COMMUNITY
SYARIKAT PERKAPALAN TEMPATAN DIIKTIRAF KERANA MENYEDIAKAN PENGINAPAN KEPADA PEKERJA MIGRAN SEMASA COVID-19
24 Mar 2022
Semasa COVID-19 menular-nular di asrama pekerja migran di seluruh Singapura pada 2020, firma tempatan Eastern Navigation menawarkan perkhidmatan dan membantu menyediakan dua kapal dalam masa yang singkat untuk menempatkan pekerja migran.
Semasa COVID-19 menular-nular di asrama pekerja migran di seluruh Singapura pada 2020, firma tempatan Eastern Navigation menawarkan perkhidmatan dan membantu menyediakan dua kapal dalam masa yang singkat untuk menempatkan pekerja migran.
Syarikat yang mengkhusus dalam kapal sokongan lepas pantai itu, menyediakan sumber yang besar untuk mempersiapkan dua kapal penginapan dalam masa seminggu, dan tidak dalam masa sebulan seperti yang lazim dilakukan. Ia juga terpaksa menolak perniagaan daripada syarikat yang ingin menyewa kapal penginapan.
"Menyahut seruan untuk membantu negara, terutamanya dalam kecemasan negara seperti ini, adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh sebuah syarikat Singapura seperti kami," jelas Encik Tan Yew Meng, Timbalan Pengurus Besar Eastern Navigation.
Sumbangan syarikat adalah penting – salah satu kapal penginapannya, ENA Habitat, digunakan untuk menempatkan pekerja penting yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan operasi di Lapangan Terbang Changi.
Sentiasa bersedia untuk membantu negara.
Encik Tan, 47, mengenangkan kembali semasa syarikatnya dihubungi pihak berkuasa untuk membantu menangani situasi COVID-19, kedua-dua kapal masih berlabuh di Batam, Indonesia.
Syarikat itu terpaksa membawa pulang kapal-kapal itu ke Singapura, dan menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk menyelesakan tempat kediaman pekerja migran. Warga kerja syarikat juga turut berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk menyempurnakan prosedur keselamatan dan operasi.
"Kami tidak mengambil masa yang lama (untuk menyediakan kelengkapan) kerana ia adalah punca pendapatan kami, dan kami pernah menangani operasi kecemasan sebelum ini," kata Encik Tan lagi, syarikat itu sentiasa memastikan kapalnya berada dalam keadaan bersedia.
Tugasan ini dipermudahkan lagi dengan adanya warga kerja yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Regular yang berpengalaman dalam mengendalikan operasi krisis, tambahnya. Kedua-dua kapal penginapan akhirnya dikerahkan lebih dari enam bulan.
Atas komitmen kukuhnya terhadap Pertahanan Total, Eastern Navigation menerima Anugerah Penyokong Perkhidmatan Negara (NS) untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Ia adalah di kalangan 148 syarikat, organisasi dan individu yang menerima Anugerah Penyokong NS di Majlis Anugerah Pertahanan Total 2021 pada 23 Mac. Majlis itu ditangguhkan dari 2021 atas sekatan COVID-19.
Memainkan peranannya untuk Pertahanan Total
Eastern Navigation, yang mengendalikan armada kapal sokongan lepas pantai, juga secara aktif menyokong Tentera Laut Republik Singapura dalam latihan rekuisisi sumber awam, kata Encik Tan. Menurut beliau armada kapalnya boleh digunakan untuk operasi memadamkan kebakaran atau sokongan logistik.
Sebagai sebahagian daripada usaha Pertahanan Total, Angkatan Bersenjata Singapura bekerja rapat dengan syarikat awam untuk menggerakkan sumber awam seperti kenderaan berat dan kapal untuk operasi dan latihan.
"Kami berasa bangga dapat memainkan peranan dalam memastikan kestabilan dan keamanan Singapura. Setiap orang ada peranan masing-masing," kata Encik Tan, yang berkhidmat sebagai pegawai infantri semasa NS.
ALSO READ IN COMMUNITY
Pemasangan pesawat: Menyediakan paparan statik RSAF di Pertunjukan Udara Singapura 2026
29 Jan 2026
Sertai kami untuk melihat sekilas di sebalik tabir perjalanan aset RSAF dari pangkalan udara ke pertunjukan udara!
Siren amaran pada 1 Feb, gangguan perkhidmatan elektronik akan diadakan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
15 Jan 2026
Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada persediaan untuk ketersambungan digital yang merosot dan gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan.
Hari pertama sebagai askar
09 Jan 2026
Permulaan baharu dalam BMT: Ikuti kumpulan pertama anggota tentera tahun baharu ketika mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong!



