OPS & TRAINING
SIMBEX MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-25 DENGAN EDISI YANG TERBESAR
20 Nov 2018
"Latihan ini sangat berjaya…… hakikat bahawa peluru berpandu kita telah mengenai sasaran mereka, memberikan kita keyakinan yang tinggi dan kebolehkendalian bersama ini, keupayaan untuk bekerja dengan satu sama lain dan belajar daripada satu sama lain, adalah berharga,"
"Latihan ini sangat berjaya…… hakikat bahawa peluru berpandu kita telah mengenai sasaran mereka, memberikan kita keyakinan yang tinggi dan kebolehkendalian bersama ini, keupayaan untuk bekerja dengan satu sama lain dan belajar daripada satu sama lain, adalah berharga," kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen semasa lawatannya ke Latihan Bilateral Maritim Singapura-India (SIMBEX) pada 20 November.
SIMBEX pada tahun ini, yang bermula pada 10 Nov, menyaksikan penyertaan terbesar dari kedua-dua angkatan laut, dengan hampir 30 aset mengambil bahagian. Ia telah dijalankan di Laut Andaman dan Teluk Bengal.
Semasa lawatannya, Dr Ng menyaksikan kendalian peperangan laut berbilang dimensi oleh kapal-kapal Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut India (IN), terutamanya penggabungan latihan penembakan peluru berpandu Aster dari kapal Frigat kelas Formidable RSN Steadfast dan peluru berpandu Barak oleh fret IN kelas Shivalik IN INS Satpura.
Pada tahun ke 25 ini, SIMBEX adalah latihan ketenteraan yang paling lama dijalankan bersama oleh Angkatan Bersenjata Singapura dengan Angkatan Bersenjata India. Bermula sebagai latihan anti-kapal selam pada tahun 1994, SIMBEX telah berkembang dalam skop dan kerumitan dan kini menggabungkan unsur-unsur keselamatan laut maritim, anti udara, dan anti-peperangan permukaan laut.
"Saya fikir apa yang paling penting, (latihan ini) mencerminkan kepercayaan yang mendalam antara Angkatan Tentera Laut India dan Angkatan Tentera Laut Republik Singapura. Ini adalah hubungan yang telah ditanam selama ini," kata Dr Ng dalam temu bual selepas lawatannya ke SIMBEX.
Sebagai sebahagian daripada lawatan tiga hari ke India, Dr Ng melawat kemudahan IN di Port Blair pada 19 Nov dan bertemu dengan Leftenan Gabenor Kepulauan Andaman dan Nicobar, Laksamana (Bersara) Devendra Kumar Joshi. Beliau juga akan mempengerusikan Dialog Menteri Pertahanan India-Singapura ketiga dengan Menteri Pertahanan India, Nirmala Sitharaman.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
31 Oct 2025
SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.
EX WALLABY 25 – INTEGRASI DAN KOMPLEKSITI LEBIH HEBAT
25 Oct 2025
Edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesar SAF adalah peluang untuk skala yang diperluas dan integrasi yang lebih mendalam ke arah pasukan pejuang yang berkesan dan berangkaian.
LATIHAN FORGING SABER MENINGKATKAN PENGGUNAAN ASET TANPA PEMANDU DALAM OPERASI SERANG BERSEPADU
12 Sep 2025
Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.



