SEMANGAT YANG MENDORONG PELAYARAN KAPAL KAMI

07jan21_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07jan21_news1-14638f31a-2260-4fd9-a618-64f1c91e2244.jpg?sfvrsn=26b345c3_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SEMANGAT-YANG-MENDORONG-PELAYARAN-KAPAL-KAMI
SEMANGAT YANG MENDORONG PELAYARAN KAPAL KAMI https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SEMANGAT-YANG-MENDORONG-PELAYARAN-KAPAL-KAMI
07 Jan 2021 | OPS & TRAINING

SEMANGAT YANG MENDORONG PELAYARAN KAPAL KAMI

Ia memerlukan semangat yang berani untuk pergi berperang. Tetapi anda tidak dapat bergerak jauh tanpa senjata, catuan dan bantuan ketenteraan. Markas Logistik Tentera Laut (NALCOM) membentuk tulang belakang Tentera Laut Republik Singapura (RSN), memberi sokongan kejuruteraan dan logistik untuk memastikan kapal-kapalnya tetap berfungsi dengan baik.

// KISAH THRINA THAM

// FOTO CHUA SOON LYE

English 华文
English 华文
ME3 Cheung merupakan salah seorang penguasa utama yang dipertanggungjawabkan dengan program penyenggaraan kapal RSN.

Formasi ini bermula sebagai Pangkalan Penyenggaraan Maritim pada 1967, dengan anggaran 50 pegawai dan lelaki sahaja. Ketika RSN dimulakan pada 1975, keperluan untuk menubuhkan agensi pusat untuk menyelaraskan sokongan logistik adalah ternyata.

NALCOM ditubuhkan pada 1 Jan 1986, untuk menyokong pertumbuhan pesat keupayaan RSN dalam pemasangan kedua-dua kapal dan kapal pesisirnya.

Hari ini, ia memainkan peranan utama dalam mengekalkan kelebihan Angkatan Laut. Sambil penubuhan ini meraihkan ulang tahun ke-35 pada tahun ini, marilah lihat bagaimana orang-orangnya membantu menjaga RSN agar sentiasa "Bersiap dan Bersedia".

ME2 Jega bersiap sedia 24/7 untuk memberi nasihat dan sokongan kejuruteraan kepada MSTF RSN.

Mendorong dan memelihara

Panggilannya masuk pada jam 11.30 malam: suhu kotak gear terlalu tinggi, menjejaskan mesin kapal.

Ketika Kapal Misi Littoral (LMV) kembali ke pangkalan, kru NALCOM sedang bersedia untuk bertindak.

"Dalam masa itu, kami menyediakan rancangan untuk mendiagnosis isu tersebut. Kami mengeluarkan cetak biru kejuruteraan LMV untuk mengkaji apakah puncanya, dan mengerahkan petugas-petugas yang akan memeriksa perkara-perkara tertentu," ujar Pakar Tentera (ME) 2 Jegatheswaran"Jega" a/l Jayagumar, seorang Penolong Jurutera Kanan.

Bersama-sama tiga anggota pasukannnya, mereka akan memberi sokongan kejuruteraan kepada Pasukan Petugas Keselamatan Maritim Tentera Laut (MSTF), yang bermaksud sentiasa bersedia untuk menjawab panggilan kapal 24/7.

Semasa kapal menghampiri dermaga sekitar jam 1.30 pagi, pasukannya pun sudah siap bersedia. Mereka membahagi-bahagikan tugas dan menyelesaikan masalah dalam masa dua jam.

LMV dapat meneruskan pelayarannya, menyambung rondaan pemantauan malam di Selat Singapura.

Mengotori tangannya adalah sebahagian daripada tugas sehariannya: ME2 Jega bekerja di ruang enjin LMV.

ME2 Jega dan pasukannya membentuk sebahagian daripada Skuadron Kesediaan Angkatan Laut NALCOM, yang memberi bantuan kejuruteraan kepada kapal-kapal. Ia merangkumi perancangan pra-misi dan pemeriksaan untuk mengesan sebarang pembaikan.

Ia bukan suatu tugas yang mudah. Pasukan mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga armada baru RSN yang terdiri daripada lapan LMV, akan mungkin menemui kecacatan yang tidak dihadapi sebelumnya,” jelas ME2 Jega, 33.

Contohnya, salah satu LMV mengalami masalah dengan penjana diesel yang menguasai sistem elektriknya. Selama dua hari, pasukan tersebut membuka generator kapal untuk mengenalpasti puncanya, dan membetulkan isunya.

Bagi ME2 Jega, usaha itu amat berbaloi setelah melihat kapal dihantar dalam keadaan siap tempur kepada skuadron.

"Anak-anak kapal berlayar berhari-hari tanpa melihat keluarga mereka. Oleh itu, setiap kali mereka datang, kami akan cuba menyelesaikan masalah dengan secepat mungkin. Mereka bergantung kepada kami dan menaruhi kepercayaan kepada kami, justeru kami perlu memenuhi kepercayaan itu.

Halang dan cegah

Sebagaimana kereta perlu diservis secara tetap, kapal dan kapal selam juga membuat lawatan berkala ke "mekanik" mereka di limbungan kapal.

Walaupun Skuadron Kesediaan Angkatan Laut menguruskan penyenggaraan pembetulan, adalah peranan Skuadron Penjanaan Angkatan Laut (FGS ') untuk menjalankan penyenggaraan cegah tersebut.

Contohnya, Mine Countermeasure Vessels RSN (MCMV), menjalani penyenggaraan terancang secara tetap.

Ketua Penguasa MCMV ME3 Cheung Siew Keong dan pasukannya menyediakan rancangan penyenggaraan terlebih dahulu sebelum bekerjasama dengan rakan mereka dari Singapore Technologies Engineering - Marine Limited (STEML) untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan.

Kemudian, mereka akan melakukan ujian penerimaan untuk memastikan kapal dan jenteranya berada dalam keadaan yang terbaik.

ME3 Cheung mengetuai program penyenggaraan MCMV di mana bahagian-bahagian kapal-kapal akan menjalani baik pulih di limbungan kapal dan bengkel STEML (gambar) sebelum kembali ke pangkalan.

ME3 Cheung, 47 – yang lebih mesra dikenali sebagai "Papa Cheung" kerana sikapnya seperti seorang bapa - menceritakan mengenai pengalamannya lima tahun yang lalu, semasa berlayar untuk ujian laut di Missile Corvette dan kapal itu mengalami kerosakan mekanikal.

Anak-anak kapal bertindak pantas terhadap latih tubi kecemasan dan jurutera FGS yang berada di dalam kapal berjaya membaiki kerosakan itu dalam masa 10 minit.

"Kejadian ini menunjukkan kepentingan berjaga-jaga dan bertindak balas segera dalam sesuatu situasi kecemasan. Pada masa yang sama, saya menyaksikan pasukan kami mempamerkan kemahiran mereka dengan berkesan, dan pegawai kapal yang bertindak pantas untuk memimpin anak-anak kapal keluar daripada situasi yang berpotensi menimbulkan bahaya, " kata ME3 Cheung.

Selain daripada memastikan rangkaian kapal Angkatan Laut yang disenggara dalam keadaan baik, NALCOM memanfaatkan kapal Sumber Awam untuk bantuan dalam semasa kecemasan negara.

Kata Cik Hor Ping Yin, seorang Penolong Pengurus di Pusat Penjanaan Sumber Awam FGS: "Kapal-kapal ini melengkapkan platform Angkatan Laut kami untuk bertindak sebagai pengganda kekuatan."

Kapal-kapal kecil seperti kapal tunda, contohnya, boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan tunda yang kritikal semasa kecemasan, manakala kapal-kapal perdagangan yang lebih besar boleh digunakan untuk menyokong latihan dan operasi kemanusiaan.

ME5 Soh (paling kiri) terlibat dalam menguruskan sumber untuk penggunaan dalam operasi harian sehingga latihan di luar negara. [Foto ihsan NALCOM][Foto ihsan RSAF]

Rancang dan Sedia

Bahagian yang penting dalam logistik tentera laut ialah mengoptimumkan pengurusan sumber bagi memastikan kapal-kapal bersedia untuk dikerahkan dan boleh bertahan di laut.

Pusat Logistik Operasi (iOLC) bersepadu di Ibu Pejabat NALCOM, atau HQ NALCOM dipertanggungjawab dengan peranan tersebut.

"Kami adalah entiti tunggal yang berkomunikasi dengan formasi pertempuran bersama kesemua kapal yang dikerahkan," kata ME5 Soh Teck Soon, Ketua Seksyen Sokongan Kesediaan Misi iOLC.

"Pasukan saya terlibat dalam perancangan misi armada, dengan itu kami memahami langsung mengenai permintaan operasi mereka ...Kemudiannnya kami akan bekerjasama dengan pusat-pusat kejuruteraan di NALCOM untuk membangunkan rancangan sokongan," tambah pemain berusia 41 tahun itu.

Rancangan ini melibatkan pemeriksaan sistem yang perlu dilakukan; alat ganti kejuruteraan dan bekalan umum untuk dimuat; pengerahan jurutera; dan juga rancangan kontigensi untuk menghantar alat ganti dan tenaga kerja ke pelabuhan asing untuk membantu kapal-kapal RSN yang akan tiba di sana.

"Kami akan memenuhi keperluan kapal sepanjang pengerahannya, daripada tahap perancangan sehingga kepulangan kapal ke pangkalan. Setiap kali kapal keluar, kita akan mengawasi, "katanya

Di bahagian lain rumah adalah ME3 Lilian Tan, Penyelia Kanan Logistik di cawangan Logistik HQ NALCOM. Pegawai berusia 48 tahun itu memastikan pembayaran dan permintaan NALCOM disemak, kerana formasi ini membantu seluruh Angkatan Laut dalam menyediakan permintaan belian.

Baru-baru ini, dia terlibat dalam membantu memerangi COVID-19, dengan mendirikan ranjang berasingan untuk personel RSN yang harus diasingkan di kem sebelum dan semasa bertugas, sepanjang tempoh pemutus litar.

Dia dan anggota pasukannya ditugaskan untuk menyediakan tempat tinggal bagi lebih daripada 200 personel di Kem Clementi – dengan hanya perancangan dua hari.

"Ia amat mencabar. Pada ketika itu, ramai pembekal menghadapi kekangan tenaga kerja dan tidak dapat melakukan penghantaran," jelas ME3 Tan.

"Walau bagaimanapun, saya melibatkan rakan-rakan Tentera Darat sejawat untuk bantuan mereka dan dapat memanfaatkan pengetahuan pembekalan dan pengalaman masa lalu saya sehingga kami berjaya memperoleh semua yang kami perlukan," tambahnya.

"Kami terpaksa bertungkus-lumus selama berjam-jam dan walaupun ia amat meletihkan kami, saya tahu saya telah melakukan yang terbaik untuk membantu mereka sesudah melihat senyuman personel RSN kami dan ucapan terima kasih mereka kepada kami."

Encik Chan (kanan) membincangkan sokongan logistik untuk latihan yang akan datang bersama ME6 Ong Keng Meng, Pegawai Pemerintah Pusat Sokongan Materiel, di Gudang Pangkalan Tentera Laut Changi.

Sedia dan "manja"

Kapal memerlukan bahan api; jurutera memerlukan peralatan dan alat ganti; dan anggota tentera memerlukan makanan dan air. Menguruskan seluruh inventori dan kemudahan pangkalan untuk RSN adalah Skuadron Sokongan Angkatan (FSS) NALCOM.

Ini mengurus penyediaan dan pengurusan inventori - dari merancang apa yang harus dibeli, bila masa untuk membelinya, dan berapa banyak yang dibeli, sehingga penyimpanan dan penghantarannya.

FSS juga mengendalikan pangkalan tentera laut seperti majlis perbandaran, menyenggarakan kemudahan dan memantau perkhidmatan bas ulang-alik dan hidangan rumah masak untuk memastikan operasi pangkalan berjalan lancar.

Encik Chan memantau operasi FSS. Di samping merancang dan menguruskan peruntukan dan inventori Angkatan Laut, skuadron ini juga bertanggung jawab untuk menyenggarakan kemudahan pangkalan, seperti Bilik Tanaman Penyejukan Air Laut (gambar) yang mengguna air laut untuk menyejukkan penyejuk udara bagi seluruh Pangkalan Tentera Laut Changi.

Encik David Chan, Ketua Operasi FSS, telah berkhidmat di RSN jauh sebelum penubuhan NALCOM, dan bermula sebagai Juruteknik Pangkalan Penyenggaraan pada 1977.

Walaupun permintaan logistik telah meningkat selama bertahun-tahun, begitu juga pertumbuhan NALCOM yang semakan bertambah kuat,” kata pegawau yang berusia 61 tahun.

"Penyediaan alat ganti untuk menyokong penyenggaraan dan operasi bukanlah mudah - anda tidak boleh mengatakan anda menginginkan sesuatu dan ia akan tiba di depan pintu anda pada esok harinya.

"Kami perlu memikirkan dengan teliti dan merancang untuk inventori dan peruntukan, penghantaran barang, dan pengedaran. Inilah yang dikendalikan oleh NALCOM dalam mengaturkan keseluruhan rantaian proses bekalan."

Mengimbas kembali mengenai transformasi formasi, ME7 Khoo Koh Giok, Komander NALCOM, menyatakan: "Memandangkan Tentera Laut beroperasi di persekitaran keselamatan yang lebih kompleks dan tidak stabil, peranan NALCOM dalam memastikan kesediaan kapal dan pangkalan tentera laut kami kini lebih penting daripada dahulu.

"Dengan kepakaran domain yang mendalam, semangat perjuangan yang kental dan profesionalisme yang kuat, saya yakin NALCOM akan terus menjadi lebih teguh dan menyampaikan kejayaan misi kepada RSN."

Tugasan harian LCP Poon adalah termasuk melakukan pemeriksaan peluru untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik setiap kali dihantar ke pelbagai unit operasi.

Di kalangan anggota tentera nasional sepenuh masa di FSS adalah Lans Koperal (LCP) Philip Poon dari Pusat Sokongan Materiel, yang menyenggara dan menghantar peluru kepada angkatan Tentera Laut.

Pembantu Sokongan Munisi yang berusia 21 tahun ini mengingatkan operasi pertamanya, di mana dia perlu mengguna trak forklift untuk mengangkut dan menghantar peluru berpandu ke s ebuah kapal yang mengambil masa sehari suntuk.

"Ia memakan masa yang lama kerana kami terpaksa mengangkut dengan hati-hati agar tidak merosak rangka peluru berpandu. Kami perlu berfokus sepanjang masa, yang bukan sesuatu yang mudah, dan selepas itu, saya berasa sungguh berpuas hati dengan pencapaian itu."

Peranan LCP Poon melibatkannya berada dalam keadaan bersedia untuk membantu kapal RSN. Dia pernah diaktifkan untuk kembali ke pangkalan pada tengah malam untuk memuatkan peluru.

LCP Poon juga membantu dalam latihan Lingkaran Pasifik, atau RIMPAC, pada tahun lepas, melepaskan peluru berpandu Aster ke RSS Supreme.

Apabila menyentuh mengenai bagaimana kerjanya di sebalik tabir menyumbang kepada kejayaan misi, anggota perkhidmatan negara sepenuh masa ini berkata: "Sekiranya (kapal) tidak dapat menerima peluru berpandu dengan lancar atau selamat, penembakan mereka mungkin tidak berjaya.

"Saya menganggapnya seakan-akan perlumbaan geganti; kami hanya memberi baton kepada mereka dan tidak kira pelari mana yang menamatkan perlumbaan, kami semua memainkan peranan yang sama pentingnya."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
07 Jan 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.