COMMUNITY

RUMAH UNTUK SAYA

01 Apr 2019

Sempena program tahunan pengambilan binatang peliharaan Unit Anjing Tentera (MWDU), sebanyak 13 anjing yang telah bersara akan mencari rumah baru selepas perkhidmatan mereka untuk negara sudah tamat. PIONEER ingin mengetahui mengenai beberapa tentera berkaki empat yang diletakkan di dalam program pengambilan binatang peliharaan pada tahun ini.

Dogs-Feature_new

// Laporan Chia Chong Jin

// Gambar Tan Yong Quan


English 华文
English 华文

Lucky

Jantan, 4, Malinois
Pekerjaan sebelum ini: Anjing Pengawal

Manja dan suka bermain, Lucky membalas perhatian dengan kasih sayang. Walaupun mempunyai penyakit desir jantung, anjing yang aktif ini suka berjalan dan menjelajah kawasan-kawasan baru. Mana-mana keluarga sangat bertuah untuk memilikinya.

 

Renzo

Jantan, 11, Malinois
Pekerjaan sebelum ini: Anjing Pengesan

Jangan terpedaya dengan umurnya: Renzo tidak kelihatan dan berkelakuan seperti umurnya. Dia suka diberi makanan kegemarannya dan tidak teragak-agak untuk mengerekot kepada kamu untuk mendapatkannya! Dia mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru tetapi selepas dia menyesuaikan diri, Renzo akan memberi keceriaan kepada rumah barunya.

 

Spud

Jantan, 9, Springer Spaniel
Pekerjaan sebelum ini: Anjing Pengesan

Spud adalah seekor anjing yang sentiasa bertenaga dan teruja untuk pergi berjalan. Dia gembira  untuk menyayangi dan memberi perhatian kepada rakan manusianya, dia akan berlingkar di tepi kamu dan sabar menunggu giliran untuk ditepuk kepala dan di urut perutnya.

 

Mocca

Jantan, 12, Labrador Retriever
Pekerjaan sebelum ini: Anjing Pengesan

Dia mungkin tua, tetapi dia masih anak anjing dihatinya – Pengendali Mocca selalu terperanjat dengan tenaganya yang berlebihan! Anjing lab hitam yang sentiasa ceria ini adalah sangat sesuai bagi keluarga yang mempunyai gaya hidup yang aktif.

 


 

Program pengambilan binatang peliharaan ini berlangsung dari 15 April sehingga 16 Mei. Anjing yang tidak di ambil untuk peliharaan akan terus tinggal di MWDU dengan jagaan yang penuh. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web mindef.sg/dogadoption19 mulai 15 April dan seterusnya.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story