PEOPLE
ADI IBU ANGKATAN TENTERA UDARA
11 May 2023
Ibu kepada tiga anak tentera ini menangani tuntutan tugasan ibu dan kehidupan bekerja dengan penuh semangat dan baik.
Di tempat kerja, dia membantu mempertahankan ruang langit Singapura sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF). Di rumah, dia menguruskan keluarganya dan memastikan mereka terus kukuh, sama seperti Ketua Pemerintah atau Sarjan Mejar Rejimen.
Ketemukan Mejar (MEJ) Shirley Che, ibu kepada tiga orang anak.
Setiap pagi hari minggu, dia bangun tepat pada pukul 6 am, bangunkan anak-anaknya dan sediakan mereka untuk hari tersebut.
Menjelang 6.45 pagi, dengan ketepatan tentera, seisi keluarga itu akan keluar dari rumah kerana MEJ Che dan suaminya, Leftenan Kolonel (LTC) Jason Huang, akan menghantar mereka ke sekolah.
Pada jam 8 pagi, pasangan itu akan berada di pejabat masing-masing untuk bekerja. MEJ Che, 44, adalah pegawai staf di Markas, Komando Pertempuran Udara, sedangkan LTC Huang, 45, adalah ketua cawangan di Jabatan Tenaga Kerja Udara.
Pada waktu rehat tengah hari, MEJ Che akan menelefon pembantu keluarga, untuk tahu sama ada dia telah menjemput Jude dari sekolah.
Selepas bekerja, MEJ Che akan membawa Joey dan Jesse pulang dari sekolah atau menghantar mereka untuk aktiviti pengayaan. Tetapi hari masih belum berakhir – selepas makan malam, dia akan mengajar anak-anak bersama suaminya.
"Saya ingin berterima kasih kepadanya kerana menjaga keluarga. Bukan mudah bagi ibu yang bekerja," kata LTC Huang.
"Kami boleh tidur untuk lima minit lagi, tetapi dia tidak boleh. Dialah yang mengejutkan semua orang tepat pada masanya, membangunkan semua daripada katil dan meninggalkan rumah tepat pada masanya."
Tetapi MEJ Che yang meremehkan sumbangannya, berkata: "Ini adalah sesuatu yang biasa, saya tidak terfikir ia lebih siong (slanga untuk sukar) bagi saya. Semua ibu bapa juga akan melakukannya."
Ia betul-betul amat menjerihkan
Meskipun begitu, MEJ Che terkenang menjaga anak-anak adalah lebih mencabar pada awalnya.
Pada masa itu, dia adalah Pegawai Perang Udara (Senjata Pertahanan Udara) muda yang mengendalikan sistem pertahanan udara bumi I-Hawk. Dia terpaksa berada di medan lapangan untuk menjalankan tugasan 24/7 dengan kerap, sehingga tiga hari berturut-turut.
"Yang paling mencabar adalah tidak boleh bersama dengan anak-anak; saya tidak dapat bersama mereka sesuka hati saya," kata MEJ Che.
"Tetapi dia akan menelefon mereka setiap hari," LTC Huang mencelah. "Saya amat menghargai segala usahanya terhadap keluarga kami. Saya rasa saya tidak mengatakannya dengan cukup."
Contohnya, dia akan cuba untuk mengenali rakan-rakan anak-anaknya. Dan bila dia terpaksa bertugas di luar untuk tempoh masa yang lama, dia akan menyediakan anak-anak untuk pelajaran mereka dengan lebih awal.
Ia berlaku pada September 2021 semasa Joey sedang bersedia untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). MEJ Che terpaksa meluangkan masa tiga minggu di Amerika Syarikat untuk Latihan Tempaan Sabre, latihan serangan bersepadu di antara RSAF dan Angkatan Tentera Singapura.
Anak-anak amat berterima kasih atas segala yang dilakukan oleh ibu untuk mereka selama ini. "Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami, dan memastikan kami ada semua keperluan kami," kata Joey dan Jesse.
Tambah Jude sambil bergelak nakal: "Terima kasih mummy kerana menghantar saya ke sekolah!"
Ditanya apakah hasratnya untuk Hari Ibu tahun ini, MEJ Che hanya berkata: "Saya hanya mahu anak-anak saya sentiasa sihat."
ALSO READ IN PEOPLE
Temui anggota tentera yang mengetuai Perbarisan Hari SAF 2026
22 Jun 2026
Kita bertemu dengan Komander Perbarisan LTC Yu Jinliang dan RSM Perbarisan MWO Heng Song Po untuk mengetahui bagaimana mereka membuat persediaan untuk hari besar itu.
Adik-beradik pengawal membawa
15 Jun 2026
Kembar 2LT Shane dan 2LT Shaun Yap meneruskan tradisi keluarga yang membanggakan apabila mereka ditauliahkan sebagai pegawai Pengawal – satu kerjaya yang didedikasikan oleh bapa mereka!
Adik-beradik seperjuangan
02 Jun 2026
Pada usia lima tahun, MAJ Shivashanker telah berjanji untuk menjadi contoh yang baik kepada adik lelakinya yang baru lahir. Hari ini, beliau terus menjadi mentor kepada ME4A Sri Sakthi R, yang mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang askar.

