TERBANG LEBIH JAUH DI BAWAH SAYAP MEREKA

11nov19news2-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11nov19news2-127c11861-d1ee-4187-b3ba-36354595f3b4.jpg?sfvrsn=635e8f71_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TERBANG-LEBIH-JAUH-DI-BAWAH-SAYAP-MEREKA
TERBANG LEBIH JAUH DI BAWAH SAYAP MEREKA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TERBANG-LEBIH-JAUH-DI-BAWAH-SAYAP-MEREKA
11 Nov 2019 | OPS & TRAINING

TERBANG LEBIH JAUH DI BAWAH SAYAP MEREKA

Pesawat-pesawat pejuang gemilang ini telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) selama lebih dua dekad. Sekarang sudah tiba masanya kapal terbang tangki jarak jauh KC-135R direhatkan.

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH CHAI SIAN LIANG, PIONEER PHOTOGRAPHERS & IHSAN RSAF

English 华文
English 华文
Tiga pesawat KC-135R sedang membuat pengisian minyak dari udara ke udara untuk pesawat F-15SG.

Pesawat-pesawat in telah membolehkan jet-jet pejuang kami terbang lebih jauh dan kekal di udara lebih lama, dengan menyediakan Pengisian Minyak dari Udara ke Udara (AAR). Sejak kapal terbang tangki jarak jauh KC-135R diperoleh oleh RSAF pada Sep 1997, mereka telah menyertai dalam operasi dan latihan berprofil tinggi yang tidak terkira banyaknya.

Kapal terbang tangki ini juga boleh melakukan pemindahan aero-perubatan dan misi angkut udara dan telah dikerah dalam usaha-usaha bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) seperti selepas bencana gempa bumi pada tahun 2011 di Christchurch, New Zealand.

Pada Jun tahun ini, kapal-kapal terbang KC-135R membuat penerbangan terakhirnya. Di tempatnya ialah penggantinya, pesawat Airbus A330 Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan yang akan mengambil alih keperluan AAR dan angkut udara RSAF.

"Saya gembira dapat menyaksikan aksi keupayaan KC-135R dan yang sepertinya untuk RSAF, serta bagaimana keupayaannya menyumbang kepada kejayaan RSAF bersama-sama para anggota yang terus komited dalam memainkan peranan mereka menjaga ruang udara Singapura," kata Leftenan Kolonel (LTC) Yeo Hwee Liang, Pegawai Pemerintah (CO) terakhir Skuadron 112 (SQN), yang menjalankan operasi KC-135R.

Perkhidmatan 22 tahun KC-135R kami hampir tiba ke penghujungnya. Berikut adalah beberapa misi yang telah dilalui, bersulamkan kisah bagaimana pesawat dan anak-anak kapal telah meninggalkan kesan tersendiri ke atas orang dan tempat yang mereka lawati.


 

KC-135R menyertai pasukan antarabangsa dalam usaha multinasional untuk membina semula Iraq, mengisi minyak untuk pelbagai jenis pesawat daripada jet pejuang kepada kapal tangki udara daripada angkatan tentera bersekutu.

Membina Kehidupan Semula

Pada 2003, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyahut sahutan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membina semula Iraq dan  memelihara keselamatan dan kestabilan di rantau Teluk.

Diberi nama kod "Operation Blue Orchid", misi lima tahun itu menyaksikan kerahan KC-135R, dan pesawat pengangkut C-130. Turut serta Kereta Kebal Kapal Pendarat daripada Angkatan Laut Republik Singapura, dan sejumlah 998 anggota-anggota SAF lelaki dan wanita.

Mengimbas kembali masa dia berkhidmat di sana sebagai Pakar Anak Kapal Udara (Jurujoran) Pegawai Waran Master (MWO) (Ret) Bhonesveran berkata: "Selalunya kami tahu siapa yang akan menjadi penerima kami. Tetapi kerana ini merupakan operasi, selalunya kami tidak tahu siapa yang akan datang kepada kami (kerana perubahan waktu sebenar).

"Kami hanya perlu betul-betul bersedia untuk semua jenis pesawat penerima yang berbeza," kata pegawai berusia 55 tahun itu. Dia merupakan antara kumpulan jurujoran pertama skuadron.

Pesawat bersekutu menerima bahan api daripada KC-135R. Pesawat tangki menamatkan sejumlah lima pengerahan antara 2003 dan 2008.
Pakar Anak Kapal Udara (Jurujoran) Pegawai Waran Master (MWO) (B) Bhonesveran (kiri, ketika 1WO) merupakan sebahagian daripada anak kapal KC-135R yang turut serta dalam Operasi Blue Orchid.

 

KC-135R adalah sebahagian daripada misi HADR untuk memindahkan mangsa-mangsa gempa bumi Christchurch.

Membawa Bantuan Kepada Mangsa Bencana Alam

Apabila gempa bumi melanda bandar Christchurch di New Zealand pada 22 Feb 2011,  Angkatan Bersenjata Singapura menghantar pasukan yang terdiri daripada 116 anggota dan dua pesawat pengangkut tentera C-130 untuk membantu Pasukan Pertahanan New Zealand (NZDF) dalam mengangkut udara bantuan kemanusiaan dan bekalan kepada mangsa-mangsa bencana. Sebuah KC-135R juga telah dikerah untuk memindahkan mangsa.

Pegawai Waran 1 (1WO) Ng Kok Wee, 40, merupakan sebahagian daripada pasukan yang dikerah untuk membawa bantuan kepada mangsa-mangsa gempa dan memindahkan mereka ke tempat yang selamat. "Kami telah diaktifkan dalam masa yang singkat, berlepas dalam tempoh sembilan jam selepas menerima misi. Semasa waktu itu, pelbagai agensi, termasuk Pasukan Rumah, bekerjasama untuk menjayakan misi ini. Kami terbang semalaman dari pukul 3 pagi tanpa henti ke Christchurch. Keistimewaan KC-135R adalah ia mempunyai jangkauan dan kelajuan, jadi kita akan terbang jauh dan lebih cepat ke destinasi."

Ahli-ahli anak kapal KC-135R membantu memuatkan barang-barang milik mangsa-mangsa gempa bumi semasa pemindahan.

 

Pasukan perubatan di atas kapal terbang KC-135R merawat mangsa-mangsa semasa penerbangan kembali ke Singapura.

Membawa Rakyat Singapura Kita Pulang

Pada 31 Okt 2000, keadaan cuaca yang teruk menyebabkan penerbangan SQ006 Singapore Airlines terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Chiang Kai-shek (kini dipanggil Lapangan Terbang Taiwan Taoyuan International Airport) di Taipei, Taiwan. Anak-anak kapal dari 112 SQN, bersama-sama dengan pakar bedah dan paramedik Perkhidmatan Perubatan RSAF telah diaktifkan untuk membawa balik mangsa-mangsa yang terdiri daripada rakyat Singapura kembali dengan kapal terbang KC-135R.

Ini merupakan misi pemindahan aero-perubatan KC-135R pertama. Pasukan telah mengubah suai pesawat yang selalu digunakan untuk misi pengisian minyak bagi menjadikan ia sesuai untuk memindahkan mangsa. Contohnya, mereka menggantung peralatan seperti titisan intravena dari bumbung kabin menggunakan tali gelung yang selalunya digunakan oleh ahli payung terjun tali statik.

CO perintis daripada 112 SQN LTC (B) Geoffrey Lui merupakan salah seorang juruterbang misi ini. Beliau bercerita mengenai misi tersebut: "Kami diberikan notis singkat, kurang dari 48 jam, untuk mengubah KC kami menjadi hospital udara untuk pemindahan aero-perubatan ini.

"Pusat aero-perubatan kami dan juruterbang skuadron perlu melengkapkan pesawat, menerbangkan ia di ruang udara tempatan, dan memastikan sistemnya diuji kerana kami membina empat stesen berlainan di atas pesawat yang dikendalikan oleh pelbagai pakar bedah dan jururawat dari hospital."

"Bagi kami, ia merupakan tanggungjawab kami kepada negara. Anda boleh bayangkan ketegangan berikutan insiden tersebut. Ia merupakan peluang bagi keseluruhan SAF dan Kementerian Pertahanan untuk menyediakan keupayaan bagi membantu mereka yang cedera dan yang menderita akibat kemalangan tersebut," kata LTC (Ret) Lui (depan kanan). Beliau bergambar dengan KC-135R dan pasukan-pasukan Perkhidmatan Perubatan.
Semasa misi pemindahan aero-perubatan pertamanya, KC-135R terpaksa diubah menjadi hospital udara, dengan empat stesen untuk merawat mangsa-mangsa.

 

KC-135R telah mengambil bahagian dalam latihan multilateral, seperti Latihan Pitch Black di Darwin, Australia pada 2018. Di sini, Angkatan Udara Diraja Australia (RAAF) F/A-18F Super Hornet menerima bahan api dari KC-135R semasa misi AAR. Di sebelahnya ialah dua EA-18G Growler milik RAAF.

Selama 22 tahun dalam RSAF, KC-135R telah menyertai pelbagai latihan multilateral, berdiri megah bersama-sama angkatan-angkatan tentera lain dari seluruh dunia. Ini termasuk Latihan Red Flag yang diadakan di Amerika Syarikat (AS), Latihan Pitch Black di Australia dan Latihan Cope Tiger bersama-sama dengan Tentera Udara Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Udara Diraja Thai.

(Dari kanan) KC-135R dengan A330 MRTT baharu. A330 MRTT akan menyediakan RSAF dengan fleksibiliti operasi, membolehkan SAF untuk menyumbang lebih banyak lagi kepada HADR dan operasi sokongan keamanan.
CO Pertama dan akhir 112 SQN semasa mengendalikan operasi KC-135R, (dari kiri) LTC (B) Lui dan LTC Yeo. LTC Yeo mengaku berasa "berat hati" menyaksikan pesawat tersebut mengakhirkan operasinya, namun dia gembira dengan legasi yang telah ditinggalkan.
MWO (B) Bhonesveran dan LTC (B) Lui (dua dan tiga dari kiri) melawat semula KC-135R at 112 SQN, bersama-sama dengan LTC Yeo (kanan) dan 1WO Ng (kiri).
Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
11 Nov 2019

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.