COMMUNITY
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG NS HUB
25 Nov 2019
Menjelang 2023, anggota-anggota perkhidmatan negara boleh mengakses semua aktiviti Perkhidmatan Negara (NS)-dan yang berkaitan latihan mereka di satu pusat sehentian.
NS Hub baru sahaja menandakan permulaan pembinaan dalam acara memecah tanah yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada 25 Nov.
Berikut adalah lima perkara yang boleh dijangkakan daripada NS Hub baharu ini.
1. Selesaikan semua urusan perkhidmatan NS anda di satu lokasi
Dengan NS Hub, anggota-anggota perkhidmatan negara tidak perlu lagi melaporkan diri di pelbagai kem di seluruh Singapura untuk perkhidmatan NS yang berbeza.
NS Hub baharu itu akan menempatkan Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB), Institut Perubatan Tentera (MMI) dan sebuah Pusat Penyesuaian Kecergasan (FCC) bagi memenuhi semua perkhidmatan yang diperlukan oleh pra calon tentera dan Anggota-anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi.
Ia juga akan mempunyai sebuah e-Mart untuk anggota-anggota NS membeli but askar dan kemeja-T pentadbiran!
Buat masa sekarang, pra calon tentera menghadiri saringan perubatan di CMPB di Depot Road, dan pergi ke MMI di Kent Ridge untuk perkhidmatan perubatan pakar yang lain. Anggota-anggota NS mengambil Ujian-ujian Kecergasan Fizikal (IPPT) di pelbagai lokasi seperti Kem Maju dan Kem Bedok.
Sebaik sahaja ia siap, NS Hub boleh diakses terus melalui jejantas dari Stesen MRT Cashew di Upper Bukit Timah Road.
2. Nikmati perkhidmatan yang lebih pantas dengan teknologi pintar
Tiada lagi barisan panjang untuk "mendaftar masuk", kerana anggota-anggota perkhidmatan negara yang melawat NS Hub boleh mendaftar diri mereka di e-Kiosk yang dilengkapi teknologi pengenalan wajah.
Mereka juga boleh membuat transaksi digital melalui aplikasi mudah alih pelawat NS Hub dan menerima respons yang diperibadikan mengenai janji temu mereka.
Teknologi ini dijangka mengurangkan masa menunggu secara keseluruhan untuk saringan perubatan sehingga 30 peratus!
NS Hub juga akan memanfaatkan analisis data – dengan cerapan mengenai masa beratur dan jangka masa transaksi – untuk memperbaiki perkhidmatan yang sepertinya untuk anggota-anggota perkhidmatan negara.
3. Menggunakan kemudahan moden IPPT
IPPT akan dijadikan lebih mudah untuk anggota-anggota perkhidmatan negara. Tanpa perlu "mendaftar masuk" kem, anggota-anggota perkhidmatan negara akan boleh melakukan In-Processing terautomasi di FCC NS Hub.
Mereka kemudiannya boleh berjalan ke gim untuk Latihan Persediaan IPPT mereka atau pergi ke trek larian terlindung untuk mengambil IPPT mereka.
Menghadap Koridor Rel, FCC ini akan menjadi kemudahan dibina khas, serba cuaca Angkatan Bersenjata Singapura yang pertama untuk IPPT dan latihan kecergasan.
4. Kawasan untuk bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan
Seperti juga Rumah-rumah Kelab SAFRA, NS Hub bakal menjadi tempat anggota-anggota perkhidmatan negara berehat dengan keluarga dan kawan-kawan.
Hub ini akan mempunyai pelbagai kemudahan yang dibuka kepada orang awam – ini termasuk medan selera, pusat penjagaan kanak-kanak dan kawasan komuniti luar dengan trek larian dan padang bola.
Bagi mereka yang berminat dengan hiburan secara langsung, NS Hub juga akan menjadi tuan rumah kepada Power 98 Love Songs dan stesen radio 88.3JIA di mana pelawat-pelawat boleh menyaksikan DJ radio kegemaran mereka bersiaran secara langsung.
Terdapat juga studio di mana orang awam boleh menyaksikan persembahan.
5. Jadi sebahagian daripada kelestarian alam sekitar
Pelawat ke NS Hub baharu akan gembira apabila mengetahui bahawa bangunan ini akan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui – tenaga yang dijana daripada panel-panel solar-nya akan mentenagakan lebih daripada 110 Unit HDB 4 bilik setahun!
Bangunan ini akan mengguna pakai penyelesaian penjimatan tenaga seperti penggunaan pengudaraan semula jadi dan pelindung solar untuk penyejukan.
Akhirnya, ia akan menggunakan pengumpulan air hujan untuk mengumpul air tak boleh minum untuk pengairan dan tujuan-tujuan lain.
ALSO READ IN COMMUNITY
MINDEF melancarkan rangkaian baharu untuk sukarelawan menyumbang kepada pertahanan negara
12 May 2026
Sama ada anda muda atau tua, rakyat Singapura, PR, warganegara baharu atau warga asing, Rangkaian Sukarelawan Pertahanan Singapura menawarkan peluang baharu dan lebih luas untuk mengambil bahagian dalam pertahanan negara.
Surat daripada ibu saya
06 May 2026
Sempena Hari Ibu ini, para anggota tentera berkongsi surat-surat menyentuh hati yang mereka terima daripada ibu mereka semasa kem lapangan BMT mereka.
Setiap Anak Lelaki Singapura IV: Temui Kadet Pakar Kami
09 Feb 2026
Siapakah anak-anak lelaki (dan perempuan) yang berharap untuk mendapatkan pangkat kebesaran mereka? Tonton musim terkini Every Singaporean Son, ketika mereka memasuki Sekolah Kadet Pakar dalam perjalanan mereka untuk menjadi pemimpin dalam SAF.

