OPS & TRAINING

SAF, SPF KERAP MENGADAKAN LATIHAN KESELAMATAN NEGARA BERSAMA.

08 Nov 2018

Bunyi jeritan memecah kesunyian apabila tembakan dilepaskan. Orang ramai berlari bertempiaran untuk keluar dari bangunan. Sejurus kemudian, seorang penembak muncul dengan seorang tebusan.

KEN_2968

// Laporan Teo Jing Ting

// Gambar Kenneth Lin


Koperal Kelas Pertama Fung (kanan) bergerak masuk dan mengawasi penembak bersama dengan rakan sejawat peronda sementara Sarjan 3 Ramesh (dua dari kanan) memerhatikan latihan mereka.
Seorang askar SAF menahan penjenayah bersenjatakan pisau di dalam senario serangan bersenjatakan pisau sementara rakan sejawat dari SPF mengawal keadaan.
Gabungan SAF-SPF pasukan peronda (depan) mengawal tangga bawah sementara ERT bergerak ke atas untuk menahan penjenayah.
Superintenden Yeo (kiri) dan Leftenan Goh berpendapat latihan bersama ini meningkatkan kebiasaan dalam menjalankan operasi dan membina kepercayaan bersama diantara dua ajensi.

Bunyi jeritan memecah kesunyian apabila tembakan dilepaskan. Orang ramai berlari bertempiaran untuk keluar dari bangunan. Sejurus kemudian, seorang penembak muncul dengan seorang tebusan.

Mendengar kekecohan yang berlaku, dua tentera daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan seorang polis daripada Pasukan Polis Singapura yang sedang meronda di kawasan berdekatan dengan segera cuba mengawal keadaan.

Ia adalah pertarungan satu lawan satu. Sementara pegawai SPF cuba menenangkan penjenayah, askar SAF mengacukan Rifel Tempur 21 (SAR) pada penjenayah tersebut. Rundingan tidak berjaya dan penembak yang gelisah itu mulai mengheret tebusan menuju ke tangga. Selepas menembak tebusan di kaki, dia berlari ke atas.

Sementara itu, Pasukan Respons Daratan dan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) daripada SPF mengambil alih untuk mengawal situasi.

Pasukan ERT dengan pantas menghalang dan menembak lelaki itu apabila beliau cuba merempuh mereka. Satu hari lagi berjaya diselamatkan.

Ini adalah salah satu dari empat senario di mana SPF dan SAF telah berlatih sebagai sebahagian daripada latihan keselamatan negara sejak Januari yang lepas.

Dikendalikan bersama Pusat Latihan Keselamatan Dalam Negeri SAF (HSTC) dan Pusat Latihan Kepolisan Garisan Hadapan SPF (FPTC), sesi separuh hari ini menyediakan pasukan untuk penugasan di samping rakan sejawat mereka bagi menurunkan dan meneutralisasikan ancaman di dalam situasi yang tegang.

"Adalah penting untuk mengadakan latihan bersama di antara SAF dan SPF supaya kita boleh memahami konsep operasi masing-masing, peraturan penglibatan dan taktik darat supaya kita boleh mengkoordinasi tindak balas dengan lebih baik semasa insiden ancaman keselamatan awam," jelas Pegawai Pemerintah Superintenden FPTC Kenny Yeo, 44.

Sementara askar SAF secara tradisionalnya di latih di dalam peperangan konvensional, peningkatan ancaman keganasan telah mengakibatkan pengembangan skop operasi termasuk keselamatan negara. Selain daripada mengasah kompentasi taktikal, latihan bersama juga meningkatkan kesesuaian dalam menjalankan operasi dan membina kepercayaan diantara dua ajensi.

Sesi biasa ini membenarkan penugasan tentera dilakukan dengan pantas bersama rakan sejawat SPF ketika majlis-majlis yang penting seperti Sidang Puncak ASEAN yang ke-33, jika perlu.

“Kita perlu bersedia," kata Ketua Pemerintah HSTC Leftenan Kolonel Goh Boon Ping, 39.

“Tentera (perlu) dilatih untuk dengan set kemahiran dan memahami rangka kerja undang-undang (supaya mereka boleh) ditugaskan bersama pegawai polis bila diperlukan."

Terkini, sebanyak tujuh sesi latihan bersama telah dijalankan. Sejumlah 22,000 Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dan Anggota Perkhidmatan Sedia Berkerja juga telah dilatih di dalam operasi-operasi keselamatan negara.

Bergerak Bersama

Cuba menetapkan jadual di antara dua ajensi bukanlah satu tugasan yang mudah dan mengambil masa beberapa bulan untuk mereka silibus latihan.

Inspektor pelatih pusat latihan FPTC Indra Devi, 54, mengingati: "Kami keluar dengan senario berdasarkan Prosedur Operasi Standard (dan) berbincang bagaimana kami boleh mengaplikasi peraturan penglibatan untuk senario tertentu."

Silibus latihan direka berdasarkan situasi yang biasa dilihat. Ini termasuk memulihkan ketenteraman awam dalam hiruk-pikuk orang ramai, mematahkan serangan pisau, bertindak balas terhadap penembak aktif yang memakai alat peledak yang telah diubahsuai dan menahan lelaki bersenjata yang menahan tebusan.

Latihan bersama telah terbukti memberi manafaat bagi Sarjan 3 Rushil Ramesh.

Pelatih berumur 19 tahun dari HSTC, yang membimbing pelatih tentang tindakan mereka dalam pelbagai senario, berasa dia mendapat pengetahuan yang mendalam mengenai operasi SPF. Beliau juga perlu mempelajari kod perkataan dan istilah kerana ia berbeza daripada SAF.

"Dengan memerhatikan cara tindakan SPF, saya banyak mengetahui tentang operasi mereka dan saya dapat membimbing pasukan saya untuk bekerjasama dengan lebih baik dengan mereka semasa latihan." Kata Sarjan 3 Ramesh.

Bagi Korporal Kelas Pertama Andrew Fung, salah satu cabaran yang dihadapi semasa latihan bersama ini adalah membina kepercayaan bersama dengan rakan sejawat dari peronda SPF dalam masa yang singkat.

"Ini agak baru bagi kami – beroperasi di dalam senario masa aman dan mempelajari peraturan penglibatan masing-masing. Ia mengambil masa untuk belajar dan menghubungkannya," kata anggota perkhidmatan Negara itu dari Divisyen Singapura yang ke-9.

Walau bagaimanapun, beliau nampak nilai dalam pelajaran ini.

"Sebagai anggota perkhidmatan, kami perlu bersedia untuk menjalankan operasi apabila diperlukan. Terdedah kepada latihan masa aman adalah penting dan dengan melakukannya, kami mengembangkan kebolehan operasi kami."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story