Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01jul21_news1_photo1a7f045fe-333f-4b11-abfe-33f8e63b8dd7.jpg?sfvrsn=46aff554_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-BERSEDIA-UNTUK-OPS-AMP-LATIHAN-BERSAMA-ENDEMIK-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-BERSEDIA-UNTUK-OPS-AMP-LATIHAN-BERSAMA-ENDEMIK-COVID-19
SAF BERSEDIA UNTUK OPS & LATIHAN BERSAMA ENDEMIK COVID-19
01 Jul 2021 | OPS & TRAINING

SAF BERSEDIA UNTUK OPS & LATIHAN BERSAMA ENDEMIK COVID-19

DALAM WAWANCARA TAHUNANNYA DENGAN SAF, MENTERI PERTAHANAN DR NG ENG HEN BERCAKAP TENTANG MENJAJARKAN PENDIRIAN NEGARA DENGAN COVID-19, BAGAIMANA OPERASI DAN LATIHAN AKAN DILANJUTKAN DAN MEMBERI FOKUS KEPADA SAF UNTUK TERUS MAJU.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) beralih untuk menangani COVID-19 sebagai endemik, selaras dengan pendirian negara. Ini melibatkan kesedaran bahawa setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai risiko jangkitan, dan kesediaan untuk beroperasi harus dikekalkan dengan atau tanpa adanya penyakit.

Kesinambungan latihan berskala besar dan bertaraf tinggi juga akan diteruskan; di samping itu, SAF akan menumpukan perhatian kepada keselamatan, mencegah keganasan dan keselamatan siber.

Ini adalah beberapa perkara penting yang diketengahkan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam wawancara tahunannya menjelang sambutan Hari SAF pada 1 Jul. Wawancara itu diadakan selepas lawatan beliau ke Ibu Pejabat Sense and Strike di Kem Mandai Hill pada 28 Jun.

SAF harus bertekad untuk mencapai kadar vaksinasi sepenuhnya sambil bersedia untuk mengurangkan kes, sekiranya berlaku sebarang jangkitan,” kata Dr Ng.

Dr Ng berkata: "Ancaman tetap wujud di mana-mana; mereka tidak peduli sama ada anda menghadapi pandemik COVID-19. Sebaliknya, mereka akan muncul apabila keadaan menjadi teruk."

Sambung beliau lagi, bagi memastikan SAF dapat menjalankan tugasannya, ia tidak boleh ada sekatan pergerakan pemutus litar tetapi sebaliknya perlu berjaga-jaga untuk mengurangkan jangkitan.

"Ia perlu menjalankan fungsi keselamatannya tanpa sekatan tambahan, tetapi akan bersedia untuk mengasingkan kumpulan kecil jika bilangan jangkitan meningkat."

Sentiasa berjaga-jaga di pertengahan COVID-19

Langkah utama SAF untuk mengurangkan tahap jangkitan ialah vaksinasi.

Setakat ini, 83 peratus warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan SAF – terdiri daripada Pegawai tetap dan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa– akan divaksinasi sepenuhnya dan angka ini akan mencecah 92 peratus pada pertengahan Julai.

Dr Ng berkata: "Memandangkan kami telah mencapai tahap vaksinasi yang tinggi, pembatasan boleh dikurangkan untuk membolehkan unit-unit beroperasi dengan keberkesanan yang maksimum, termasuk latihan dan senaman.”

Lebih daripada 90 peratus warga MINDEF dan SAF telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Menurut beliau lagi, walaupun risiko jangkitan masih ada, keterukan penyakit kini telah berkurangan di kalangan mereka yang divaksin.

"Kami beranggapan bukannya tiada kes COVID-19 dalam SAF...tetapi apabila berlakunya jangkitan, langkah-langkah yang anda ambil adalah kurang," katanya.

Sebagai sebahagian daripada strategi serampang tiga mata terhadap COVID-19, SAF juga akan memperkukuh pengujian dan pengawasannya, serta meneruskan pengaturan kohortnya.

Anggota barisan hadapan SAF termasuk anggota yang terlibat dalam perlindungan pemasangan utama, serta doktor dan pakar perubatan yang bertempat di pusat perubatan, adalah dikehendaki untuk menjalani ujian rutin yang dijadualkan.

Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi juga menjalani ujian swab apabila mereka kembali ke Latihan Dalam Kem (ICT); manakala di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC), rekrut diberi ujian swab sebelum masuk.

Mereka yang membuat pra-pendaftaran perlu menjalani ujian swab pra-kemasukan pada hari pendaftaran mereka, sebelum memasuki BMTC.

Tambah Dr Ng, langkah-langkah tersebut adalah sangat penting bagi unit operasi kritikal, iaitu mereka yang terlibat dalam pertahanan pulau, keselamatan maritim, pertahanan udara dan cegah keganasan.

Latihan dan senaman akan diteruskan

Dengan pelaksanaan langkah-langkah pengurusan COVID-19, aktiviti seperti Latihan Peningkatan Kecergasan ICT dan NS akan disambung semula secara beransur-ansur. Latihan di luar negara juga telah berlanjutan, untuk membolehkan anggota tentera berlatih secara realistik dan cekap, kata Dr Ng.

Pada Ogos lalu, Angkatan Laut Republik Singapura meneruskan Latihan di Lingkaran Pasifik; manakala Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menyertai Latihan Bendera Merah–Nellis di Nevada, Amerika Syarikat (AS), pada Mac ini.

Anggota di lapangan RSAF sedang mengemudikan jet pejuang F-15SG semasa Latihan Bendera Merah – Nellis. Latihan tempur udara berskala besar yang diadakan di AS membolehkan anak-anak kapal RSAF berlatih dalam misi-misi bertaraf tinggi yang lasak.

Pada September, RSAF dan Tentera Darat akan mengendalikan Latihan Penempaan Saber, latihan serangan integrasi dwitahunan yang diadakan di AS.

Latihan Wallaby pada tahun ini, iaitu latihan tri-Servis yang diadakan di Kawasan Latihan Shoalwater Bay Australia, sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa. Ia dibatalkan tahun lepas kerana penularan pandemik.

Di Singapura, Perarakan Hari Kebangssan (NDP) dijangka akan kembali ke platform terapung Marina Bay sebagai acara fizikal, dengan gabungan perarakan dan pertunjukan. Peserta perarakan akan menjalani ujian rutin sebelum setiap raptai dan kesemuanya telahpun menerima vaksinasi sepenuh mereka. Para penonton NDP juga perlu menerima vaksinasi yang sepenuhnya.

NDP tahun lalu diadakan dalam format penyahpusat dengan perarakan pagi yang berasingan di Padang dan persembahan malam di Star Theatre.

Mengutamakan keselamatan, sekuriti dan transformasi.

Tentang keselamatan, Panel Kajian Luar tentang Keselamatan SAF (ERPSS) – ditubuhkan pada 2013 untuk mengakses pelbagai aspek keselamatan di SAF–akan meneruskan penggal tiga tahun dan berkunjung ke BMTC pada Julai ini.

Pejabat Inspektor-Jeneral SAF juga telah meneruskan kitaran audit dua tahunnya, untuk meneliti amalan keselamatan di unit SAF.

Anggota ERPSS sedang meneliti Anggota Perkhidmatan Negara (NS) dari Batalion 906, Rejimen Infantri Singapura, menjalani ICT mereka pada November lalu. Di sini, Anggota Perkhidmatan Negara (NS) mempelajari tentang prosedur mencari dan menyelamat.

SAF juga mengorak langkah kemajuan dalam keselamatan siber.

Ia menubuhkan Pasukan Petugas Keselamatan Siber (CSTF) pada Disember 2020, di bawah arahan Ketua Komando, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan, atau C4I. Ini menggabungkan pelbagai unit siber SAF di bawah arahan dan kawalan terpusat, di samping memperkukuhkan usaha untuk mengesan potensi ancaman siber.

MINDEF / SAF juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman baharu dengan Pusat iTrust untuk Penyelidikan dalam Keselamatan Siber di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura. Ini akan membantu meningkatkan keupayaan CSTF, jelas Dr Ng.

Melangkah ke hadapan, SAF kini akan meneruskan usahanya untuk mentransformasi generasi berikutnya, tambahnya lagi.

Tentera Darat mengoperasikan sepenuhnya Bahagian Senjata Gabungan Generasi ke-3 pada awal tahun ini. Dan sebagai langkah seterusnya ke arah Tentera Generasi Akan Datang, ia menugaskan aset-aset kecekapan mengesan dan aset menyerang yang baharu yang boleh "melihat lebih tajam" dan "menembak lebih pantas".

"Kami mengambil berat tentang fokus terhadap perkembangan SAF, walaupun berdepan dengan COVID-19," jelas Dr Ng.

"Saya rasa SAF telah melakukan dengan sebaik-baiknya dalam memberi respons dan membantu bertindak balas terhadap COVID-19, di samping memastikan kami tidak terganggu atau hilang tumpuan terhadap keselamatan negara."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
01 Jul 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.