TALIAN BANTUAN BAGI PELATIH

14sep23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14sep23_news1_photo1d8416f3a-22b8-4c0a-9173-cdd091096e34.jpg?sfvrsn=ed6ef81_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TALIAN-BANTUAN-BAGI-PELATIH
TALIAN BANTUAN BAGI PELATIH https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TALIAN-BANTUAN-BAGI-PELATIH
13 Sep 2023 | PEOPLE

TALIAN BANTUAN BAGI PELATIH

Baik habis bekerja atau hujung minggu, ME3 Alan Ang sentiasa ada untuk pelajarnya apabila mereka menghadapi masalah semasa belajar.

// KISAH BENITA TEO / FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN ME3 ANG

ME3 Ang (kiri) mahu pelatihnya di PTSS, seperti ME1 Leow E Chen, kekal lapar dan proaktif dalam menuntut ilmu.
English 华文
English 华文

Falsafah pembelajaran Pakar Tentera (ME) 3 Alan Ang adalah sentiasa fokus dan lapar seperti pemburu.

"Para pelajar mesti tahu ilmu apa yang sedang diburu dan kenapa ilmu itu penting. Inilah yang akan mengekalkan mereka dalam pelajaran," jelasnya.

Tidak asing dengan pembelajaran sepanjang hayat, pegawai berusia 42 tahun itu telah menghabiskan 26 tahun di Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) mengasah kemahirannya sebagai pakar Sistem Marin, dan kini menjadi pengajar di Sekolah Sistem Teknologi Platform (PTSS).

ME3 Ang (tiga dari kanan) bersama dengan anak kapal RSS Sovereignty semasa pentauliahan kapal pada 14 Nov 2017. Beliau berasa bangga menjadi sebahagian daripada anak kapal perintis itu.

Sedia belayar

Beliau memulakan kerjayanya di Missile Corvette RSS Valiant sebelum beralih ke Kapal Peronda RSS Freedom. Apabila Kapal Misi Littoral Kelas Kemerdekaan (LMV) dilancarkan, beliau menyertai kapal RSS Sovereignty, menjadi sebahagian daripada anak kapal perintisnya.

Daripada semua kapal yang pernah dikendalikannya, masanya di RSS Sovereignty kekal sebagai kenangan yang paling manis. Pada ketika itu, beliau menggalas Ketua Kluster Sistem Platform, masih mengenang keseronokan dan kebimbangan bekerja di platform yang serba baharu dan mempelajari cara mengendalikan sistem.

Pelayaran sulung kapal itu pada 2017 adalah antara kenangan yang paling manis baginya. "Ia merupakan detik yang begitu membanggakan bagi kami kerana ia adalah kemuncak sepanjang masa anak kapal berkumpul dan bertungkus-lumus untuk memastikan kesediaan operasi kapal."

ME3 Ang (kanan) bersama dengan salah seorang pelajar pertamanya di PTSS. Daripada melatih pelaut yang berpengalaman kepada pelajar baharu memerlukan penyesuaian diri pakar sistem marin itu dan belajar untuk menguruskannya.

Menurunkan kemahiran dan pengetahuannya

Sebagai ketua kapal, ME3 Ang bertanggungjawab untuk melatih jurutera baharu, peranan yang paling bermakna bagi dirinya: "Melihat mereka seperti anak kapal saya berkembang dari semasa ke semasa memberi kepuasan pada diri saya."

Dengan pengalamannya yang luas, menjadi pengajar adalah langkah semula jadi baginya. "Saya memilih untuk menjadi pengajar kerana segala ilmu yang saya perolehi selama ini, saya percaya ada baiknya dikongsikan dengan generasi pelaut Angkatan Tentera Laut akan datang," jelasnya.

Tetapi menggalas tugasan Pengajar Sistem Marin LMV di PTSS bukan tanpa sebarang kejutan, ujar ME3 Ang.

ME3 Ang (kiri) membimbing ME1 Leow menukar penyuntik bahan api enjin utama Kapal Peronda.

Walaupun pelatih di kapal sudah menjadi pengendali yang cekap dan hanya perlu mengasah keupayaan mereka, pelajar di PTSS pula semuanya baru mula berjinak-jinak dalam angkatan tentera laut dan tidak ada pengetahuan yang mendalam tentang tugasan itu.

Untuk mengurus dan melatih mereka dengan lebih baik, beliau mula membaca tentang kaedah pengajaran terkini dan mengikuti perkembangan trend dan teknologi yang terbaharu.

"Metodologi latihan masa ini, lain sekali dengan apa yang saya lalui sebagai pelatih. Pada masa itu, ia diketuai oleh pengajar, di mana pengajar akan memuat turun semua maklumat untuk kami. Kini, ia lebih berpusat pada pelajar dan bersifat interaktif, dan sebagai pengajar, peranan kami adalah untuk memudahkan pembelajaran mereka."

ME3 Ang (kiri) percaya bahawa pembelajaran terarah kendiri akan membantu pelajarnya menyimpan pengetahuan dengan lebih baik.

Jadilah pemburu

Contohnya, ME3 Ang yakin dengan membimbing pelajarnya melalui pembelajaran terarah kendiri. Kelasnya biasa melibatkan perbincangan kumpulan kecil sebelum pelajar membentangkan penemuan mereka. Kemudian, dia akan membantu mereka untuk mengisi jurang pengetahuan.

Pelajar Tempat Kerja Sistem Marin ME1 Leow E Chen mendapati gaya ini lebih bermanfaat. Pelajar berusia 21 tahun itu telah mengenali ME3 Ang dan berlatih di bawahnya sejak akhir tahun lalu.

"Pelajaran Cikgu Alan memang bagus kerana dengan pembelajaran terarah kendiri kami dapat memahami tentang sistem sebelum kelas bermula. Semasa di kelas, kami tidak akan berasa binggung dan menaruh lebih perhatian di samping mengisi jurang pengetahuan kami."

Bagi ME3 Ang, sikap yang betul adalah penting kerana ia bukan sahaja mempengaruhi kecekapan, tetapi juga keselamatan.

Sikap adalah satu lagi aspek yang sangat penting bagi ME3 Ang, dan dia mempunyai harapan yang tinggi terhadap sikap pelajarnya dari segi latihan dan akauntabilitinya.

Menurut ME1 Leow, hanya pernah sekali dia melihat jurulatihnya hilang sabar apabila seorang rakan pelajar pura-pura memahami pelajarannya dan cuba bercakap kosong apabila disoal.

Bagi ME3 Ang, sikap yang betul bukan sahaja mempengaruhi kecekapan, tetapi lebih pentingnya, keselamatan: "Mengetahui sistem adalah penting kerana kami berurusan dengan sistem langsung di kapal. Jika anda tidak mengkonfigurasi sesuatu dengan tepat, anda boleh menyebabkan kerosakan pada harta benda selain mencederakan diri atau orang di sekeliling anda."

Walaupun tegas, ME3 Ang juga dikenali sebagai guru penyayang yang sanggup membantu pelajarnya walaupun selepas waktu bekerja dan pada hujung minggu.

Talian bantuan bagi pelajar

ME3 Ang mungkin seorang yang tegas, tetapi sifat baik hati dan kesanggupannya untuk mebantu bersungguh-sungguh adalah sesuatu yang amat dihargai oleh para pelajarnya.

"Beliau memang mengambil berat terhadap para pelajarnya. Dia sering mengingatkan kami untuk menghubunginya jika menghadapi sebarang keraguan atau persoalan yang tidak difahami, walaupun pada hari Sabtu atau Ahad," kata ME1 Leow.

ME1 Leow dan ME3 Ang (berdiri, ketiga dan keempat dari kanan) semasa di perhimpunan bersama dengan rakan pelajar mereka. Para pelajar amat menghargai jasa ME3 Ang atas penjagaan dan bimbingannya.

Ditanya kenapa dia sanggup mengorbankan waktu petang dan hujung minggunya untuk membantu pelajarnya, ME3 Ang menjelaskan dia amat memahami cabaran untuk menyelesaikan masalah.

"Apabila pelajar buntu dan tidak dapat mencari penyelesaian, ia akan menghalang pembelajaran dan perkembangan mereka. Saya mahu mereka menangani halangan ini.

"Dan saya mahu mereka berasa yakin dengan bantuan yang tersedia untuk mereka. Ini juga akan menggalakkan mereka untuk terus belajar."

Usaha beliau telah mendorong para pelajarnya untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh," kata ME1 Leow. "Tidak ramai orang yang sanggup meluangkan waktu selepas bekerja untuk membantu pelajar mereka. Ia memaparkan keikhlasan Cikgu Alan untuk mengajar kami, dan ia juga mendorong kami untuk bekerja keras."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
13 Sep 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
13 Sep 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
13 Sep 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
13 Sep 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
13 Sep 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
13 Sep 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
13 Sep 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
13 Sep 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
13 Sep 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
13 Sep 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.