PEMBONGKAR MITOS: EDISI GERAKAN KHAS

27may22_news1_photo1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/27may22_news1_photo1a.jpg?sfvrsn=1421fe0c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMBONGKAR-MITOS-EDISI-GERAKAN-KHAS
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMBONGKAR-MITOS-EDISI-GERAKAN-KHAS
PEMBONGKAR MITOS: EDISI GERAKAN KHAS
27 May 2022 | OPS & TRAINING

PEMBONGKAR MITOS: EDISI GERAKAN KHAS

// KISAH BENITA TEO

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

Adakah anggota pasukan Gerakan Khas semuanya berbadan tegap dan tiada akal? Adakah anda harus kelihatan seperti  ahli bina badan untuk mendaftar? Betulkah tidak boleh ada akaun Facebook?

Kami membongkar mitos, mereka memecahkan tingkap: Pasukan retak daripada Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) menyerbu sebuah apartmen bertingkat tinggi semasa latihan menyelamat tebusan di Kem Pasir Ris pada 2016.

Leftenan Kolonel (LTC) Brian Anthony Thomas, Pegawai Pemerintah Sekolah Kepimpinan Gerakan Khas, membongkar mitos tentang Gerakan Khas, dan berkongsi sedikit sebanyak tentang askar-askar yang hebat tetapi sukar ditemui ini!

LTC Thomas pecah tembelang tentang sama ada enam mitos ini adalah benar.

Mitos 1: Semua askar Gerakan Khas dibentuk seperti The Hulk

LTC Thomas: Apabila anda mula berlatih dengan Gerakan Khas, anda akan melihat perubahan dalam susuk badan anda. Ini adalah kerana anda akan melakukan lebih banyak aktiviti fizikal dan badan anda akan menyesuaikan diri mengikut keadaan. Anda tidak perlu mempunyai susuk badan seperti The Hulk untuk menjadi pengendali. Sebenarnya, kami ada anggota dalam semua bentuk dan saiz yang beraksi pada tahap fizikal yang diperlukan.

Mitos terbongkar? Ya!

Mitos 2: Gerakan Khas semuanya berbadan tegap dan tiada akal.

LTC Thomas: Budak dalam kelompok saya adalah pemegang ijazah PhD, jadi itu tentu satu mitos! Selain itu, banyak latihan dan operasi kami memerlukan kami untuk belajar dan faham – contohnya, banyak pengiraan diperlukan semasa menyelam atau semasa bekerja dengan bahan letupan, iaitu salah satu kemahiran teras kami.

Misi kami juga amat mendesak dan ancaman sentiasa menular, oleh itu kami perlu meluangkan tenaga untuk menganalisis musuh dan keadaan yang kian berubah. Oleh itu, otak yang cerdas memang diperlukan!

Mitos terbongkar? Ya!

Anggota pasukan SOTF berjaya menumpaskan seorang "lelaki bersenjata" di pawagam Tampines Mall, sebagai sebahagian daripada latihan membanteras keganasan pada 2016.

Mitos 3: Askar-askar Gerakan Khas semuanya telah menulis wasiat mereka.

LTC Thomas: Saya sudah lama tidak dalam unit yang aktif, tetapi saya rasa mungkin begitu. Selepas pengalaman saya di mana kami diberitahu menulis wasiat kami semasa manjalani tugasan aktif untuk situasi keselamatan, panglima unit mula menjadikannya suatu kebiasaan dan proses. Ia bukanlah begitu menggerikan, seolah-olah menyuruh mereka menulis kata-kata akhir mereka! Sebaliknya, ia adalah untuk memastikan kami bertanggungjawab kepada keluarga kami, sekiranya berlaku sesuatu situasi.

Mitos terbongkar? Tidak!

Mitos 4: Askar-askar Gerakan Khas kuat berahsia tentang kehidupan peribadi mereka.

LTC Thomas: Ini satu yang sukar. Ia adalah pilihan peribadi, dan sesetengah daripada mereka memang ada jejak digital yang sangat kecil. Sebagai pengendali Gerakan Khas, kami perlu memahami pembatasannya kerana risiko keselamatan siber semakin begitu berleluasa sekarang. Pengendali kami semua dididik tentang hal ini, oleh itu mereka amat berhati-hati tentang cara mereka berinteraksi dalam media sosial.

Keselamatan operasi adalah sesuatu yang dipegang dengan sangat ketat, dan mereka bertanggungjawab agar tidak menjejaskan diri sendiri mahupun unit mereka. Walaupun semasa keluar malam, mereka mesti berhati-hati semasa bercakap kosong.

Saya ingat lagi kisah ini apabila seorang anggota tentera berkahwin, dan menjemput semua rakannya ke majlis perkahwinan. Selepas jamuan, panglima pasukan mengaktifkan semua orang (melainkan pengantin lelaki) kembali ke kem untuk aktiviti fizikal! Ia adalah untuk menekankan mesej bahawa dalam tugas ini, kami semua mesti sentiasa bersiap sedia untuk operasi. Kita tidak mampu leka dan hilang kawalan.

Mitos terbongkar? Mungkin.

Pasukan SOTF menyerbu kapal "dirampas" di Exercise Highcrest – latihan keselamatan maritim – pada 2021.

Mitos 5: Kursus Renjer adalah lebih sukar daripada Kursus Kelayakan Gerakan Khas (SFQC).

LTC Thomas: Hmm… Mungkin jenis kesukaran yang berbeza.  Kursus SFQC adalah sangat panjang, mengambil masa lebih kurang tujuh bulan. Dan ia bergerak mengikut rentak tertentu, dengan komponen-komponen yang berbeza. Manakala latihan dalam Kursus Renjer berlangsung selama dua bulan lebih mengikut jadual yang sangat ketat. Dan calon-calon sengaja dinafikan tidur dan, pada fasa-fasa seterusnya, dinafi makanan juga. Ia jenis kesukaran yang berlainan.

Mitos terbongkar? Tidak juga.

Mitos 6: Askar-askar Gerakan Khas semuanya kelihatan garang sekali.

LTC Thomas: Tidak benar! Kami ada ramai anggota yang merupai lelaki biasa seperti jiran rumah anda, ada pula yang bersifat rendah hati. Kami semua kelihatan normal. Mungkin kerana latihan yang dijalani, kami kelihatan begitu tegap dan berkulit perang, dan kami pun jarang bersenyum.

Mitos terbongkar? Ya!

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
27 May 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
27 May 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
27 May 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
27 May 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
27 May 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
27 May 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
27 May 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
27 May 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
27 May 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
27 May 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.