DIPLOMACY
USAHA KOLEKTIF PERLU UNTUK RANTAU ASIA YANG STABIL: DR NG
03 Jun 2018
"Terdapat banyak perbincangan bahawa pertumbuhan China, India dan ASEAN, pusat graviti telah beralih ke arah timur. Namun abad ASEAN atau Asia ini hanya boleh direalisasikan jika semua negara, besar dan kecil, mengambil usaha kolektif untuk bersama-sama mengatasi cabaran keselamatan dan ekonomi."
"Terdapat banyak perbincangan bahawa pertumbuhan China, India dan ASEAN, pusat graviti telah beralih ke arah timur. Namun abad ASEAN atau Asia ini hanya boleh direalisasikan jika semua negara, besar dan kecil, mengambil usaha kolektif untuk bersama-sama mengatasi cabaran keselamatan dan ekonomi."
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menyatakan perkara ini semasa ucapan pleno beliau pada Dialog Shangri-La (SLD) tahun ini bertarikh 3 Jun.
Ancaman keganasan yang berterusan, pertikaian maritim Laut China Selatan dan isu-isu panas lain seperti hasrat Korea Utara tentang nuklear mendominasi SLD ke-17, yang dianjurkan oleh Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik yang berlangsung dari 1 hingga 3 Jun.
Mengekalkan perintah berasaskan peraturan
Dalam ucapan beliau pada sesi pleno kelima, Dr Ng menekankan keperluan untuk semua negara, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China, bagi mendukung perintah berasasan peraturan, supaya Asia terus berkembang maju dan makmur.
Kedua-dua negara China dan AS "sedang mencuba untuk menangani tanggapan ketidaksamaan dan prinsip atau amalan yang diterima yang merugikan mereka ", dan penting bagi kedua-dua negara itu untuk menemui pemahaman bersama, ujar beliau.
"Ia akan menjadi senario kalah-kalah bagi dunia sekiranya AS dan China tidak bersedia untuk menjalinkan kerjasama untuk satu sistem inklusif di mana negara-negara besar dan juga kecil boleh mendapat manfaat, serta di mana peraturan tersebut terpakai kepada semua.
"Kami harap bahawa kesedaran minda dan kepimpinan akan menyerlah dan AS dan China mengelakkan perang perdagangan yang hanya boleh membawa kepada mudarat berbanding manfaat."
Negara-negara Timur Laut Asia penting bagi ASEAN
Walaupun hubungan AS -China merupakan hubungan dua hala yang paling penting bagi Asia Pasifik, hubungan antara negara-negara Timur Laut Asia juga penting untuk kestabilan ASEAN, tegas Dr Ng.
Mengambil kira anjakan positif dalam hubungan di kalangan negara China, Jepun dan Korea Selatan, Dr Ng menyatakan bahawa Angkatan Pertahanan Diri Jepun akan meningkatkan penglibatannya dengan Tentera Pembebasan Rakyat China selepas terhenti selama enam tahun. Kedua-dua negara juga akan menubuhkan satu talian keselamatan bagi meredakan ketegangan semasa insiden di udara dan laut.
Di samping itu, tiga buah negara ini baru-baru ini mengembalikan semula sidang kemuncak tiga hala pada peringkat menteri bagi mengukuhkan dialog dan kerjasama merentasi pelbagai bidang.
Negara-negara seperti India, Perancis, Jerman dan United Kingdom juga menegaskan komitmen mereka kepada rantau ini.
Dr Ng menyatakan: " Semangat yang diperbaharui oleh negara-negara ini mencerminkan pengiktirafan dan juga sikap mengambil berat tentang kestabilan di Asia, kerana (rantau) ini mengandungi laluan laut dan udara antarabangsa utama yang penting kepada fungsi perdagangan dan pasaran global."
Fokus ASEAN pada tatakelakuan Laut China Selatan
Semasa temuramah bersama media, Dr Ng juga menekankan bahawa salah satu bidang fokus Singapura, sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, adalah untuk berkembang dalam mengakhiri Tatakelakuan (COC) di Laut China Selatan.
COC harus menangani kebimbangan kedua-dua pihak penuntut dan negara-negara pengguna dan mestilah ada tolak ansur apabila merangka peraturan, tegas beliau.
"Laut China Selatan adalah bukan laluan yang asing. (Berupaya) untuk belayar melalui laluan air ini …(dengan) kepastian bahawa tiada kejadian tidak diingini akan berlaku... (akan menjadi) satu langkah penting dalam membina keyakinan."
Beliau menambah bahawa semua negara ASEAN telah bersetuju untuk mengambil bahagian dan menghantar kapal atau pasukan ke Latihan Maritim ASEAN-China yang akan dipengerusikan bersama dengan Singapura dan China selanjutnya tahun ini.
Mengukuhkan hubungan pertahanan S'pura-M'sia
Pada acara sampingan Dailog tersebut, Dr Ng mengadakan pertemuan dengan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia yang baru dilantik.
"Kami bercakap tentang banyak perkara, termasuk makanan yang enak di Singapura dan Malaysia… Beliau mengajukan pertanyaan kepada saya tempat untuk menikmati biryani ikan terbaik di Singapura dan beliau memberitahu saya tempat makanan yang disukai ramai di Malaysia," ujar Dr Ng sambil ketawa semasa temuramah bersama media.
Mengenai perkara yang lebih serius, beliau menyatakan bahawa beliau berasa amat yakin dengan penegasan En. Sabu terhadap hubungan pertahanan antara dua negara ini, dan juga pemahaman tentang kepentingan dan manfaat Lima Aturan Pertahanan Kuasa.
"Malaysia akan meneruskan komitmennya dan ingin memelihara, jika tidak bertambah baik, hubungan pertahanan (kita). Ia adalah satu permulaan yang sangat baik dan mesra," ujar Dr Ng.
ALSO READ IN DIPLOMACY
17 negara melancarkan rangka kerja baharu untuk kerjasama infrastruktur dalam laut yang kritikal
30 May 2026
Dilancarkan di luar Dialog Shangri-La ke-23, GUIDE ialah rangka kerja baharu yang menyatukan negara-negara untuk kerjasama pertahanan dalam meningkatkan keselamatan Infrastruktur Dalam Laut Kritikal.
PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
01 Jun 2025
“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.
DIALOG SHANGRI-LA MEMPERLIHATKAN PERBINCANGAN TERUS TERANG BERKAITAN ISU KESELAMATAN
04 Jun 2023
Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.





