DIPLOMACY

RANGKA KERJA BARU UNTUK MEMERANGI KEGANASAN DI ASEAN

07 Feb 2018

Menggunakan rangka kerja "Resilience, Response and Recovery" (Daya Tahan, Tindakan dan Pemulihan), para menteri berusaha untuk membangunkan warganegara yang berdaya tahan yang akan bangun menentang radikalisasi dan maklumat salah,

07feb18_news1

// LAPORAN BENITA TEO

// GAMBAR JURUGAMBAR PIONEER


Dr Ng (tengah) pada permulaan Retreat ADMM dengan menteri-menteri dan wakil-wakil ASEAN yang lain (dari kiri) Menteri Pertahanan Kedua Brunei Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof , Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Negara Kemboja Samdech Pichery Sena Tea Banh, Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral (Bersara) Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan Negara Leftenan Jeneral Chansamone Chanyalath, Menteri Pertahanan Malaysia Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Kesatuan Myanmar Leftenan Jeneral Sein Win, Setiausaha Pertahanan Negara Filipina Delfin Negrillo Lorenzana, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Prawit Wongsuwan, Timbalan Menteri Pertahanan Negara Vietnam Leftenan Jeneral Kanan Nguyen Chi Vinh dan Ketua Setiausaha ASEAN Lim Jock Hoi.
Semasa temu bual untuk menutup Retreat ADMM, Dr Ng mengulang kembali pandangan menteri-menteri pertahanan ASEAN bahawa kedua-dua ADMM dan mesyuarat tidak formal dengan GEN Chang adalah berjaya dan membuahkan hasil.
Menteri-menteri pertahanan ASEAN pada Retreat. Selepas mesyuarat, mereka mengeluarkan kenyataan bersama yang berikrar meningkatkan kerjasama CT di kalangan penubuhan pertahanan mereka dan dengan rakan kongsi luar serta meningkatkan kerjasama melalui latihan bersama, perkongsian maklumat dan dialog.
Menteri-menteri pertahanan ASEAN bersama GEN Chang pada Mesyuarat Tidak Formal Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-China. Dalam ucapan pembukaan beliau, Dr Ng menggelar GEN Chang seorang ''rakan ASEAN yang sangat baik dan akrab'' yang secara peribadi telah banyak mencuba membawa ke hadapan hubungan pertahanan dua hala di antara China dan ASEAN'.
Menteri-menteri pertahanan ASEAN menghadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong (paling hujung, duduk dengan kaki bersilang) di Pusat Pameran Changi.
Menteri-menteri pertahanan ASEAN dan wakil-wakil mengakhiri hari tersebut dengan Makan Malam Retreat ADMM. Mereka meraikan satu tahun yang berjaya yang akan datang dengan upacara tradisional ''lou hei'' atau melambung ikan mentah dan sayur-sayuran untuk menyambut kemakmuran semasa Tahun Baru Cina.

Menggunakan rangka kerja "Resilience, Response and Recovery" (Daya Tahan, Tindakan dan Pemulihan), para menteri berusaha untuk membangunkan warganegara yang berdaya tahan yang akan bangun menentang radikalisasi dan maklumat salah, mewujudkan usaha yang diselaraskan bagi mengumpul risikan dan bertindak terhadap ancaman dan memudahkan pemulihan sekiranya berlaku serangan.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengumumkan perkara ini pada 7 Feb, dalam sebuah temu bual selepas Retreat Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada 6 Feb.

Retreat tersebut telah dilangsungkan di Ritz-Carlton Millenia Singapura, dan telah dihadiri oleh menteri-menteri pertahanan dan wakil-wakil mereka dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ia merupakan pelopor kepada ADMM ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang akan dianjurkan oleh Singapura pada bulan Oktober.

Bercakap pada acara sampingan Singapore Airshow 2018, Dr Ng menyatakan bahawa menentang keganasan (CT) akan terus menjadi keutamaan menteri-menteri pertahanan ASEAN, dan merupakan motivasi di sebalik rangka kerja tersebut.

"Kami rasa bahawa kami perlu lebih tersusun, strategik, dan juga kolaboratif dalam tindakan kami terhadap (keselamatan) ancaman kerana ia sangat bersifat rentas negara, sebuah negara tidak dapat menanganinya," tegas beliau.

Beliau menambah bahawa walaupun negara-negara yang berbeza mempunyai bidang tumpuan yang berbeza dalam keganasan yang ingin mereka tangani, rangka kerja "Tiga R" akan menjadi panduan berguna dalam membantu mereka mengenal pasti jurang yang perlu diisi.

Sebagai contoh, Angkatan Bersenjata Singapura sedang membangunkan keupayaannya dalam bidang "Response" (Tindakan) dengan melatih lebih ramai anggota perkhidmatan negara dalam pertahanan pulau dan CT.

Untuk membuktikan komitmen mereka memerangi keganasan, para menteri mengeluarkan kenyataan bersama mengenai usaha CT di ASEAN. Di dalam kenyataan itu, mereka bersetuju untuk meningkatkan kerjasama CT di kalangan penubuhan pertahanan mereka dan dengan rakan kongsi luar, serta meningkatkan kerjasama melalui latihan bersama, perkongsian maklumat dan dialog.

Semasa mesyuarat, para menteri juga membincangkan isu-isu pertikaian di Laut Cina Selatan. Walaupun terdapat Kod Tatalaku Pertemuan yang Tidak Dirancang di Laut (CUES), Dr Ng menyatakan bahawa menteri-menteri juga berusaha untuk mewujudkan kod tatalaku yang sama untuk pesawat tentera.

Menambah bahawa angora-anggota ADMM berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada anggota-anggota Plus, iaitu Australia, China, India, Jepun, Republik Korea, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat, Dr Ng meluahkan harapan beliau agar persetujuan boleh dicapai menjelang Oktober.

Beliau menyatakan: "Jika kita (mencapai persetujuan), saya rasa ia akan membina keyakinan bahawa walaupun apabila kita merundingkan kod tatalaku, terdapat langkah-langkah yang dilaksanakan yang akan mengurangkan risiko sebarang kecelakaan atau salah kira."

Dengan kecanggihan serangan keganasan yang semakin berkembang di seluruh dunia dan perkembangan di Korea Utara, para menteri juga membincangkan serangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN). Menegaskan kekurangan rangkaian pakar CBRN, Dr Ng menyatakan bahawa Menteri-Menteri berusaha untuk mewujudkan sebuah rangkaian pakar tersebut yang mana pengetahuan mereka boleh dimanfaatkan oleh agens-agensi pertahanan.

Susulan Retreat ADMM, menteri-menteri pertahanan ASEAN mengadakan mesyuarat tidak rasmi dengan Menteri Pertahanan Negara China Jeneral (GEN) Chang Wanquan, yang berada di Singapura dari 4 hingga 8 Feb untuk lawatan pengenalan beliau.

Menganggap mesyuarat itu satu kejayaan, Dr Ng menyatakan: "Menteri-menteri pertahanan ASEAN, pada bahagian mereka, semua bersependapat bahawa China adalah anggota penting kepada kestabilan dan kemajuan di rantau Asia Pasifik."

Mereka mengalu-alukan hubungan yang kukuh di antara ASEAN dan China, serta menjalankan Latihan Maritim ASEAN-China yang pertama pada akhir tahun, yang mereka percaya boleh membina kepercayaan dan keyakinan.

Sebagai sebahagian daripada program Retreat ADMM, para menteri menghadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta menghadiri majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh En. Lee di Pusat Pameran Changi, di mana mereka menyaksikan pembukaan Singapore Airshow 2018.

Dr Ng juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau dari negara-negara anggota ASEAN dan menganjurkan majlis makan malam di Fullerton Bay Hotel.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story