah dilangsungkan di Kemudahan Latihan Urban Murai pada 20 Nov.

Latihan selama 12 hari itu menyaksikan pasukan daripada dua pihak askar menjalankan latihan operasi urban bersama, latihan menembak sebenar dan latihan perancangan, serta latihan lapangan secara besar-besaran.

Latihan lapangan menyaksikan askar-askar daripada kedua-dua pihak bertempur bersama-sama melalui landskap urban bagi menguasai objektif. Sepasang kereta kebal Leopard 2SG Main Battle Tanks (MBT) juga telah ditambah ke dalam latihan tersebut. Ia adalah satu platform yang biasa kepada askar-askar daripada kedua-dua pihak kerana TNI-AD juga menggunakan varian Leopard 2 MBT.

Bercakap pada majlis penutup, Ketua Mejar Jeneral Askar (MG) Melvyn Ong berkata: "Ini merupakan kali pertama kami mempunyai askar-askar daripada ketenteraan aasing beroperasi bersama-sama krew kami dalam Leopard 2SG MBT.

"Itu adalah petunjuk saling mempercayai dan memahami yang paling jelas yang telah kami jalinkan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Hasil daripada latihan ini, kedua-dua pihak askar telah menjadi akrab dengan ketara sekali."

Beliau menambah: "Tahun ini kami meraikan hubungan dua hala selama 50 tahun antara Singapura dan Indonesia…ini bukan hubungan yang berlaku secara kebetulan, ia hanya melalui kerelaan dan inisiatif daripada kedua-dua negara di mana kami dapat mengambil pendekatan jarak jauh dan berusaha ke arah mencapai matlamat bersama kami."

Sependapat dengan MG Melvyn Ong, Ketua Pegawai Turus TNI-AD Jeneral (GEN) Mulyono menyatakan dalam ucapan beliau bahawa latihan tersebut bukan sahaja meningkatkan kemahiran dan keupayaan askar-askar, malah ia satu cara meningkatkan kerjasama dan persahabatan antara dua pihak askar.

Bagi pasukan askar Singapura di darat, ia adalah tempoh meningkatkan keyakinan apabila askar kerahan yang bekerjasama bersama-sama mereka ialah rakan sejawatan dari Indonesia yang lebih berpengalaman yang merupakan askar Tetap.

Ujar Leftenan Kolonel Raymond Koh, Pegawai Pemerintah Rejimen Infantri Singapura Batalion ke-6 (6 SIR): "Ini merupakan kali pertama askar-askar saya telah berinteraksi dengan askar asing dan saya amat berpuas hati melihat tahap komitmen dan kesungguhan daripada mereka.

"Melalui perbincangan, kami menyedari bahawa proses perancangan kami berkongsi begitu banyak persamaan. Jadi sebagai komander, kami dapat bekerjasama dengan pantas bagi merancang dan melaksanakan latihan."

Ia adalah pengamalan yang membuka mata bagi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa seperti 3SG Syahidul Matin Bin Mohd Puad, Komander Bahagian dan 6 SIR. "Menarik untuk menyaksikan bagaimana askar-askar Indonesia bekerja. Saya agak kagum dengan tahap kerjasama yang telah kami capai dalam tempoh yang sekejap ini dan kami telah berjaya menguruskan operasi serangan (yang ditugaskan kepada kami) bersama-sama askar Indonesia."

Ujar Mejar (MAJ) Medi Haryo Wibowo daripada TNI-AD: "Latihan tersebut sangat hebat; kami berkongsi pengetahuan dan membina sikap saling menghormati dan mempercayai.

"Ia membuktikan betapa rapatnya (dua pihak askar) -- berupaya menjalani latihan bersama-sama pada peringkat ini."

 

MG Ong (kiri) menyerahkan bendera Safkar Indopura kepada GEN Mulyono. Indonesia akan menganjurkan edisi latihan yang seterusnya.
Lindungi saya! Askar Singapura dan Indonesia bertempur bersama-sama untuk menawan objektif urban latihan akhir yang dilangsungkan di Kemudahan Latihan Urban Murai.
Sepasang Leopard 2SG MBT bergerak ke tempat kejadian. Ini adalah kali pertama siri-siri latihan telah menggabungkan asset-aset berperisai dan juga kali pertama askar-askar daripada pasukan tentera asing telah beroperasi bersama-sama askar Singapura dalam Leopard 2SG MBT.
MAJ Medi daripada TNI-AD menyatakan bahawa latihan tersebut amat berguna bagi kedua-dua bahagian, memupuk sikap saling memahami dan menghormati.
MG Ong (kanan) dan GEN Mulyono memegang patung kecil yang menggambarkan askar-askar daripada kedua-dua bahagian, memperingati hubungan dua hala selama 50 tahun antara Singapura dan Indonesia.
Rakan seperjuangan - Cenderamata yang direka khas menggambarkan askar-askar daripada kedua-dua buah negara.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story