PENINGKATAN PENGALAMAN NS UNTUK SEMUA

hero_pic https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/hero_pic.jpg?sfvrsn=b70d885e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENINGKATAN-PENGALAMAN-NS-UNTUK-SEMUA
PENINGKATAN PENGALAMAN NS UNTUK SEMUA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENINGKATAN-PENGALAMAN-NS-UNTUK-SEMUA
01 Apr 2018 | COMMUNITY

PENINGKATAN PENGALAMAN NS UNTUK SEMUA

PIONEER memberi anda maklumat sebenar mengenai inisiatif terbaru Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk mengukuhkan Khidmat Negara (NS).

// LAPORAN TEO JING TING

// GAMBAR CHAI SIAN LIANG & TAN YONG QUAN

English 华文
English 华文

Anda mungkin telah mendengar atau membaca mengenainya di dalam berita: Hampir semua Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) yang cergas fizikal akan menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) di Pulau Tekong.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri kedua Pertahanan Ong Ye Kung semasa debat Jawatankuasa Bekalan di Parlimen pada 2 Mac.

Di bawah program Satu-BMT, anggota NSF yang dikerahkan di unit-unit pengambilan mono dengan pengecualian komando dan penyelam-penyelam tentera laut kini akan menjalani latihan di BMTC selama sembilan minggu BMT dan tinggal bersama sebagai satu unit dari permulaan perjalanan NS mereka.

"Anggota NSF ini akan mendapat faedah dari pengalaman latihan berdedikasi BMTC, infrastruktur dan penggunaan teknologi. Yang lebih penting lagi, mereka akan berkongsi satu pengalaman sama dalam satu unit dan dalam satu keluarga SAF yang lebih besar," jelas Encik Ong.

Dari program Satu-BMT baru kepada ujian suatu Kecerdasan Buatan (AI) yang dilengkapi bot sembang dengan fleksibiliti latihan kecergasan yang lebih baik untuk Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen), setiap inisiatif bertujuan untuk memperbaiki pengalaman keseluruhan setiap anggota khidmat negara di sepanjang perjalanan NS mereka.

SAF Siri

Pada tahun lepas, SAF memperkenalkan sistem pemadanan elektronik di Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB). Pra rekrut hanya perlu melalui pengimbas inframerah badan dan kaki untuk mencari satu tolok saiz pakaian seragam dan kasut sukan mereka dengan cepat dan tepat daripada perlu mengukur badan secara manual.

Pada tahun ini, pra rekrut yang terpilih dan anggota NSF boleh mengakses bot sembang yang dipanggil “Rakan NS” (NS Buddy). Fikirkannya sebagai versi Siri SAF.  Ia boleh menjawab soalan anda yang berkaitan dengan NS pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Contohnya, tanyalah Rakan NS (NS Buddy) "Apakah BTP?" dan bot sembang akan memberitahu anda yang ia bermaksud Pakej Asas Latihan Menembak dan menjelaskan kepada anda mengenainya. Malahan ia akan mengeluarkan nasihat tambahan: "Acukan dengan betul-betul. Jangan jadi seperti penembak bobo. Utamakan Keselamatan!"

Janganlah bertanya bot dengan soalan seperti "Adakah akan CAT 1 (istilah SAF untuk cuaca buruk)?" dengan harapan latihan akan dibatalkan. 

SAF dan  Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) sedang menguji  Rakan NS (NS Buddy). Pangkalan pengetahuannya juga diperluaskan untuk mengandungi hal-hal berkaitan dengan NS.

Ujian-ujian lain di CMPB termasuklah menggunakan teknologi pengenalpastian wajah dan pengurusan baris gilir masa nyata untuk mengoptimumkan kehadiran pengunjung dan memendekkan masa menunggu.

Berkongsi pengalaman di Tekong

Jika dahulunya anda adalah dari kelompok pengambilan mono, anda mungkin akan ingat ini: Sementara rakan sejawat anda yang akan menjalani latihan di BMTC di Pulau Tekong berkumpul di White Sands sebelum mendaftar masuk atau bercakap dengan penuh minat tentang seorang platun wanita tertentu, anda rasa sedikit diabaikan. Lagipun, anda menjalankan BMT anda di tempat lain.

Hari ini, semua hal itu telah berubah. Sekarang, boleh dikatakan semua anggota NSF cergas fizikal melalui fasa latihan selama sembilan minggu dengan rekrut lain di Pulau Tekong di bawah program Satu-BMT yang telah dilaksanakan pada November lepas.

Program itu mula diuji pada bulan Ogos 2016 dan sejak itu lebih daripada 2,500 anggota NSF telah mendapat manfaat darinya. Bagi Leftenan Muda (2LT) Syahir Ally Bin Sa 'ari, apa yang membuat Satu-BMT tidak dapat dilupakan ialah pembangunan identiti unit.

Beliau yang berumur 25 tahun itu antara anggota kelompok NSF pertama yang melalui program itu dan beliau diterima bertugas di terminal feri SAF dalam Battalion ke-3, Rejimen Infantri Singapura (3 SIR). Beliau dilatih oleh kedua-dua orang panglima BMTC dan 3 SIR semasa BMT.

"Kami telah diberikan logo tampalan 3 SIR dan alat-alat latihan fizikal kami bewarna biru daripada warna hijau yang biasa digunakan oleh rekrut-rekrut BMTC," jelas Leftenan Muda (2LT) Syahir yang sekarang merupakan Panglima Platun dalam 3 SIR. "Panglima- panglima 3 SIR kami juga memasang sebuah sepanduk "Home of the Scorpions" di sekolah 3 BMTC (sekolah kami) untuk mewakili unit kami. Kami berasa bangga."

Kemudahan yang menggunakan infrastruktur latihan di BMTC adalah manfaat Satu-BMT yang lain. Misalnya, rekrut pengambilan mono 3 SIR yang menjalani latihan di Selarang Camp pada masa lalu terpaksa mengambil sebuah feri ke Pulau Tekong untuk menjalani Kursus Tempur Penginokulatan.

"Sekarang, semua kemudahan berada di dalam satu lokasi dan ini menjimatkan banyak masa," kata Leftenan Muda (2LT) Syahir.

Pakar Cadet (SCT) Liew Yong Quan yang berumur 22 tahun telah menunjukkan yang kerjaya sebagai Pengawal adalah minatnya sebelum pendaftaran dan dia gembira apabila diberitahu bahawa dia telah ditugaskan ke Battalion pertama, Pengawal Singapura (1 Gds) pada hari pertama dia di BMTC.

Sama seperti 3 SIR, unitnya menggantung sebuah sepanduk 1 Gds di sekolahnya untuk membina identiti Pengawal di kalangan rekrut. Walaupun berada di dalam pelbagai syarikat, mereka sering bercakap dengan satu sama lain.

"Ianya seperti rumah sendiri," kata SCT Liew yang telah menamatkan pengajian dari BMT. "Saya benar-benar berharap dapat membaca doktrin Pengawal. Jika terdapat satu peluang, saya mahu mendaftarkan diri sebagai seorang pengawal."

Kami kini boleh menjalankan tanggungjawab kami (dan lebih lagi)!

Hari ini, terdapat lebih banyak peluang dari biasa untuk rekrut seakan-akan anggota NSF iaitu (REC) Dineru Priyalal Premasinghe di dalam SAF. 

Dia yang berumur 19 tahun itu yang menghidap penyakit lelah di zaman kanak-kanak menunjukkan minatnya untuk menjadi askar keselamatan semasa peringkat pra pendaftaran.

Berdasarkan keperluan-keperluan fizikal pada masa lalu, dia tidak mungkin akan layak untuk berkhidmat sebagai askar keselamatan disebabkan oleh keadaan kesihatannya. Akan tetapi pada hari ini, dia berkemungkinan akan ditugaskan sebagai askar keselamatan.

Melalui peningkatan penggunaan teknologi, lebih banyak anggota khidmat negara sekarang boleh memainkan peranan yang dahulunya hanya dimainkan oleh mereka yang memenuhi keperluan jasmani yang ketat sahaja.

Contohnya, SAF telah memperkenalkan menara pemerhatian baru dengan pengesan-pengesan canggih untuk perlindungan pemasangan-pemasangan utama di Pulau Jurong.

Askar keselamatan sekarang boleh mengendalikan Menara Pengawasan Tanpa Manusia di unit ibu pejabat daripada berdiri dalam tempoh masa yang lama dengan menggunakan binokular untuk memantau ancaman. Askar keselamatan juga tidak perlu lagi naik dan turun tangga menara.

Kata REC Dineru: "Ia satu inisiatif yang paling baik kerana saya mampu mempunyai kerjaya di mana dahulunya saya tidak layak untuk memilikinya. Ia amat menggalakkan dan (ini) mendorong saya untuk berkhidmat dengan lebih baik."

"Dengan teknologi, anda tidak lagi boleh membezakan antara cergas fizikal dan tidak cergas fizikal. Kakitangan yang mengendalikan sistem berautonomi di dalam bilik kawalan sebagai contohnya mereka berada dalam pertempuran walaupun mereka tidak bertempur secara fizikal."

Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung di perbahasan belanjawan

IPT Bila-bila Masa Sahaja

Tidak lama lagi, Anggota Perkhidmatan Negara akan mengambil "Anytime IPT" iaitu kelonggaran masa untuk mengambil Latihan Persediaan Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan atau IPT mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Anggota Perkhidmatan Negara boleh untuk memilih latihan mereka sama ada berbasikal, berlari, mengangkat berat atau latihan memakan masa dan mencatat masa sesi IPT sahih melalui pemakaian jam kecergasan Fitbit selagi mereka mencapai tahap dan pembakaran kalori yang dikehendaki daripada hanya mematuhi aturan IPT yang dijalankan SAF.

Sekarang, ujian sedang berjalan di keempat-empat buah Pusat Penyesuaian Kecergasan dan gimnasium SAFRA Toa Payoh.

Tiada lagi alasan untuk tidak mengambil IPT. 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
COMMUNITY
01 Apr 2018

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
COMMUNITY
01 Apr 2018

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
COMMUNITY
01 Apr 2018

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
COMMUNITY
01 Apr 2018

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
COMMUNITY
01 Apr 2018

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
COMMUNITY
01 Apr 2018

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
COMMUNITY
01 Apr 2018

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
COMMUNITY
01 Apr 2018

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
COMMUNITY
01 Apr 2018

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
COMMUNITY
01 Apr 2018

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.