DIPLOMACY

RIMPAC MENGUATKAN HUBUNGAN DI ANTARA TENTERA LAUT: DR NG

03 Aug 2018

Latihan dwitahunan Rim Pasifik (RIMPAC) bukan sahaja menawarkan peluang latihan berharga kepada Singapura tetapi juga mengesahkan hubungan erat antara tentera laut yang menyertai latihan maritim berbilang hala terbesar di dunia.

1DSCF4675

// LAPORAN DAN GAMBAR OLEH JILL TAN DARI PEARL HARBOUR, HAWAII


Dr Ng bercakap di majis resepsi di RSS Tenacious RSN. Beliau mengatakan latihan telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun dan ia penting untuk peluang latihan dan pengukuhan hubungan antara tentera laut yang menyertai latihan itu.
Dr Ng disambut oleh Pegawai Pemerintah RSS Tenacious iaitu LTC Lee Jan.
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengambil sekeping gambar berkumpulan dengan kakitangan dari tentera laut AS dan ASEAN yang menyertai Ex RIMPAC di satu majlis resepsi di dalam RSS Tenacious.
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berinteraksi dengan kakitangan dari Thailand, tentera laut Filipina dan tentera laut AS.
Dr Ng disambut dengan Upacara Kehormat Tentera di Ibu Pejabat Perintah Indo-Pasifik Amerika Syarikat.
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen bertemu dengan Panglima INDOPACOM AS iaitu Laksamana Philip S. Davidson di HQ INDOPACOM AS pada 3 Ogos (waktu Singapura).

Latihan dwitahunan Rim Pasifik (RIMPAC) bukan sahaja menawarkan peluang latihan berharga kepada Singapura tetapi juga mengesahkan hubungan erat antara tentera laut yang menyertai latihan maritim berbilang hala terbesar di dunia.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata sedemikian semasa lawatan beliau ke Hawaii di mana Latihan RIMPAC diadakan pada 2 Ogos (waktu Singapura). Beliau juga berterima kasih kepada negara tuan rumah iaitu Amerika Syarikat (AS) kerana memasukkan Angkatan Tentera Laut Republik Singapura dalam latihan itu. Latihan itu diadakan dari 28 Jun hingga 3 Ogos di perairan Hawaii.

Latihan RIMPAC bermula pada tahun 1971 dengan lima buah negara yang mengambil bahagian. Hari ini, ia telah bertambah dengan ketara. Tahun ini, kira-kira 25 buah negara mengambil bahagian dengan 25,000 orang kakitangan, 45 buah kapal, lima buah kapal selam dan 200 buah pesawat mengendalikan latihan bersama.

"Ia (latihan itu) mencerminkan inisiatif dipimpin AS menjadi inklusif yang membawa sebanyak mana negara untuk bekerjasama (dan meningkatkan) saling kendali. Pada keseluruhannya, saya rasa ia amat positif bukan sahaja dari perspektif latihan tetapi dari hubungan ketenteraan (dan) (perspektif) hubungan pertahanan" kata Dr Ng apabila beliau melawat tentera yang mengambil bahagian dalam latihan itu di dalam frigat RSS Tenacious RSN pada 2 Ogos.

Sebagai sebahagian daripada lawatan beliau, Dr Ng turut menghadiri satu majlis resepsi yang diadakan di RSS Tenacious di mana beliau bertemu kakitangan RSN dan lebih kurang 50 orang pegawai dari AS termasuk Timbalan Panglima Armada Pasifik AS iaitu Laksamana Muda Matthew Carter serta tentera-tentera laut dari Asia Tenggara.

Dr Ng menyatakan penyertaan yang banyak dalam latihan itu oleh tentera laut ASEAN dengan tujuh daripada 10 buah negara-negara ASEAN terlibat dan menitikberatkan kepentingan Ex RIMPAC serta usaha AS dengan rantau lain dalam membina kepercayaan dan keyakinan di kalangan tentera-tentera rantau ini. 

Beliau berkata, "(Penyertaan ASEAN yang banyak dalam Ex RIMPAC) ini mencerminkan sokongan kuat yang dinikmati AS dalam pertarungan tenteranya dengan ASEAN. Bagi ASEAN, (ia adalah) satu pengiktirafan peranan penting yang terus dimainkan oleh AS di rantau kita." Singapura mempengerusikan kumpulan serantau ASEAN pada tahun ini.

Beliau juga menambah bahawa latihan tentera dengan tentera membina perkongsian melalui kerjasama untuk membentuk persefahaman dan keyakinan.

Bagi RIMPAC 2018, RSN telah mengambil peranan kepimpinan seperti Komander Kumpulan Petugas untuk peperangan anti-kapal selam dan Komander Unit Petugas dalam Kumpulan Tempur Ekspedisi. Ini ialah penyertaan kali keenam buat RSN sepanjang 10 tahun lalu.

Dr Ng sedang melakukan lawatan kerja empat hari ke Honolulu, Hawaii dari 1 hingga 4 Ogos. Di samping menghadiri majlis resepsi di RSS Tenacious, Dr Ng turut melawat Ibu Pejabat Perintah Indo-Pasifik Amerika Syarikat (INDOPACOM) di Honolulu, Hawaii pada 3 Ogos di mana dia bertemu Panglima Perintah Indo-Pasifik Amerika Syarikat (INDOPACOM) iaitu Laksamana (ADM) Philip S. Davidson.

Semasa mesyuarat itu, mereka bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai perkembangan geopolitik seperti ancaman keganasan di Asia Tenggara. Mereka juga menyambut peluang-peluang masa depan untuk kerjasama lebih erat antara Angkatan Bersenjata Singapura dan INDOPACOM AS. 

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story