OPS & TRAINING

TENTERA JALANKAN LATIHAN PENGERAHAN TERBESAR SEJAK 1985

29 Jan 2018

Tentera menjalankan latihan pengerahan dan pelengkapan secara besar-besaran, yang terbesar sejak tahun 1985, selama dua hari mulai 26 hingga 27 Jan.

29jan18_news1

// LAPORAN ONG HONG TAT

// GAMBAR JURUGAMBAR PIONEER 


27 Jan, 1200pm: NSmen tiba di Kem Selarang dan mengimbas kad pengenalan mereka di Kiosk Layan Diri, yang mengeluarkan cetakan senjata dan peralatan yang perlu mereka keluarkan.
Dr Ng berjumpa seorang NSman yang melakukan pemeriksaan peralatan. Ini ialah salah sebuah stesen yang dilalui apabila mereka dikerahkan.
Dr Ng sedang diberikan taklimat tentang kemudahan penyimpanan Persekitaran Kelembapan Terkawal. Ruang yang dalam dan luas ini direka untuk mengekalkan tahap kelembapan yang berterusan, yang memelihara kenderaan operasi dengan lebih baik. Keadaan ini memastikan bahawa kenderaan bersedia untuk bergerak keluar pada bila-bila masa. Konseptualisasi, reka bentuk dan pembangunan MEC telah diuruskan oleh Agensi Sains & Teknologi Pertahanan.
27 Jan, 1430pm: Di Kem Sungei Gedong, NSmen dari Batalion ke-487, Rejimen Bersenjata Singapura, memeriksa Kenderaan Tempur Bersenjata Bionix mereka dan mempersiapkan diri mereka untuk operasi.
Seorang NSman sedang memeriksa Kenderaan Penjejak Semua Rupa Bumi Bronco beliau.
26 Jan, 0330pg: Askar SIR 3 menghentikan orang ramai yang panik yang cuba melarikan diri dari Stadium Singapura selepas penjenayah yang bersenjata melepaskan tembakan di dalam stadium yang padat. Askar-askar ini telah diaktifkan lebih awal dan ditugaskan kepada operasi tanah air selepas simulasi serangan di Hab Sukan Singapura.
Imbasan keselamatan awal mendedahkan bahawa orang tersebut mungkin menyembunyikan senjata. Selepas menolak untuk dijalankan pencarian ke atasnya, beliau cuba bergelut tetapi ditewaskan oleh oleh askar dan ditahan. Selepas itu, senjata ditemui di dalam saku beliau.
Di luar Hab Sukan Singapura, para askar telah menyediakan tempat kawalan akses kenderaan dan menghentikan pemandu yang mencuba untuk merempuh masuk sekatan. Beliau telah ditembak dan kenderaan yang dipandu berhenti selepas terkena pancang tayar. Kemudian, askar menjalankan pencarian menyeluruh untuk memastikan kenderaan itu selamat.
Di lokasi lain di dalam Hab Sukan, seorang penjenayah yang bersenjata telah ditembak mati selepas beliau tidak menghiraukan amaran yang diberikan berkali-kali dan senjata yang disasarkan kepada askar. Askar tidak mempunyai pilihan selain meneutralkan beliau.

Tentera menjalankan latihan pengerahan dan pelengkapan secara besar-besaran, yang terbesar sejak tahun 1985, selama dua hari mulai 26 hingga 27 Jan. Latihan tersebut menyaksikan 8,000 askar dikerahkan di pelbagai lokasi di seluruh pulau. Latihan tersebut juga melibatkan kira-kira 700 kenderaan.

Ia bermula dengan pengaktifan Batilion ke-3, Rejimen Infantri Singapura (SIR 3) di Kem Selarang pada waktu pagi 26 Jan. Para askar meluangkan hampir sepanjang hari melakukan latihan persediaan dan mempersiapkan diri mereka untuk operasi.

Sementara itu, sebuah unit infantri elit - Batalion ke-3, Singapore Guards - juga telah diaktifkan di Kem Bedok dan telah melakukan latihan keselamatan tanah air mereka seperti teknik-teknik cota dan kendalian halangan.

Sebelum malam berakhir, SIR 3 menerima misinya: menyokong agensi-agensi Home Team dalam membendung dan meneutralkan serangan oleh beberapa orang yang bersenjata di Hab Sukan Singapura.

Askar-askar bergerak dengan pantas, mewujudkan kumpulan kakitangan dan tempat pemeriksaan kenderaan di sekitar Hab Sukan Singapura. Semua orang dan kenderaan yang masuk dan keluar dari premis dikenakan pemeriksaan ketat.

Seorang penembak telah ditangkap semasa mencuba untuk melarikan diri dengan menyamar sebagai orang awam yang melarikan diri daripada serangan; kumpulan penjenayah lain yang bersenjata telah ditembak mati oleh askar selepas mereka berkali-kali melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan dan tidak mempedulikan amaran yang banyak kali diberikan.

Di tempat pemeriksaan kenderaan, sebuah kereta yang diminta untuk berpatah balik tiba-tiba merempuh halangan. Pemandu ditembak mati dengan pantas dan kenderaan itu dibiarkan berhenti selepas terperangkap oleh pancang tayar. Penumpang, yang bersenjata, ditangkap dengan pantas dan kereta itu diperiksa dengan teliti untuk mencari sebarang ancaman lain.

Pagi berikutnya, pihak Tentera mengerahkan lagi unit Sedia Beroperasi. Selepas pengerahan senyap disiarkan pada pukul 11pg, Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) mula  bergerak ke dalam Pusat Pengerahan & Pelengkapan (MEC) Selarang untuk laithan pelengkapan dan persediaan.

MEC ini, yang terbaru dalam kelasnya, menempatkan segala-gala yang diperlukan oleh Perkhidmatan Negara sedia untuk operasi. Terdapat kiosk layan diri yang memudahkan proses dalaman untuk NSmen. Selepas mengimbas kad pengenalan, mereka menerima slip yang menyenaraikan senjata dan pelbagai peralatan yang perlu dikeluarkan.

Inovas lain di kompleks yang luas itu termasuk kemudahan penyimpanan Persekitaran Kelembapan Terkawal yang menyimpan kenderaan dalam keadaan boleh beroperasi, sedia untuk dikeluarkan pada bila-bila masa.

Di Kem Sungei Gedong, NSmen dari Batalion ke- 487, Rejimen Bersenjata Singapura, juga telah dikerahkan. Mereka menjalankan latihan persediaan yang sama untuk menyediakan kenderaan berperisai untuk.

Mengunjungi latihan Mobilisasi dan Pelengkapan di Kem Selarang pada 27 Jan, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menyatakan: "Ini merupakan latihan pengerahan dan pelengkapan terbesar yang pernah dilakukan oleh Tentera dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ia amat mengagumkan dengan pengerahan senyap, walaupun selepas (hanya) beberapa jam, kami telah mencapai 80 hingga 90% daripada anggota melaporkan (kembali kepada unit-unit mereka)."

Beliau menambah: "Tahun ini termasuk latihan anti keganasan yang kami lakukan bersama-sama dengan Pasukan Polis Singapura. Saya rasa warga Singapura menaruh keyakinan bahawa Tentera bersedia dan NSmen komited dan bersedia dilengkapi untuk melaksanakan misi mereka."

Semasa lawatan beliau, Dr Ng telah diberikan taklimat tentang sistem pengerahan Tentera dan menyaksikan NSmen melalui pemprosesan dan pelengkapan senjata dan peralatan peribadi, sebelum menjalani latihan ulang kaji tentang asas hidup sebagai askar.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story