DIPLOMACY

RISING 50 DAN SETERUSNYA

08 Sep 2017

08sep17_news1

// Laporan oleh Benita Teo 

// Gambar oleh Chua Soon Lye & Chai Sian Liang


Persahabatan selama 50 tahun antara dua buah negara ini mencerminkan kepercayaan dan persefahaman. Inilah apa yang telah menjadikan gabungan penerbangan lintas hormat bersejarah oleh Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) pada 7 Sep -- yang terbesar dan paling kompleks antara RSAF dan mana-mana tentera udara negara lain -- boleh dilaksanakan, ujar Ketua Mejar Jeneral Tentera Udara (MG) Mervyn Tan.

"Penerbangan lintas hormat hari ini benar-benar bersejarah bagi kedua-dua tentera udara iaitu Tentera Udara Republik Singapura dan juga TNI-AU. Ia adalah kali pertama kedua-dua tentera udara kami telah bergabung untuk melakukan penerbangan lintas hormat jenis kerumitan (dan) berskala besar tersebut. Saya rasa penerbangan lintas hormat benar-benar satu bukti kemahiran dan juga profesionalisme juruterbang kedua-dua tentera udara kami. Tetapi apa yang lebih penting, ia menekankan kepercayaan dan persefahaman antara kakitangan kedua-dua pasukan tentera udara kami," tegas MG Tan daripada pasukan penerbangan lintas hormat khas bagi memperingati "RISING 50" -- 50 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dan Indonesia.

Beliau menambah: "Pada hakikatnya, hubungan erat antara dua tentera udara kami merupakan cerminan antara dua buah negara kami iaitu Singapura dan Indonesia."

Ketua Kakitangan Ketua Marshall Udara (ACM) TNI-AU Hadi Tjahjanto mengekori sentiment ini, menyatakan: "Hari ini merupakan hari istimewa bagi kami. Pencapaian ini adalah cerminan hubungan yang kukuh antara kami dan tahap kepercayaan tinggi yang dikongsi antara kakitangan TNI-AU dan RSAF. Saya percaya kerjasama ketenteraan antara TNI-AU dan RSAF akan berkekalan dan kami akan sentiasa menyokong antara satu sama lain."

MG Tan dan ACM Hadi telah bercakap kepada media di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin Pekanbaru, Indonesia, di mana mereka telah mendarat selepas terbang dalam jet pejuang F-16 tentera udara masing-masing dalam penerbangan lintas hormat.

Sepuluh pesawat F-16 daripada RSAF dan sepuluh buah lagi daripada TNI-AU terbang melintasi kawasan Marina South dan Batam, Indonesia, bermula dengan formasi mata panah yang diketuai oleh RSAF. Kemudian jet pejuang dikumpulkan semula untuk membentuk nombor "50", dengan TNI-AU membentuk nombor "5" dan RSAF membentuk nombor "0". Akhir sekali, lima buah jet pejuang RSAF F-15SG melakukan gerakan meletuskan bom sebagai satu tanda tabik hormat kepada kedua-dua buah negara.

Di Marina Bay Cruise Centre, penerbangan lintas hormat telah disaksikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Joko Widodo, sebagai sebahagian daripada Majlis Pertemuan Pemimpin Singapura-Indonesia mereka. Bersama-sama dengan dua pemimpin, menteri dan pegawai kanan daripada kedua-dua negara telah menikmati persembahan band tentera oleh Band Angkatan Bersenjata Singapura dan Band Dram Akademi TNI.

Following the retreat, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengumumkan bahawa Latihan Peringkat Tertinggi Menentang Keganasan SAF-TNI akan diadakan dari 27 hingga 30 Nov.

Bertempat di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin, MG Tan dan ACM Hadi menyertai TNI-AU untuk majlis sambutan 50 tahun hubungan rapat antara dua buah negara. Mereka bertemu para peserta penerbangan lintas hormat dan juga ahli jawatankuasa pengajur dan pegawai kanan. Semasa lawatan, mereka mempersembahkan tampal hias "RISING 50" khas kepada ketua misi penerbangan lintas hormat dan juga bertukar-tukar duit syiling dan hadiah tanda peringatan.

Penerbangan lintas hormat pastinya sesuatu yang sukar untuk dilupakan, terutamanya bagi ketua misi RSAF iaitu Leftenan Kolonel (LTC) Tan Hwee Roy. Walaupun pasukan terpaksa menghadapi keadaan cuaca buruk semasa latihan, mereka menikmati langit cerah pada hari sebenar, membolehkan mereka memberikan prestasi terbaik.

"Hari ini memberikan pengalaman luar biasa. Kami telah bekerjasama, LTC Yoga Ambara (ketua penerbangan TNI-AU) dan saya, selama lebih daripada dua minggu kini. Kesemuanya memuncak hari ini apabila kami terbang -- Saya harap -- formasi yang sempurna, tepat pada masanya, melintasi pusat persembahan di Singapura dan Indonesia. Ia adalah pengalaman yang mengagumkan bagi saya. Saya juga berharap semua orang di bawah menikmati persembahan tersebut kerana kami pastinya menikmati terbang bersama-sama untuk memberikan penerbangan lintas hormat ini buat semua orang," ujar Pegawai Pemerintah (CO) Skuadron 140 yang menjangkau usia 40 tahun.

Ketua misi bersama LTC Yoga bersetuju. Ujar CO Skuadron 3 yang berumur 39 tahun itu: "Ini adalah kolaborasi kali pertama kami dan saya agak berpuas hati dan berbangga dengan kerjasama yang dijalinkan. Ini merupakan sejarah baru bagi Singapura dan Indonesia…dan kita berjaya mencapai misi tersebut dengan cemerlang."

(Dari kiri) Presiden Widodo dan Perdana Menteri Lee menikmati gabungan persembahan band, bersama Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, Dr Ng, dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Dr Vivian Balakrishnan.
Band Angkatan Bersenjata Singapura dan Band Dram Akademi TNI membuat persembahan bersama-sama di Marina Bay Cruise Centre.
MG Tan (kanan) dan ACM Hadi menyapa satu sama lain di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin, Pekanbaru. Kedua-dua mereka telah menerbangkan jet pejuang F-16 tentera udara masing-masing (dalam latar belakang) bagi gabungan penerbangan lintas hormat, sebelum tiba di pangkalan udara tersebut.
(Baris depan, dari kanan) MG Tan dan ACM Hadi, bersama-sama dengan peserta penerbangan lintas hormat, ahli jawatankuasa penganjur dan pegawai kanan.
MG Tan dan ACM Hadi mengetuai peserta penerbangan lintas hormat, ahli jawatankuasa penganjur dan pegawai kanan pada majlis jamuan seabad hubungan diplomatik antara Singapura dan Indonesia.
Ketua misi LTC Tan (kanan) dan LTC Yoga berkongsi detik keriangan apabila mereka mengimbas kembali pengalaman gabungan penerbangan lintas hormat mereka.
Pejuang RSAF (atas) menerajui formasi mata panah pembukaan melintasi kawasan Marina South.
F-16 membentuk nombor ''50'', dengan TNI-AU membentuk nombor ''5'' dan RSAF membentuk nombor ''0''.
Gerakan udara letusan bom penutup oleh lima F-15SG RSAF, sebagai tanda hormat bagi kedua-dua negara Singapura dan Indonesia.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story