OPS & TRAINING
SOAL JAWAB BERSAMA UNIT ANJING BEKERJA NSFS
05 Oct 2023
Adakah ia semata-mata kerja dan tiada istirehat untuk askar kanin SAF? Apa yang berlaku apabila anjing bersara? Anggota NSF dari Unit Anjing Bekerja Tentera (MWDU) menjawab persoalan ini dan yang lain lagi!
Adakah ia semata-mata kerja dan tiada istirehat untuk askar kanin SAF? Apa yang berlaku apabila anjing bersara? Anggota NSF dari Unit Anjing Bekerja Tentera (MWDU) menjawab persoalan ini dan yang lain lagi!
Tidak, bukan hanya Pasukan Rumah yang ada unit K-9! MWDU – sebahagian daripada Perintah Polis Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – mempunyai hampir 100 askar berkaki empat pada satu-satu masa di pelbagai kem dan pangkalan.
Anjing pelindung lazimnya adalah German Shepherd atau Belgian Malinois, manakala anjing penghidu pula Labrador dan Spaniel.
Yang pertama mempunyai tubuh semula jadi yang mengagumkan untuk menghalang sebarang potensi ancaman, serta memiliki naluri pelindung yang kuat. Manakala yang satu lagi pula ini lebih jinak dan boleh diharapkan dan mempunyai deria bau yang tajam, menjadikan mereka sesuai dalam pengesanan bahan seludup.
Adakah anjing bekerja 24/7? "Walaupun mereka anjing bekerja namun mereka tetap anjing secara semula jadi," kata Lans Koperal (LCP) Alexis Serge Faquet, 20.
"Jadi kami perlu melatih mereka, dan membawa mereka keluar bermain dan memastikan semangat mereka tinggi kerana (mereka) juga sama seperti manusia – kami juga perlukan masa untuk berehat dan bermain."
"Menjadi pengendali anjing bukan setakat mengendalikan seekor anjing, malahan anda harus mengendalikan semua anjing," kata rakan NSF LCP Saraven Ravi.
Antara cabaran yang dihadapi pegawai berusia 22 tahun itu, contohnya adalah membiasakan diri dengan anjing besar seperti German Shepherd. Lama-kelamaan dengan bantuan pegawai atasan dan senior dalam unit itu, dia berjaya membiasakan diri dan membina hubungan baik dengan anjing seperti Arras yang memiliki naluri perlindungan yang kuat.
Apakah yang paling dirindui Faquet LCP apabila dia ORD (mencapai Tarikh Sedia Beroperasi)? Rakannya Storm, Labrador Retriever berusia 5 tahun adalah pakar dalam pengesanan narkotik.
"Saya rasa saya boleh bercakap bagi pihak semua NSF yang lain, ORD kami umpama peristiwa pahit manis kerana kami akan berasa kecewa dan sedih untuk meninggalkan rakan-rakan karib kami di sini."
Dan jika anda tertanya-tanya apa akan terjadi apabila anjing-anjing menjadi terlalu uzur untuk bekerja? Usah bimbang, unit itu akan terus menjaga semua anjing yang bersara dengan sebaik-baiknya.
Tetapi jika anda berminat untuk memberi tempat tinggal baharu kepada veteran bersara ini, lawati go.gov.sg/mwdadoption untuk menganggotai Program Adopsi MWD!
ALSO READ IN OPS & TRAINING
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
31 Oct 2025
SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.
EX WALLABY 25 – INTEGRASI DAN KOMPLEKSITI LEBIH HEBAT
25 Oct 2025
Edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesar SAF adalah peluang untuk skala yang diperluas dan integrasi yang lebih mendalam ke arah pasukan pejuang yang berkesan dan berangkaian.
LATIHAN FORGING SABER MENINGKATKAN PENGGUNAAN ASET TANPA PEMANDU DALAM OPERASI SERANG BERSEPADU
12 Sep 2025
Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

