DIPLOMACY

SLD KEKAL PLATFORM BERNILAI UNTUK PERBINCANGAN PENTING: DR NG

12 Jun 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memberi ucapan tentang hubungan AS-China, kepentingan perintah berasaskan peraturan dan peranan ASEAN sebagai platform keselamatan serantau di Dialog Shangri-La (SLD) ke-19.

12jun22_news1_photo1

// KISAH TEO JING TING

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS


Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memberi ucapan tentang hubungan AS-China, kepentingan perintah berasaskan peraturan dan peranan ASEAN sebagai platform keselamatan serantau di Dialog Shangri-La (SLD) ke-19.

Dr Ng berucap di sidang pleno ketujuh di SLD ke-19.

Persaingan Amerika Syarikat (AS)-China, perang Rusia-Ukraine dan kepentingan perintah berasaskan peraturan. Perkembangan ini menunjukkan kedudukan dunia di titik yang mungkin berbahaya dalam sejarah.

Itulah sebabnya Dialog Shangri-La (SLD) masih memainkan peranan penting – ia menyediakan platform yang amat diperlukan bagi menteri pertahanan dan perwakilan untuk membincangkan isu secara bersemuka, berkongsi dan memahami perspektif masing-masing, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Dr Ng bercakap dalam wawancara penutup dengan media pada akhir SLD ke-19 pada 12 Jun. Dialog yang berlangsung dari 10 hingga 12 Jun itu turut dihadiri 37 perwakilan peringkat Menteri, serta pegawai kanan pertahanan dan keselamatan dan ahli akademik dari 42 negara.

Ini adalah SLD pertama yang dilaksanakan sejak mulanya pandemik COVID-19. Dr Ng menyatakan bahawa "tiada yang boleh menggantikan pertemuan bersemuka, lebih-lebih lagi dalam bidang diplomasi".

Persidangan Meja Bulat Menteri pada 11 Jun dihoskan oleh Dr Ng untuk Menteri dan wakil mereka.

Persaingan strategik AS-China

Adalah amat menggembirakan untuk mendapat penyertaan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd J. Austin III dan Ahli Majlis Negara China dan Menteri Pertahanan Negara Jeneral (GEN) Wei Fenghe dalam dialog tersebut, kata Dr Ng.

Encik Austin berucap di sesi pleno pertama pada 11 Jun sementara GEN Wei menggariskan visi China untuk keamanan serantau di pleno kelima pada 12 Jun.

Dalam ucapannya, Encik Austin menyatakan bahawa AS kekal komited kepada prinsip seni bina serantau yang terbuka, inklusif dan berasaskan peraturan, dan "bekerja rapat dengan kedua-dua pesaing dan rakan kami untuk mengukuhkan penghadang mencegah konflik".

"Ia termasuk talian komunikasi terbuka sepenuhnya dengan pemimpin pertahanan China untuk memastikan kita dapat mengelak sebarang salah perhitungan.

"Ini adalah perbualan yang sangat, sangat penting dan mendalam," kata Encik Austin.

Setiausaha Pertahanan AS Lloyd J. Austin III berkata bahawa komunikasi terbuka dengan pemimpin pertahanan China adalah penting untuk mengelakkan sebarang salah perhitungan di kedua-dua pihak.

Kepentingan perintah berasaskan peraturan

Menurut beliau lagi, kuasa besar memikul tanggungjawab berat dan harus membentuk model ketelusan dan komunikasi. Inilah sebabnya perintah antarabangsa berasaskan peraturan sama pentingnya di Indo-Pasifik seperti mana dengan Eropah.

Sambil memetik kisah perang Ukraine, Encik Austin berkata: "Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine berlaku apabila penindas menghancurkan peraturan yang melindungi kita semua. Begitulah keadaannya apabila kuasa besar memutuskan bahawa selera empayar mereka adalah lebih penting daripada hak jiran mereka yang aman. Dan ia adalah pratonton kemungkinan berlakunya huru-hara dan kekacauan dunia yang tidak mahu dihuni oleh sesiapa pun."

Saling mempercayai demi kemakmuran sejagat

Memandangkan AS dan China berada di persimpangan hubungan kritikal mereka, menteri pertahanan China GEN Wei berkata sekiranya AS memberi China layanan saling menghormati, mungkin ada ruang untuk kedua-dua negara itu terus makmur.

Dr Ng dalam respons kepada kedua-dua ucapan Encik Austin dan GEN Wei, menyatakan bahawa negara-negara ASEAN berasa selesa tidak perlu memilih dan berpihak. Beliau juga berharap dialog ini akan membentuk permulaan yang baik bagi AS dan China untuk menangani perselisihan pendapat mereka.

Menurut GEN Wei sekiranya AS memberi China layanan saling menghormati, mungkin ada ruang untuk kedua-dua negara itu terus makmur.

ASEAN sebagai platform kerjasama keselamatan serantau

Di negara sendiri, ada keperluan untuk menghentikan penularan dan mengelakkan konfrontasi fizikal di Asia, terutamanya dalam tindakbalas terhadap perkembangan di Eropah, kata Dr Ng.

Menimbulkan isu ini semasa ucapan di sesi pleno ketujuh pada 12 Jun, Dr Ng menyuarakan kebimbangan utama Asia adalah berkaitan "kebergantungan yang jauh lebih maju, produktif, dan saling menguntungkan daripada Rusia dan Eropah".

Inilah sebabnya kenapa Asia perlu mengukuhkan pertubuhan ketenteraan sedia ada dan meningkatkan penglibatan dalam dan dengan kuasa luar wilayah lain, serta saling membina keyakinan dan kepercayaan strategik sesama sendiri.

Umpamanya, latihan pelbagai hala seperti yang dilaksanakan dalam ruang lingkup Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)-Plus boleh terus menentukan norma dan menyediakan mekanisme untuk mengurangkan dan mengelak konflik, kata Dr Ng.

Membina keyakinan

"Kami menyediakan inisiatif membina keyakinan seperti Kod bagi Pertemuan Tidak Terancang di Laut, yang diamalkan oleh kesemua 18 ADMM-Plus tentera laut, (serta) Garis Panduan untuk Pertemuan Tentera Udara, dengan prinsip dan garis panduan operasi untuk pertemuan udara antara pesawat tentera yang pertama ada."

Dr Ng turut mengatakan, memang mengambil masa untuk negeri-negeri mengamalkan sikap saling mempercayai. Menurut beliau: "Pencerobohan ke atas Ukraine telah memberi penekanan semula kepada menteri ASEAN dan menteri ASEAN-Plus tentang betapa pentingnya membina kepercayaan semasa keadaan aman damai."

Dr Ng dalam respons beliau semasa wawancara penutup bahawa negara lain seperti Perancis dan Kanada yang menyatakan hasrat mereka untuk menyertai ADMM-Plus, pada dasarnya menteri-menteri mereka telah bersetuju dan mengalu-alukan pelibatan "sebanyak mungkin bilangan tentera laut".

"Kami ada 10 tambah lapan (negara), tetapi ia bukanlah titik yang akhir. Ia adalah suatu susunan praktikal kerana kami mempunyai seni bina keselamatan yang agak berbeza," kata Dr Ng.

"Kami berpendapat kehadiran mereka akan meningkatkan kestabilan (di rantau ini)."

Dr Ng berharap SLD telah menyumbang kepada pengiraan setiap negara tentang cara mengekalkan keamanan.

Memperkukuh kerjasama pertahanan

Semasa wawancara penutup, Dr Ng turut menggariskan perkembangan untuk Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Menurut beliau, beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani dengan pelbagai negara menunjukkan bahawa "orang ramai menghargai perkongsian dengan SAF dan mengukuhkan perkongsian pertahanan kami."

Ia adalah termasuk MOU untuk Kerjasama Akademik di antara Institut Ketenteraan SAFTI dan Akademi Sains Ketenteraan PLA, MOU tertingkat dengan Republik Korea, serta Memorandum tertingkat Pertukaran Pertahanan dengan Jepun.

Walaupun SLD dijalankan di tengah-tengah pelbagai jenis cabaran keselamatan, Dr Ng berkata para menteri masih rancak membincangkan isu-isu yang sukar.

Daripada ketidakstabilan Ukraine dan kemungkinan kesan ke atas Eropah kepada cara untuk menambahbaik isu di Laut China Selatan, ada banyak perbincangan yang terus-terang, kata Dr Ng.

"Boleh dikatakan pada keseluruhannya, para menteri sedia berbincang. Kami semua ada satu aspirasi yang sama tetapi juga sangat realistik dari segi selok-belok pemfungsian dunia, dan bagi say aitu adalah sesuatu yang positif," jelas Dr Ng.

"Kami berharap Dialog Shangri-La ini telah menyumbang kepada perhitungan setiap negara tentang bagaimana kita boleh mengekalkan keamanan."

Coretan di luar SLD 2022

9 Jun 5.15 pm

1-UP-B-caption

Dr Ng (berdiri, kanan) dan GEN Wei (berdiri, kiri) menyaksikan majlis menandatangani MOU untuk Kerjasama Akademik di antara Institut Tentera (MI) SAFTI dan Akademi Sains Ketenteraan PLA di antara Brigadier Jeneral Chua Jin Kiat Komandan SAFTI MI (berduduk, kanan) dan Mejar Jeneral Yao Dangnai Naib Presiden Akademi Sains Ketenteraan (berduduk, kiri).

Perjanjian yang ditandatangani di luar SLD, membenarkan kedua-dua institusi untuk meningkatkan pertukaran akademik melalui lawatan sambil belajar dan dialog.

Semasa pertemuan mereka, Dr Ng dan GEN Wei juga mengesahkan komitmen mereka untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan dua hala melalui penyambungan semula dan pengendalian biasa latihan dua hala utama, yang ditangguhkan kerana COVID-19.

10 Jun 9.20 am

1-UP-B-caption

Encik Austin (kiri) menemui Dr Ng selepas sarapan pagi.

Dr Ng menyuarakan penghargaannya terhadap sokongan padu AS bagi latihan SAF di AS, termasuk pemerolehan dan pengendalian F-35B oleh Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Mereka turut membincangkan cara-cara untuk memperkukuh lagi kerjasama pertahanan di antara kedua-dua negara, termasuk bidang pertahanan siber berikutan pemeteraian MOU yang melibatkan kerjasama di alam siber pada Ogos 2021.

10 Jun 11.05 am

1-UP-B-caption

Semasa lawatan pengenalannya ke Singapura, Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto (kiri) dan Dr Ng mengesahkan semula keeratan perhubungan pertahanan dua hala yang terjalin lama di antara Singapura dan Indonesia. Mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang cabaran keselamatan serantau dan membincangkan cara meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala di antara kedua-dua negara.

Apabila ditanya apa yang dibincangkan semasa pertemuan mereka semasa wawancara pintu depan bersama, Encik Prabowo berkata: "Kami masih menghadapi masalah dengan delinasi maritim sempadan maritim kami (dan) isu-isu lanun di rantau ini. Itulah sebabnya hubungan persahabatan dan kerjasama yang erat ini sangat penting.

"Kami ingin menyelesaikan semua isu ini dengan mesra (sebagai) rakan baik."

10 Jun, 3 pm

1-UP-B-caption

Encik Austin (baris depan, tengah) bertemu Dr Ng (baris kedua, tengah) dan Menteri Pertahanan Asia Tenggara lain serta wakil mereka di mesyuarat tidak rasmi Menteri Pertahanan Asia Tenggara-AS.

Dalam mesyuarat itu, Encik Austin mengesahkan komitmen padu AS terhadap rantau itu dan memberitahu AS akan terus mendalamkan lagi kerjasama dengan ASEAN, terutamanya dalam bidang keselamatan maritim serta memainkan peranan yang kuat dalam ADMM-Plus.

10 Jun, 5.45 pm

1-UP-B-caption

Menteri Pertahanan Negara Republik Korea Lee Jong-Sup (kiri) dan Dr Ng (kanan) berjabat tangan untuk memeterai Memorandum Tertingkat Kerjasama Pertahanan.

MOU tertingkat itu mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara kedua-dua pertubuhan pertahanan untuk menginstitusikan dialog pertahanan dan kerjasama dalam keselamatan maritim, CBRNE (Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Letupan), keselamatan siber, pembangunan muzium tentera dan rangka kerja pelbagai hala seperti ADMM-Plus.

11 Jun, 7.45 am

1-UP-B-caption

Dr Ng (dua dari kiri) menganjurkan sarapan pagi untuk Menteri-menteri dan para wakil Persetujuan Pertahanan Lima Negara (FPDA). Mereka merangkumi Timbalan Perdana Menteri Australia dan Menteri Pertahanan Richard Marles (tiga dari kiri), Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (kiri), Menteri Pertahanan New Zealand Peeni Henare (dua dari kanan), dan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Singapura Kara Owen (berjaket putih).

Para pemimpin mengesahkan komitmen negara mereka terhadap FPDA, selepas meraikan ulang tahun ke-50 FPDA pada tahun lalu. Mereka juga membincangkan peranan penting FPDA dalam membina keyakinan dan mempromosikan perintah antarabangsa berasaskan peraturan.

Bercakap tentang relevansi FPDA semasa wawancara pintu depan bersama selepas sarapan pagi, Encik Marles berkata: "Kami menikmati hubungan yang begitu baik dalam dunia yang penuh dengan cabaran strategik yang kompleks. Ia merupakan suatu aset yang amat bernilai bagi kami... kerana hubungan seperti dinikmati sekarang, terjalin di kalangan rakan lama yang benar-benar mesra adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia moden."

11 Jun, 11.50 am

1-UP-B-caption

Dr Ng (kanan) menandatangani Memorandum Tertingkat berkaitan Pertukaran Pertahanan dengan Menteri Pertahanan Jepun Kishi Nobuo (kiri).

Memorandum Tertingkat ini mengenal pasti bidang kerjasama baharu termasuk sokongan logistik, pertukaran teknologi pertahanan, perlindungan menentang ancaman Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan, komunikasi strategik dan keselamatan maritim. Kedua-dua negara juga akan melanjutkan lagi kerjasama serantau dalam persekitaran pelbagai hala seperti ADMM-Plus.

11 Jun, 5 pm

1-UP-B-caption

Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (kiri) melawat Dr Ng di luar SLD.

Dalam mesyuarat itu, kedua-dua menteri mengesahkan hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin lama di antara Singapura dan Malaysia. Mereka juga membincangkan cabaran keselamatan bersama termasuk keganasan, keselamatan siber dan maritim, serta cara-cara untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story