SATU SERVIS YANG BAGUS

07jul23_news1_photo1_cover_v3 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07jul23_news1_photo1_cover_v3.jpg?sfvrsn=d041017_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SATU-SERVIS-YANG-BAGUS
SATU SERVIS YANG BAGUS https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SATU-SERVIS-YANG-BAGUS
07 Jul 2023 | PEOPLE

SATU SERVIS YANG BAGUS

Dia pernah bermain di gelanggang bola tampar. Kini, beliau berkhidmat dalam Angkatan Tentera Udara dan menyukainya.

// KISAH BENITA TEO / FOTO LCP AMOS CHEW & IHSAN ME1 NG

English 华文
English 华文

Baik di gelanggang mahupun di hangar, pemain bola tampar pantai negara yang kini bertugas sebagai wanita juruterbang Pakar Tentera (ME) 1 Ng Serene akan memberikan usaha sedaya-upayanya dan tidak terfikir langsung tentang bagaimana pula sebaliknya.

"Bola tampar mengajar saya untuk memberi servis terbaik sebaik sahaja saya melangkah masuk ke gelanggang, tanpa menghiraukan keadaan atau kemungkinan. Ia adalah satu pengajaran yang bagus kerana kami akan sentiasa berhadapan dengan situasi di luar kawalan kami, sama ada dalam kehidupan ataupun di tempat kerja," kata atlet yang setinggi 176cm itu, dan dia telah berlatih dan bertanding sejak usianya sembilan tahun kerana minatnya dalam sukan itu.

Kini berusia 23 tahun, dia masih terdorong oleh

keghairahan dan semangat yang sama sebagai Jurutera Tentera Udara (Penyelenggaraan), atau AFE(M), di Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

ME1 Ng (melompat) mula bermain bola tampar dalaman ketika berusia sembilan tahun sebelum beraksi dalam permainan bola tampar pantai pada 2017.

ME1 Ng: Hai ME 1 Ng, kami dengar anda pernah menjadi pemain bola tampar pantai negara! Saya mula bermain bola tampar dalaman semenjak usia saya sembilan tahun. Lama-kelamaan, melalui ayah, saya mula menaruh minat dalam sukan itu dan terus tersangkut.

Pada 2017, selepas bertanding di Sukan Sekolah Kebangsaan, saya dipilih untuk menyertai pasukan bola tampar pantai negara oleh ketua jurulatih. Ia adalah sukan yang berbeza sama sekali dengan peraturan dan bilangan pemain yang berbeza.

Tetapi saya gemar cabaran untuk belajar sesuatu yang baharu dan menjalani latihan untuk menjadi pemain yang serba boleh.

ME1 Ng amat menggemari sukan itu, terima kasih kepada ayahnya, seorang jurulatih bola tampar.
ME1 Ng (kiri) di kejohanan Fédération Internationale de Volleyball pada 2019. Selepas dipilih pada 2017, dia menyertai pasukan kebangsaan selama tiga tahun.

Apa yang anda gemar tentang bola tampar?

ME1 Ng: Ia mewujudkan ikatan istimewa di antara saya dan ayah saya yang masih segar sehingga hari ini. Saya terdorong untuk menjadi pemain yang cemerlang dan saya seronok menjalani latihan dan menambahbaik kemahiran saya.

Dan semasa saya menganggotai pasukan kebangsaan, saya gemar bertanding mewakili Singapura dan mengibarkan bendera kita setinggi-tingginya sambil menimba pengalaman bernilai di sepanjang perjalanan.

ME1 Ng (barisan depan, ketiga dari kiri) bersama dengan pasukan bola tampar pantai negara di Sukan SEA 2019.

Apakah pertandingan pertandingan yang anda telah menyertai?

ME1 Ng: Saya mewakili Singapura di Sukan Asia Tenggara (SEA) pada 2017 dan 2019. Pengalaman itu membuka mata saya kerana kami semua adalah pemain bola tampar dalaman (yang telah beralih kepada bola tampar pantai).

Ia merupakan peluang untuk memajukan diri dan belajar daripada negara lain yang lebih berpengalaman dalam kedua-dua bidang sukan. Saya berasa amat berbesar hati dapat mewakili Singapura dalam tempoh tiga tahun saya berada dalam pasukan.

Saya kini bermain bola tampar dalaman untuk SAFSA (Persatuan Sukan Angkatan Bersenjata Singapura) serta kelab saya, dan saya berlatih selepas waktu kerja. Bola tampar membantu saya menghilangkan stres sambil memastikan saya kekal cergas – itulah sebabnya saya amat meminatinya dan saya tidak pernah letih untuk pergi bekerja atau menjalani latihan!

Bola tampar pantai merupak suatu permainan kepersisan, kebolehsuaian dan kefleksibelan, kata ME1 Ng.
ME1 Ng (baris belakang, keempat dari kanan) bersama dengan pasukan bola tampar dalaman SAFSA.

Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada seseorang yang ingin belajar bermain bola tampar pantai?

ME1 Ng: Ia kelihatan agak sukar, tetapi sebenarnya ia adalah permainan semua peringkat yang ramah. Anda hanya perlukan jaring dan bola dari Decathlon dan anda boleh mula bermain! Pantai Tanjong dan Palawan penuh dengan jaring pada hujung minggu dan ada hari-harinya, saya akan tiba di Sentosa pada pukul 7 pagi semata-mata untuk mencari tapak untuk bermain!

ME1 Ng (tengah) dalam kontinjen RSAF GOH di Perbarisan Hari SAF tahun ini.

Sila ceritakan lebih lanjut tentang tugasan anda selaku AFE(M) dalam RSAF!

ME1 Ng: Saya berada dalam Penerbangan Struktur Squadron 815, yang mengekalkan kelayakan struktur jet pejuang F-16. Kami dilatih untuk mengesan sebarang kerosakan struktur dalam pesawat dan membaikinya. Kami juga dilatih dalam Pembaikan Kerosakan Pertempuran Pesawat untuk memastikan pemulihan pantas para pejuang semasa peperangan.

Ia merupakan persekitaran pantas yang agak tertekan, tetapi dengan adanya kerja berpasukan, kami sentiasa dapat menyelesaikan tugasan dan memastikan keupayaan operasi armada F-16 kami.

Pekerjaan yang memberinya alasan untuk bangun setiap pagi: ME1 Ng (tiga dari kanan) pada hari keluarga 5 Kumpulan Kejuruteraan Udara dan Logistik.

Kenapakah anda bercadang untuk mendaftar dengan RSAF?

ME1 Ng: Sebenarnya, jika anda bertanya kepada saya sehari selepas saya mendaftar, saya akan mengatakan ia adalah pekerjaan yang stabil, lebih-lebih lagi bila saya menamatkan pengajian dengan kelulusan Diploma dalam Kejuruteraan Aeronautik semasa pertengahan pandemik. Saya memilih RSAF kerana saya ingin melangkah ke luar dari zon selesa saya dan mencari kerjaya yang boleh membangunkan diri saya, secara peribadi dan dari segi set kemahiran saya.

ME1 Ng (kiri) semasa tamat pengajiannya dari Sekolah Tentera Udara pada 2021. Dia dianugerahi Aerosystems and Structures (Sayap Tetap) Pelatih Terbaik dan Pelatih Terbaik Kohort Aerosistem dan Struktur AFE(M). Digambarkan di sini menerima anugerah daripada ME6 Aaron Tan, Komander Institut Latihan Kejuruteraan Udara.

Kini, selepas dua tahun dalam angkatan tentera udara, saya ingin mengatakan rasa pencapaian dan kepuasan saya yang tinggi berkhidmat untuk RSAF. Walaupun peranan saya boleh dianggap kecil secara menyeluruhnya, namun apabila dilakukan dengan betul, semua bahagian kecil ini akan membentuk satu bahagian yang besar, iaitu untuk mempertahankan ruang udara Singapura.

Orang yang saya temui dan rakan sekerja saya juga memberi saya semangat kekitaan yang kuat. Kami semua bekerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama – iaitu pulang ke rumah masing-masing setiap hari dengan kesedaran kami melindungi tempat yang bergelar rumah ini.

ME1 Ng (tengah) telah menemui hala tuju yang baharu sebagai AFE(M), bekerja bersama dengan pasukannya untuk mempertahankan ruang udara Singapura.

Anda berada dalam kontinjen Pengawal Kehormat (GOH) di Perbarisan Hari SAF baru-baru ini, dan anda akan berbaris sekali lagi di Perbarisan Hari Kebangsaan. Bagaimanakah pengalamannya?

ME1 Ng: Ia merupakan kali pertama saya menyertai Perbarisan Hari SAF dan latihan adalah sukar, tetapi semangat keakraban dan kerja berpasukan yang wujud di kalangan rakan-rakan peserta saya banyak membantu memudahkan segala urusan. Umpamanya, semasa latihan, kami dikehendaki berdiri diam sehingga 15 minit pada setiap masa.

Adakalanya fikiran saya mula melayang dan saya tidak bertindak balas terhadap perintah yang diberi tepat pada masanya. Tetapi rakan di sebelah saya akan menggesa saya dan memastikan saya menjalankan latih tubi yang betul. Sokongan seperti inilah yang memastikan acara perbarisan dijalankan dengan lancar.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
07 Jul 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
07 Jul 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
07 Jul 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
07 Jul 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
07 Jul 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
07 Jul 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
07 Jul 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
07 Jul 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
07 Jul 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
07 Jul 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.