PEMIMPIN PAKAR SEDIA BERKHIDMAT

17nov23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17nov23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=863fbbfc_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMIMPIN-PAKAR-SEDIA-BERKHIDMAT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMIMPIN-PAKAR-SEDIA-BERKHIDMAT
PEMIMPIN PAKAR SEDIA BERKHIDMAT
17 Nov 2023 | PEOPLE

PEMIMPIN PAKAR SEDIA BERKHIDMAT

//KISAH DONAHUE FOO & TEO JING TING // FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN ORANG YANG DITEMU RAMAH

Pakar baharu 3SG Sonam Gill dan 3SG Lee Jae Won tidak sabar untuk memimpin askar-askar mereka.

Kedua-dua 3SG Sonam (kiri) dan 3SG Lee bersedia dan bertekad memainkan peranan baharu mereka sebagai pakar dengan cemerlang.

Bagi Sarjan Ketiga (3SG) Lee Jae Won, Latihan Tentera Asas (BMT) merupakan pengalaman pertamanya dalam budaya tempatan.

Malah, rumah masak itu adalah tempat pertama kali remaja berusia 19 tahun itu menjamah makanan Singapura – dia kini menganggap hidangan laksa dan roti prata antara masakan tempatan kegemarannya!

Dilahirkan di Singapura kepada ibu bapa warga Korea Selatan, 3SG Lee sering berulang-alik di antara kedua-dua negara semasa zaman kanak-kanaknya. Selepas usia 12, dia belajar di sekolah antarabangsa di Singapura sehingga menyertai Perkhidmatan Negara (NS).

Pada awalnya, NSF (Anggota Perkhidmantan Negara Sepenuh Masa) mendapati sukar untuk memahami dan berkomunikasi dengan rakan-rakan BMTnya. Tambahan pula sifat pendiam dan pemalunya juga tidak membantu.

Lama-kelamaan, dia mula membuka hati kepada mereka dan mendapati banyak persamaan di antara mereka.

Sama ada berkongsi minat permainan video atau keluar bersama-sama pada hujung minggu, pengalaman ini membantu 3SG Lee mengintergrasi dan menjalin persahabatan dengan rakan BMT dengan lebih baik.

"Mereka sangat tertarik tentang budaya saya dan selepas lama bersembang, mereka mula bertanya tentang lagu K-pop dan bertanya pula sama ada saya ada kawan untuk diperkenalkan kepada mereka!" katanya sambil bergelak.

3SG Lee (baris pertama, kedua dari kanan) bersama-sama rakan seksyennya di perbarisan tamat pengajian BMT mereka, yang diadakan di Kem Pasir Laba pada 4 Jun.

Menjalin hubungan dengan rakan BMT

Di BMT juga, 3SG Lee menjalin ikatan dan persahabatan yang erat dengan rakan-rakan rekrut.

Contohnya, apabila rakan Muslimnya perlu berpuasa pada bulan Ramadan, dia dan NSF lain akan sentiasa berada di sisi mereka untuk menyokong dan menggalakkan mereka, terutamanya dalam keadaan yang mencabar.

"Umpamanya, kami akan menyokong mereka dengan mencurahkan air ke atas mereka untuk menyejukkan badan semasa menjalankan aktiviti yang menjerihkan."

Walaupun seorang yang pemalu dan lembut tutur kata, 3SG Lee telah berkembang menjadi pemimpin semasa di Sekolah Kadet Pakar.

Transformasi kepada pemimpin

Perubahan daripada seorang pendiam kepada ketua yang baru dilantik, 3SG Lee lebih ketara selepas memasuki Sekolah Kadet Pakar (SCS).

"Semasa di bangku sekolah, saya seorang budak yang sangat pendiam tetapi sekarang, saya tahu bagaimana untuk menyuarakan pendapat saya, mengambil inisiatif dan memimpin orang."

Ibu bapa 3SG Lee (tengah) mengenakan pangkat 3SG padanya. Dia dan ibu bapanya memperoleh kewarganegaraan Singapura pada 2022.
Rakan responden CBRD 3SG Lee (tiga dari kanan) memperkenalkannya kepada masakan mala semasa malam pertama mereka keluar pada bulan Oktober.

Sesudah tamat pengajian, 3SG Lee akan ditempatkan di Batalion Ke-39, Jurutera Tempur Singapura sebagai responden Kimia, Biologi, Radiologi dan Pertahanan (CBRD). Dia juga ingin membantu pendatang baharu sepertinya menyesuaikan diri dan mengintergrasi dengan lebih bagus dalam budaya tempatan.

"Saya agak gementar dan teruja kerana saya kini akan tanggungjawab yang lebih besar untuk memimpin askar saya," akui 3SG Lee.

Meskipun begitu, dia bertekad untuk mengendalikan tugasannya dengan sebaik-baiknya.

"Saya sedar saya akan mendapat bantuan  daripada rakan balas CBRD dan panglima , justeru, saya tidak sabar untuk menjalani Perkhidmatan Negara saya."

Pakar yang baharu dilantik

3SG Lee adalah antara 860 graduan Perbarisan Graduasi Kadet Pakar ke-57 yang diadakan di Kem Pasir Laba pada 16 Nov.

Di kalangan graduan ini, 746 adalah dari Angkatan Tentera Darat, 45 dari Angkatan Tentera Laut Republik Singapura dan 22 dari Angkatan Tentera Udara Republik Singapura. Turut bersama adalah 47 graduan dari Perkhidmatan Digital dan Perisikan.

Pakar yang baru dilantik ini sedang meraikan tamat pengajian mereka dengan melambung topi meriah pada penghujung perarakan.
3SG Sonam (tengah) meraikan tamat pengajiannya bersama ibunya (kiri) dan teman lelakinya di perbarisan semalam.

Bagi rakan graduan 3SG Sonam Gill, menyertai angkatan tentera adalah sesuatu yang diminati oleh pakar yang berusia 23 tahun itu.

Selepas melawat dan bertemu wanita perkhidmatan yang berbeza di Pameran Kerjaya Wanita Tentera pada 2019, dia terdorong untuk mendaftar sebagai Signaller.

"Perkongsian pengalaman mereka semalam telah menyemarakkan semangat saya untuk menyertai Angkatan Tentera. Saya tahu saya harus mencubanya, sebab itulah saya berada di sini!" kata 3SG Sonam, yang menyertai BMT pada 27 Mac.

Dia melengkapkan kursus sembilan minggu pada 4 Jun dan menyertai SCS seminggu kemudian.

3SG Sonam (baris belakang, kedua dari kanan) bersama rakan seksyennya semasa perbarisan tamat pengajian BMT di Kem Pasir Laba pada bulan Jun.

Diterima dalam kelompok mereka

Walaupun satu-satunya askar wanita dalam kursus Isyaratnya, 3SG Sonam sentiasa diterima dengan baik di kalangan mereka.

"Saya tidak perasa (ada) apa-apa perbezaan, kerana kami semua dilayan sama rata dalam tentera dan kami semua menjalankan tugas sebagai satu pasukan."

Antara detik-detik yang tidak dapat dilupakannya semasa kursus Isyarat ialah Cabaran Sarjan Rocky, satu siri ujian yang menilai pembelajaran kadet sepanjang kursus.

"Cabaran itu meletihkan tetapi ia mengikat kami bersama. Walaupun kami semua mempunyai pandangan yang berbeza, kami bersatu sebagai satu pasukan untuk mengatasi sebarang halangan bersama-sama," kata 3SG Sonam, yang muncul sebagai penerima Bayonet Perak.

Anugerah Bayonet Perak dihadiahkan kepada kadet terbaik dalam SCS untuk prestasi teladan dalam bidang seperti kecergasan dan kepimpinan.

3SG Sonam (dua dari kanan) menerima anugerah bayonet peraknya bersama dengan rakan isyarat di Kem Stagmont pada bulan November.
3SG Sonam tidak sabar-sabar untuk menjadi pemimpin yang prihatin terhadap askar-askarnya.

Seperti 3SG Lee, 3SG Sonam tidak sabar-sabar untuk menjadi pemimpin yang prihatin terhadap askar-askarnya. Dia akan dikerah ke Batalion ke-40, Rejimen Berperisai Singapura.

"Sebagai pemimpin, saya rasa anda harus menjalinkan hubungan yang baik dengan askar anda, mengenali mereka dan menjaga mereka.

"Barulah mereka akan mendengar dan berusaha dengan sebaik-baiknya.

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
17 Nov 2023

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
17 Nov 2023

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
17 Nov 2023

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
17 Nov 2023

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
17 Nov 2023

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
17 Nov 2023

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
17 Nov 2023

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
17 Nov 2023

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
17 Nov 2023

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
17 Nov 2023

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.