OPS & TRAINING
PESAWAT TANGKI RSAF MENGISI BAHAN API F-35BS DI EX PITCH BLACK
01 Sep 2022
Pesawat Pengangkutan Tangki Berbilang Peranan (MRTT) A330 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mula beroperasi dengan F-35B Joint Strike Fighters (JSFs) apabila ia berjaya menjalankan operasi pengisian bahan api di udara dengan pesawat pejuang generasi ke-5 di Exercise Pitch Black.
Pesawat Pengangkutan Tangki Berbilang Peranan (MRTT) A330 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mula beroperasi dengan F-35B Joint Strike Fighters (JSFs) apabila ia berjaya menjalankan operasi pengisian bahan api di udara dengan pesawat pejuang generasi ke-5 di Exercise Pitch Black.
Pesawat F-35 JSF dikenal pasti sebagai platform paling sesuai untuk menggantikan F-16 RSAF menjelang 2030; RSAF akan menerima penghantaran empat F-35B pada 2026 untuk penilaian dan latihan.
Mengamalkan latihan
Apabila RSAF menerima penghantaran empat buah pesawat F-35B pada 2026, pesawat ini akan menjadi pesawat pertama RSAF yang menggunakan sistem pengisian bahan api kaur dan penyauk.
Untuk kaedah pengisian bahan api boom, Operator Pengisian Bahan Api Udara (ARO) di A330 MRTT mengarahkan boom ke dalam bekas pesawat penerima.
Kaedah mengisi bahan api kuar dan penyak memerlukan pesawat untuk bergerak membuat sentuhan dengan penyauk A330 MRTT.
Semasa pemindahan bahan api, kedua-dua pesawat perlu mengekalkan kelajuan optimum. Juruterbang MRTT A330 dan ARO sentiasa berkomunikasi dengan pesawat penerima – ia adalah satu proses yang memerlukan penumpuan yang kuat oleh semua pihak.
Juruterbang A330 MRTT Mejar (MEJ) Michelle Teo berkata latihan dengan F-35B USMC adalah suatu pengalaman pembelajaran yang baik. "Ia memberi kami peluang untuk belajar tentang pengisian bahan api udara-ke-udara dengan mereka kerana kami juga akan memperoleh F-35B pada masa hadapan," kata pegawai berusia 32 tahun itu.
Semua ARO RSAF dilatih untuk mahir dalam kedua-dua kaedah pengisian minyak.
Operasi sebenar
Pesawat pejuang RSAF semasa mengguna sistem pengisian bahan api boom, latihan untuk kaedah kuar dan penyauk dijalankan dengan mengguna simulator.
Sarjan Kedua ARO (2SG) Lim Li Jun, yang mengambil bahagian dalam Ex Pitch Black buat kali pertama, gembira kerana dapat mengamalkan latihannya tentang simulator.
Perbezaan utama di antara latihan simulator dan operasi sebenar ialah keadaan cuaca dan komunikasi dengan pesawat, katanya.
"Melalui latihan ini, saya belajar untuk menyesuaikan diri lebih lebih mudah, untuk (bertindak balas terhadap) perubahan," kata pegawai berusia 27 tahun itu.
Peluang belajar
Selain F-35B USMC, A330 MRTT RSAF juga menjalankan operasi mengisi bahan api udara dengan pelbagai pesawat dari negara peserta, serta pesawat milikan sendiri F-15SG dan F-16D+.
"Memandangkan ia adalah kali pertama kami mengisi bahan api dalam banyak penerima asing ini, ia merupakan peluang pembelajaran yang hebat lagi menyeluruh bagi kami," kata MEJ Teo.
Dengan pengendali MRTT lain yang turut menyertai latihan itu, ia merupakan peluang bagi RSAF untuk belajar dan berkongsi amalan terbaik antara satu sama lain, tambah MEJ Teo.
Latihan yang bermula pada 19 Ogos itu melibatkan lebih 90 pesawat dari 17 negara. Ia akan berakhir pada 9 September.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.



