SAF MENYEMAK SEMULA SISTEM PES, MENGERAH ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGARA DALAM PELBAGAI PERANAN

03mar21_news2-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/03mar21_news2-1.jpg?sfvrsn=75029a85_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MENYEMAK-SEMULA-SISTEM-PES-MENGERAH-ANGGOTA-PERKHIDMATAN-NEGARA-DALAM-PELBAGAI-PERANAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MENYEMAK-SEMULA-SISTEM-PES-MENGERAH-ANGGOTA-PERKHIDMATAN-NEGARA-DALAM-PELBAGAI-PERANAN
SAF MENYEMAK SEMULA SISTEM PES, MENGERAH ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGARA DALAM PELBAGAI PERANAN
03 Mar 2021 | OPS & TRAINING

SAF MENYEMAK SEMULA SISTEM PES, MENGERAH ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGARA DALAM PELBAGAI PERANAN

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

Banyak inisiatif untuk memperkukuhkan Perkhidmatan Negara (NS) diumumkan dalam perbahasan tentang belanjawan pertahanan dengan Jawatankuasa Pembekalan 2021 pada 1 Mac. Berikut adalah lima perkembangan penting yang perlu anda tahu.

1. Sistem PES akan disegarkan semula

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mengemas kini dan menyegarkan semula Sistem Klasifikasi Perubatan tradisionalnya, yang meliputi sistem Piawaian Pekerjaan Fizikal (PES), kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam ucapan perbahasan tentang belanjawan pertahanan.

Katanya lagi, tujuannya adalah untuk beralih daripada klasifikasi binari lama sama ada seseorang itu sesuai untuk bertempur atau tidak sesuai untuk bertempur, yang tidak relevan bagi banyak peranan dalam SAF Generasi Seterusnya.

Dengan mencorakkan semula pekerjaan dan teknologi baharu, “sekumpulan besar anggota tentera kini boleh menyumbang di bahagian-bahagian yang sebelum ini, mereka didapati tidak layak atau berkemampuan," tambahnya, memetik contoh seperti keselamatan maritim dan perlindungan pemasangan, melalui penggunaan kapal permukaan tanpa pemandu dan menara pengawal tanpa pemandu.

"Melangkah ke hadapan, SAF akan menggunakan Sistem Klasifikasi Perubatan yang dikemaskini dan diperbaharui, bersama sistem PESnya, yang akan memadan pekerjaan dan pengerahan anggota perkhidmatan negara dengan lebih tepat. Sistem baharu ini juga akan mempertimbangkan pekerjaan awam dan kemahiran mereka."

Menteri Negara Kanan Pertahanan Encik Heng Chee How menjelaskan bahawa perubahan ini adalah untuk menyesuaikan anggota tentera dengan peranan yang bermakna tanpa mengkompromikan keselamatan atau keberkesanan operasi.

Dia menyatakan bahawa SAF sedang menyemak semula penggunaan penilaian fungsi untuk menentukan sama ada seseorang anggota itu sesuai dikerah untuk sesuatu pekerjaan tertentu.

Contohnya, pada masa ini pemilihan Pengendali Pengangkutan menggunakan penilaian fungsi yang meniru tuntutan fizikal yang diperlukan untuk operasi harian – ini membolehkan SAF memadankan kemampuan fungsi anggota tentera dengan keperluan peranan yang sebenarnya.

"Sekiranya berjaya, kami akan melanjutkan ujian ini kepada pekerjaan lain seperti Pengendali Kereta Kebal," kata Encik Heng.

WSD membenarkan juruteknik NSF Tentera Darat dan Tentera Udara memperoleh diploma ITE tajaan MINDEF semasa menjalani perkhidmatan NS mereka.

2. Lebih banyak skim belajar-bekerja untuk Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa

Untuk memanfaatkan lagi potensi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), MINDEF melancarkan Diploma Kajian Kerja (WSD) dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada September tahun lalu. Sebagai permulaan, WSD terbuka untuk mereka yang bertugas sebagai juruteknik Tentera Udara atau Tentera Darat.

Kelompok pertama yang terdiri daripada 37 anggota tentera WSD akan memulakan program mereka pada April bulan depan.

Di bawah skim ini, Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa akan menjalani latihan di ITE untuk mendapatkan diploma ITE tajaan MINDEF dalam bidang kejuruteraan penyenggaraan pesawat untuk juruteknik Tentera Udara atau bidang kejuruteraan elektrik untuk juruteknik Tentera Darat.

Setelah tamat tempoh tiga hingga empat tahun dengan SAF, NSF ini akan diberi kontrak dengan gaji dan faedah SAF Biasa setelah selesai tempoh minimum sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa.

WSD adalah penambahan terkini skim belajar-bekerja untuk Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa di SAF. Pada 2018, skim NSF Siber dilancarkan untuk mencungkil bakat bagi pertahanan siber.

Encik Heng mengatakan bahawa MINDEF akan terus meninjau lebih banyak skim yang sedemikian untuk "menyokong pembangunan profesional anggota tentera kita, di samping memupuk pembelajaran secara praktik untuk menyumbang kepada MINDEF dan SAF demi mempertahankan Singapura.”

Anggota Perkhidmatan Negara yang mempunyai kepakaran awam yang relevan boleh memainkan peranan seperti penasihat undang-undang dan pegawai kejururawatan.

3. Lebih banyak peluang untuk memadankan kepakaran awam Anggota Perkhidmatan Negara dengan peranan operasi mereka

SAF sedang memperluas peluang untuk mengerahkan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi dalam peranan yang memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran mereka yang diperoleh melalui kajian dan tugasan awam mereka, kata Encik Heng.

Di bawah Skim Penukaran Kepakaran yang tersedia, Anggota Perkhidmatan Negara dalam bidang khusus seperti undang-undang dan psikologi boleh dikerah lebih awal dalam kitaran Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi mereka terhadap peranan yang memerlukan kepakaran mereka.

Skim ini telah berfungsi dengan baik bagi SAF dalam mengatasi pertumbuhan pelbagai ancaman keselamatan bukan konvensional dalam domain seperti komunikasi maklumat dan maritim, katanya.

"Melangkah ke hadapan, kami akan memperluas peluang secara sistematik untuk mengerah Anggota Perkhidmatan Negara dengan kepakaran awam yang relevan, dan kami akan menambahkan bidang di mana mereka boleh dikerah, di samping menubuhkan pusat pengerahan khusus untuk mengawasi perkembangan ini."

Pra-peserta sedang bersenam di gim SAFRA. [Foto Fail]

4. Lebih banyak kemudahan kecergasan untuk latihan

Tidak lama lagi, pra-pendaftar boleh bersenam di gim ActiveSG berhampiran rumah mereka dengan percuma.

MINDEF sedang memperluas percubaan Program Latihan Pra-Pendaftar bagi Anggota Perkhidmatan Negara (PREP4NS) untuk melibatkan kemasukan ke 24 gim ActiveSG di seluruh Singapura. Maklumat pendaftaran akan diumumkan akhir tahun ini.

Di bawah program PREP4NS semasa, pra-pendaftar boleh mendaftar keanggotaan satu tahun percuma bagi enam gim SAFRA bagi meningkatkan tahap kecergasan mereka.

Dianggarkan 5,000 pra-pendaftar telah menerima keanggotaan PREP4NS sejak ujian PREP4NS pertama pada November 2019. Dan lebih daripada 80 peratus daripada jumlah ini telah mengunjungi gim-gim SAFRA sejak pertengahan Jun tahun lalu, apabila Singapura beralih ke pembukaan semula Fasa Kedua semasa pandemik COVID-19.

Ramai yang melaporkan peningkatan dalam skor Ujian Kecergasan Jasmani Individu (IPPT) mereka – contohnya, 33 peratus lagi pra-pendaftar menerima anugerah Emas setelah menerima keanggotaan PREP4NS mereka, kata Encik Heng.

Bagi Anggota Perkhidmatan Negara, MINDEF dan SAF sedang meninjau banyak cara lain untuk memberi lebih kemudahan dan kefleksibelan untuk aktiviti kecergasan Anggota Perkhidmatan Negara, kata Encik Heng, sambil menambah bahawa butiran terperinci akan diumumkan tidak lama lagi.

HSP memastikan Anggota Perkhidmatan Negara berada dalam keadaan sihat untuk menyertai aktiviti yang menjerihkan semasa latihan. [Foto Fail]

5. Saringan kesihatan yang lebih pantas dan selesa bagi anggota perkhidmatan negara

Program Saringan Kesihatan (HSP) kini boleh diselesaikan dalam satu sesi, dan bukannya dua, bagi kebanyakan Anggota Perkhidmatan Negara.

Ini adalah saringan kesihatan yang mandatori bagi Anggota Perkhidmatan Negara, yang berusia 35 tahun ke atas dan layak mengambil bahagian dalam IPPT. Ini membantu memastikan agar mereka dalam keadaan sihat untuk menyertai aktiviti latihan yang lasak.

Untuk memberi kemudahan yang selanjutnya, pusat HSP yang khusus akan ditubuh pada pertengahan 2021, di Institut Perubatan Tentera yang terletak di kampus Universiti Kebangsaan Singapura di Kent Ridge.

"Lokasi terpusat ini akan memudahkan Anggota Perkhidmatan Negara kami dan mereka juga mengharapkan waktu tempahan dan waktu menunggu yang lebih pendek," kata Encik Heng.

Seramai 11,000 Anggota Perkhidmatan Negara setiap tahun akan menerima manfaat daripada dua peningkatan HSP ini.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
03 Mar 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.