SAYA AKAN CUBA MELONTAR BOM TANGAN INI!

Firsthand-hero https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/firsthand-hero.jpg?sfvrsn=a225a49a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAYA-AKAN-CUBA-MELONTAR-BOM-TANGAN-INI
SAYA AKAN CUBA MELONTAR BOM TANGAN INI! https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAYA-AKAN-CUBA-MELONTAR-BOM-TANGAN-INI
01 Jan 2019 | OPS & TRAINING

SAYA AKAN CUBA MELONTAR BOM TANGAN INI!

Wartawan Thrina Tham mendapati ada lebih banyak yang perlu dipelajari mengenai membaling bom tangan dan bukan sekadar meletupkan bahan letupan kecil.

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG

// ILLUSTRASI OLEH DESMOND WONG

English 华文
English 华文

Tapak tangan saya berpeluh, lutut lemah dan lengan berasa berat ketika saya berdiri di ruang melontar sambil memegang bom tangan. Ini bukanlah apa yang saya gambarkan beberapa hari yang lalu ketika diberitahu yang saya akan mempelajari asas-asas melontar bom tangan.

Asas Bom Tangan

"Jangan sekali-kali memegang bom tangan pada pin keselamatannya, walaupun ia kelihatan seperti rantai kunci yang bagus," kata Kapten (CPT) Tan Kuan Liang dengan serius.

Sebagai seorang pengajar, beliau memberikan saya kursus insentif mengenai pemeriksaan bom tangan, tempat penyimpanan dan kaedah melontar.

Saya juga mempelajari teori bom tangan: terdapat 700 galas bebola di dalam bom tangan; Kelewatan fiusnya ialah 3.5s hingga 5s; dan ia mempunyai jarak berkesan sejauh 200m. Dan adakah anda tahu perkataan "grenade" adalah daripada bahasa Perancis bermaksud buah delima, dinamakan begitu kerana bentuknya?

Menapak ke arah stesen setinggi paras lutut sebagai sebahagian daripada GAC.
Di stesen terakhir GAC, saya mengambil kedudukan meniarap di belakang sebuah kotak peluru.

Latihan Sasaran

Bom tangan palsu yang saya pegang adalah lebih bujur berbanding bentuk bom asal - lebih seperti buah kiwi. Bom tangan getah bewarna biru ini digunakan untuk latihan sebagai sebahagian daripada Kursus Ketepatan Jarak (DAC), di mana rekrut belajar untuk melontar dari posisi berdiri, melutut dan meniarap, dan Kursus Gempur Bom Tangan (GAC) yang menyerupai medan perang.

Dilengkapi dengan Vest Bearing Load dan bersenjatakan dengan Rifel Penggempur Singapura 21 untuk DAC, saya menyediakan dan melontar bom tangan saya. Tetapi saya hampa apabila ia tidak mendarat jauh dan, sebenarnya, tidak berada berhampiran sasaran.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah masalah utama, kerana Sarjan Mejar datang untuk menunjukkan.

Saya telah lupa untuk meletakkan bom tangan dengan tuilnya menghadap ke telapak tangan saya untuk mengelakkannya daripada terpelanting keluar; dan gagal memegang senapang ke dada untuk menstabilkan ayunan saya apabila melontar. Akhirnya, saya telah salah menyebut pengistiharan, " master right hand " dan bukannya " right master hand".

Dengan tersipu-sipu, saya melakukan lontaran semula sebelum ke GAC.

Bermula dari kedudukan berdiri, saya melontar bom tangan ke arah sasaran pertama, kemudian berlari untuk mengambilnya. Tetapi sebelum saya sampai ke stesen seterusnya, Kapten Tan memberitahu saya untuk meniarap dan merangkak baki sejauh 5m (rekrut perlu berlari pecut untuk 4s dan merangkak sejauh kira-kira 10m).

Setelah menapak ke stesen melutut, saya sudah kehabisan tenaga. Tetapi saya sampai ke kantung bom tangan saya dan meneruskan perjalanan.

Akhirnya, di stesen terakhir, saya berlindung didalam kedudukan meniarap di belakang sebuah kotak peluru. Kemudian mengangkat diri saya dengan tenaga saya yang berbaki, saya melemparkan bom tangan ke sasaran dan berlari dengan pantas ke sana untuk mengakhiri kursus saya.

Akhirnya, saya dapat melakukan rutin tersebut dengan betul.

Boom! Sebuah bom tangan yang rekrut meletup di lapang sasar di Pulau Tekong.

Boom: Situasi Sebenar

Keesokan harinya, para rekrut akan mempraktikkan semua yang telah dipelajari di lapangan sasar. Walaupun saya hanya dapat melontar Bom Latihan Singapura (SPG), saya tidak akan melepaskan peluang untuk beraksi.

Di bahagian pertama, semua berjaya melontar SPG dengan mudah. Tetapi riak wajah mereka tergambar campuran perasaan penuh harapan dan kebimbangan ketika mereka memegang Bom Tangan Fragmentasi dan menuju ke ruang bom.

Saya menyertai rakan sepasukan mereka yang berkumpul di galeri paparan dengan plug telinga. Malah kira-kira 300 meter lagi dan di belakang dinding keselamatan, saya dikejutkan oleh ledakan letupan itu.

Boleh Melakukannya

Tidak lama kemudian, tiba giliran saya. Dengan pantas, saya berlatih prosedur di dalam fikiran, dengan harapan tidak akan tergelincir di depan rekrut muda.

Saya dapat merasakan mata mereka melihat saya ketika saya berdiri di hadapan ruang bom untuk membuat perisytiharan saya.

"Tham Wai Ying, Thrina. SXXXXXXXX. Right master hand. Tapak tangan tidak berpeluh. Kebenaran untuk memasuki ruang bom, Sarjan!

"Anda boleh masuk."

Selepas mengambil tempat saya, saya melingkari jari telunjuk saya ke dalam cincin dan memutarkannya mengikut arah jam. "Cincin keselamatan, berpusing!"

Mengimbas kembali amaran mengenai pin SPG yang lebih sukar untuk ditarik daripada granat palsu, saya menariknya dengan kuat. "Safety ring, pull!"

Dan akhirnya: " Safety rii– erm, pin, out!... Grenade prepared and ready to be thrown."

Saya menerima tepukan di lengan saya - isyarat untuk meneruskan. Menggunakan tenaga seperti seorang juara lempar peluru, saya melontar bom tangan sejauh yang saya boleh dan memulakan kiraan saya. "1,000, 2,000, 3,000, 4,000 ..."

Akhirnya, saya mendengar bunyi letupan yang kuat yang mensimulasikan letupan bom tangan yang sebenar dan kembali kepada kedudukan saya.

Sekarang apabila saya sudah melakukan lontaran SPG saya, adakah pegawai keselamatan saya yakin untuk melangkah masuk ke dalam lapang sasar dengan saya? Jawapannya jelas: "Sudah tentu, mengapa tidak?"

Saya sudah bersedia menyertai pasukan anda, Rambo.

 


 

Latihan Keselamatan

Tiga latihan kecemasan bagi mempersiapkan rekrut jika kemalangan berlaku semasa membaling bom tangan.

1 Menjatuhkan Bom Tangan

Bom tangan jatuh hanya beberapa kaki di luar ruang bom. Rekrut meniarap di atas tanah, melekapkan pada dinding ruang bom. Dia terus mengira sambil mendengar letupan. Dalam senario sebenar, pegawai keselamatan akan meniarap di atas rekrut untuk melindungi dirinya.

2 Bom Tangan Di luar Ruang Bom

Rekrut secara tidak sengaja melontar bom tangan ke belakang ketika cuba melontar. Dia meniarap di ruang bom untuk melindungi badannya.

3 Bom Tangan di dalam Ruang Bom.

Para rekrut melepaskan bom tangan itu, dan ia jatuh di dalam ruang bom. Sambil mengira, dia bergegas ke dalam parit pelindung dan berbaring dengan badannya melekap pada dinding.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
01 Jan 2019

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.