OPS & TRAINING
SOKONGAN KELUARGA DAN KOMUNITI PENTING BAGI PERTAHANAN KUKUH: DR MALIKI
12 Oct 2017
"Untuk mempunyai barisan SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) yang berkesan, askar kita mesti memberikan komitmen sepenuhnya kepada tugas NS (Perkhidmatan Negara) mereka.
"Untuk mempunyai barisan SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) yang berkesan, askar kita mesti memberikan komitmen sepenuhnya kepada tugas NS (Perkhidmatan Negara) mereka. Mereka mesti mengekalkan tahap kesediaan bertempur yang tinggi, sentiasa bersedia apabila dipanggil untuk bertugas."
Ini adalah perkara yang ditekankan oleh Menteri Kanan Negara bagi Pertahanan Dr Mohamad Maliki Bin Osman pada majlis Anugerah dan sambutan ulang tahun ke-45 SAFRA pada 12 Oktober.
"(Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi atau Nsmen secara ringkasnya) mengorbankan masa mereka dengan keluarga dan mengenepikan komitmen lain untuk mempertahankan orang tersayang dan semua warga Singapura apabila mereka kembali untuk Latihan Dalam Kem (ICT)," tegas Dr Maliki, yang juga Timbalan Presiden SAFRA.
"Mendapat sokongan padu daripada keluarga dan komuniti mereka adalah penting bagi NSmen kami untuk menikmati ketenangan fikiran dan kecekalan bagi melaksanakan tugas mereka dengan tekun dan berkhidmat dengan cemerlang," beliau menambah.
Majlis yang dilangsungkan di rumah kelab SAFRA Mount Faber, menyaksikan sebanyak 167 anugerah disampaikan kepada 156 penerima atas perkhidmatan cemerlang mereka kepada SAFRA dan atas usaha menggalakkan keakraban di kalangan NSmen.
Kata Kolonel (COL) (NS) Peter Lam Charn Wye, yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Sukarelawan SAFRA: "Sukarelawan kami merupakan daya penggerak yang penting … Ramai yang telah berkhidmat berdekad-dekad lamanya dan dalam pelbagai bidang, menyumbang kepada transformasi SAFRA dalam beberapa tahun ini." COL (NS) Lam juga seorang sukarelawan SAFRA.
Menunjukkan sokongan dan menghargai NSmen ialah salah satu sebab utama pembentukan SAFRA pada tahun 1972. Dari sebuah rumah kelab sementara yang kecil di Prince Edward Lane yang menguruskan kurang daripada 2,000 anggota, SAFRA hari ini mempunyai enam buah rumah kelab lengkap di seluruh pulau yang menguruskan sejumlah 600,000 anggota.
Dan misi utamanya kekal relevan sampai ke hari ini. Sebagai contoh, inisiatif tabik hormat SAFRA – diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti bagi memperingati ulang tahun ke-50 NS (NS50) – telah memperoleh lebih daripada suku juta tabik hormat daripada komuniti.
Lebih 250,000 tabik hormat telah dikumpulkan dalam bentuk gambar dan video sejak kempen yang telah dilancarkan pada bulan Jun tahun ini. Ini mengatasi sasaran awal mereka iaitu sebanyak 50,000 tabik hormat.
Kempen akan berterusan sehingga penghujung 2017; orang awam boleh terus berkongsi gambar atau video tabik hormat mereka dengan kata-kata galakan berserta hashtag kempen iaitu #NS50salute dan #SAFRAsg
ALSO READ IN OPS & TRAINING
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
06 Nov 2025
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
31 Oct 2025
SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.
EX WALLABY 25 – INTEGRASI DAN KOMPLEKSITI LEBIH HEBAT
25 Oct 2025
Edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesar SAF adalah peluang untuk skala yang diperluas dan integrasi yang lebih mendalam ke arah pasukan pejuang yang berkesan dan berangkaian.






