OPS & TRAINING
SIRI ANIMASI – WIRA BUMI SINGAPURA
02 Dec 2019
Dalam siri animasi yang pertama mengenai Perkhidmatan Negara, ikuti empat calon perajurit ketika mereka memulakan perjalanan penemuan diri semasa Latihan Asas Tentera (BMT).
Episod 1: Pengambilan Masuk Perkhidmatan Tentera
Apakah perasaan apabila anda menyertai BMT? Teruja, bimbang, takut? Dalam episod pertama ini, para rekrut mengecap pengalaman pertama kehidupan tentera di Pulau Tekong.
Episod 2: Si Isteri
Setiap rekrut diperkenalkan kepada "isteri" baharunya semasa Latihan Asas Tentera – Senapang Serangan Singapura 21. Adakah "pasangan" yang baru diperkenalkan ini akan membentuk suatu perkahwinan berasaskan cinta?
Episod 3: Book Out Pertama
Masa untuk book out! Semangat sedang membara tetapi dugaan bakal melanda sesetengah rekrut…
Episod 4: Padang Tembak
"Putar gegelang pin keselamatan, tarik gegelang pin keselamatan, gegelang pin keselamatan dibuang… GRENAD!" Bagaimanakah prestasi rekrut dalam menjalani lontaran grenad langsung mereka?
Episod 5: Kem Luar (Bahagian 1)
Bagaimana mencabarkah kem luar? Ketahui cabarannya dengan para rekrut sambil mereka belajar untuk bertempur dan bertahan di dalam hutan!
Episod 6: Kem Luar (Bahagian 2)
Keadaan menjadi semakin tegang apabila para rekrut mula tertekan dan keletihan di kem luar. Adakah nasib akan berada di pihak mereka apabila salah seorang daripada mereka kehilangan magazin senapangnya di tengah malam?
Episod 7: Ujian Terakhir
Apabila peluru hidup berterbangan di atas kepala, bukan mudah untuk kekal tenang! Adakah para rekrut akan berjaya mengatasi cabaran Pusingan Inokulasi Tempur? Atau adakah mereka akan goyah dan gagal menamatkan cabaran?
Episod 8: 24km
POP loh – dua perkataan yang setiap rekrut tidak sabar-sabar untuk laungkan. Ketika para rekrut menamatkan laluan lintas hormat 24km mereka dan perbarisan tamat latihan, ia menandakan berakhirnya satu perjalanan, dan permulaan perjalanan yang seterusnya.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
04 Jun 2025
Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
03 Jun 2025
Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.
ENCIK CHAN MELIHAT LATIHAN KESEDIAAN OPS DALAM LAWATAN PERTAMA KE UNIT SAF SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN
27 May 2025
Semasa lawatan pertamanya sebagai Menteri Pertahanan, Encik Chan memerhatikan latihan yang dijalankan oleh unit kesediaan tinggi di seluruh Perkhidmatan, serta latihan RSAF yang berterusan.

