TERJUN KE BIDANG PERNIAGAAN

PhilipChua https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/philipchua.jpg?sfvrsn=8af281a8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TERJUN-KE-BIDANG-PERNIAGAAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TERJUN-KE-BIDANG-PERNIAGAAN
TERJUN KE BIDANG PERNIAGAAN
01 Jan 2019 | PEOPLE

TERJUN KE BIDANG PERNIAGAAN

// CERITA OLEH THRINA THAM

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG & IKHSAN DARIPADA ENCIK CHIA

Menukar bidang dari seorang bekas penyelam tentera laut ini untuk menjadi usahawan bukanlah sesuatu yang mudah.

Walaupun dia seorang penyelam elit angkatan tentera laut, tetapi dia merasa seperti ikan di atas darat.

Dengan pengalaman selama 18 tahun di Unit Penyelam Tentera Laut (NDU), Encik Philip Chia sangat arif mengenai operasi dan latihan di dalam air.

Tetapi memulakan perniagaan selam skuba sendiri bukanlah mudah.

Menceburi Bidang Baru

Encik Chia menubuhkan Aquanox Scuba pada tahun 2011 dengan isterinya Selena Yan, yang juga berhenti bekerja untuk membantu memulakan perniagaan.

Dalam tempoh empat tahun yang pertama, beliau berhempas pulas untuk mengekalkan syarikat itu. Aspek perniagaan mengenai menyelam utuk rekreasi adalah sesuatu yang benar-benar baru untuk bekas Pegawai Waran 2 ini.

"Kami dapat mengenali peniaga utama di dalam industri dan berbincang dengan mereka tentang cara memperbaiki, seperti perkara yang perlu kami tumpukan untuk penjimatan kos," kata b bkas pegawai berusia 43 tahun itu.

"(Sebagai contoh) di Singapura, kami tidak mempunyai tempat menyelam di pintu belakang kami, semuanya di luar negara.

Jadi kami perlu merancang  untuk musim yang sibuk/puncak dan musim yang tidak sibuk dengan sewajarnya. "

Dengan keazaman pasangan Chia yang tinggi, akhirnya perniagaan mereka mula meningkat naik.

Tujuh tahun kemudian, syarikat itu kini mengadakan lawatan menyelam secara tetap di Tioman dan Bali dan bahkan telah memenangi anugerah Sekolah Skuba Antarabangsa (SSI) seperti "Pusat Selam SSI tertinggi” bagi tahun 2012 dan "Pusat Selam Terbaik SSI" untuk tahun 2015.

Walaupun pasangan ini bermula dengan 10 set peralatan menyelam (termasuk alat untuk mengimbangi keapungan dan pengawal atur), kini mereka mempunyai 17 instruktur yang aktif dan 60 set peralatan di kedai-kedai mereka di Singapura, Tioman dan Bali, serta kedai menyelam tempatan di Pusat Membeli-belah Parklane.

Mereka juga mengadakan kelas mengajar untuk kakitangan dari firma seperti KPMG dan Ernst dan Young, serta pelajar dari Institut Teknologi Singapura.

Penyelam Angkatan Tentera Laut

Seorang lelaki yang ceria dan bertenaga, Encik Chia telah menjalani kehidupan yang berwarna-warni sejak zamannya sebagai penyelam muda angkatan laut pada tahun 90an.

Sebahagian daripada tugasnya dalam Kumpulan Penyelam Pemugaran NDU, beliau bertanggungjawab untuk bekerja dengan kawan untuk mencari orang yang hilang. Pekerjaan pertamanya memerlukan beliau untuk mencari lelaki yang tenggelam di Boat Quay pada pukul 3 pagi.

"Keadaannya sangat gelap dan walaupun kami mempunyai lampu suluh, kami tidak dapat melihat apa-apa, jadi kami terpaksa menggunakan tangan kami untuk merasa," katanya. "(Dengan cara ini) ia adalah sesuatu perbuatan yang baik sebab kami boleh membawa mayat mangsa kepada ahli keluarganya."

Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan yang meletupkan periuk api Perang Dunia II (WWII) di Selat Singapura pada tahun 1997.

Cik Yan memahami betapa seriusnya beliau tentang kerjaya, dan menyokong beliau dalam menghadiri Kursus Pembuangan Bahan Letupan selama tujuh bulan di Amerika Syarikat - walaupun beliau sedang hamil ketika itu..

"Kami akan bercakap melalui telefon dan dia akan menghantar saya poskad mengenai perutnya yang sedang membesar ... Dia juga memberitahu saya bahawa dia akan menggosok perutnya setiap malam dan memberitahu bayi kami untuk menunggu saya balik sebelum keluar."

Selepas tamat pengajiannya, Encik Chia dibenarkan pulang ke Singapura dua hari lebih awal. Anak perempuannya, Melanie, kini berusia 20 tahun, dilahirkan dua hari selepas kepulangannya.

Membina Semangat Berpasukan

Sebagai seorang yang mempunyai jiwa yang sentimental, Encik Chia berhasrat untuk membina "unit menyelam di dalam Aquanox – walaupun hanya semangat.

"Keseronokan menjadi anggota NDU adalah kesatuannya yang kami gembira dengan rakan-rakan kami, sama ada anda seorang yang muda atau senior," katanya. "Saya mahu menubuhkan 'unit menyelam' di mana semua orang bersedia bantu membantu ... di mana penyelam profesional dan pelajar menyelam dapat berlatih bersama-sama dengan standard tertinggi.

Seorang yang percaya kejayaan hanya akan dapat dengan usaha keras, Encik Chia memetik kata-kata dari filem Men of Honor, filem kesukaannya mengenai penyelam angkatan laut: "Ada petikan di dalamnya yang saya sangat suka - 'Seorang penyelam angkatan laut adalah pakar penyelamat. Jika ia hilang di dalam air, dia akan mencarinya. Jika ia tenggelam, dia membawanya ke atas, jika ia menghalang laluan, dia akan menggerakkannya.'

"Di dalam dunia ini, (mungkin) ada banyak halangan (dengan cara anda), tetapi saya berkata 'jika ada halangan, keluarkannya'.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
01 Jan 2019

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
01 Jan 2019

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
01 Jan 2019

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
01 Jan 2019

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
01 Jan 2019

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
01 Jan 2019

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
01 Jan 2019

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
01 Jan 2019

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
01 Jan 2019

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
01 Jan 2019

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.