OPS & TRAINING
SINGAPURA, AUSTRALIA MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN PERTAHANAN MELALUI LATIHAN TRIDENT: SMS HENG
10 Nov 2018
Singapura dan Australia berkongsi "perkongsian all-weather yang telah berlanjutan selama beberapa tahun", kata Menteri Negara Kanan bagi Kementerian Pertahanan Heng Chee How.
Singapura dan Australia berkongsi "perkongsian all-weather yang telah berlanjutan selama beberapa tahun", kata Menteri Negara Kanan bagi Kementerian Pertahanan Heng Chee How. "Kami telah berada di Shoalwater Bay selama 28 tahun dan kami akan terus berada di sini untuk mengembangkan kerjasama kami."
Beliau berkata demikian semasa melawat Latihan Trident pada 10 Nov, di tengah-tengah keadaan laut yang bergelora yang telah memberhentikan pelancaran kenderaaan laju untuk misi kapal ke pantai yang terakhir.
Latihan Trident, yang berlangsung dari 31 Okt hingga 14 Nov, adalah latihan dua hala diantara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Australia (ADF) di Kawasan Latihan Shoalwater Bay di Queensland, Australia.
Dalam temu bual bersama dengan Penolong Menteri Pertahanan Australia, David Fawcett semasa melawat tentera di atas kapal pendaratan RSS Resolusi, Encik Heng berkata: "Hakikat bahawa kita tidak dapat melakukan manuver taktikal pada hari ini bukanlah bermaksud persembahan tidak dapat diteruskan.
Kami akan membuat penyesuaian: sebalik daripada menaiki kapal atau kenderaan, kami akan masuk dengan menggunakan helikopter dan latihan akan diteruskan. Jadi ia benar-benar memberi kami keyakinan bahawa pasukan tentera kami dapat beroperasi bersama-sama."
Sebagai sebahagian daripada lawatan mereka, Encik Heng dan Encik Fawcett menyaksikan majlis awal pasukan SAF dan ADF menaiki helikopter Chinook CH-47 di dek penerbangan kapal itu.
Chinook akan mengangkut pasukan awal ke tapak pendaratan di mana mereka akan memudahkan ketibaan pasukan-pasukan tentera utama.
Lebih dari 1,300 kakitangan dari kedua-dua angkatan bersenjata mengambil bahagian dalam operasi amfibia peringkat batalion.
Pada tahun ini Latihan Trident juga menampilkan penyertaan terbesar dari ADF, dengan lebih 100 pasukan Australia terlibat.
Dalam temu bual beliau, Encik Heng mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Australia atas sokongan mereka terhadap latihan SAF di Australia, yang membantu "mengatasi kekangan fizikal yang kita hadapi agar tentera kita dapat bertarung dengan cara yang sangat bersepadu".
Kami juga melihat dan akan melihat pengoperasian antara SAF dan ADF. Cara operasi ini adalah demonstrasi keakraban hubungan pertahanan," katanya.
Dalam nada yang sama, Encik Fawcett berkata bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara adalah landasan yang baik untuk latihan dua hala.
Menyedari bahawa Singapura adalah satu-satunya negara, selain dari Amerika Syarikat, yang membenarkan Australia untuk mengadakan latihan unilateral di negara ini, katanya: "Seperti yang anda lihat dalam latihan ini, kami membawa kedua-dua pasukan ini bersama dan kami membuktikan keupayaan kami untuk beroperasi."
Latihan Trident, yang berlangsung dari 31 Okt hingga 14 Nov, adalah yang rangka latihan ke tiga dan terakhir bagi Latihan Wallaby, latihan luar negara yang terbesar oleh SAF.
Dalam edisi ke-28 tahun ini, Latihan Wallaby melibatkan lebih daripada 3,800 anggota dari angkatan Tentera Laut dan Angkatan Tentera Udara, bersama dengan 365 kenderaan darat, 18 pesawat dan 13 kapal laut.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.







