Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23sep20_photo155f363d0-c37e-4ecf-89bf-5ea05e9c0fdb.jpg?sfvrsn=d9180_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELAYARAN-SEUMUR-HIDUP
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELAYARAN-SEUMUR-HIDUP
PELAYARAN SEUMUR HIDUP
25 Sep 2020 | OPS & TRAINING

PELAYARAN SEUMUR HIDUP

APAKAH RASANYA BERLAYAR TANPA HENTI SELAMA 67 HARI BERTURUT-TURUT? KETAHUI BAGAIMANA ANAK KAPAL RSS SUPREME MENGHABISKAN MASA MEREKA DI ATAS KAPAL YANG MENJADI RUMAH KEDUA MEREKA, DALAM SALAH SATU DARIPADA LATIHAN LUAR NEGARA TENTERA LAUT SINGAPURA YANG PERTAMA SEJAK PANDEMIK COVID-19.

WFH (Bekerja dari Rumah) sejak beberapa bulan yang lalu? Anak kapal frigat RSS Supreme kelas Formidable telah menghabiskan masa yang sama WFS (Bekerja dari Kapal)!

Untuk kekal selamat semasa pandemik COVID-19 semasa menyertai latihan tentera laut multinasional Rim of the Pacific (RIMPAC), anak-anak kapal berada di atas kapal selama 67 hari berturut-turut tanpa cuti di darat. Malahan, ia merupakan pelayaran yang paling lama oleh Tentera Laut Republik Singapura (RSN) setakat ini!

Semasa pelayaran mereka ke Hawaii, kapal itu juga mengambil bahagian dalam Latihan Pelican dengan Tentera Laut Diraja Brunei, dan pelayaran kumpulan multinasional dengan kapal perang lain dari Australia, Brunei, Jepun dan Amerika Syarikat.

Apakah yang dilakukan oleh lelaki dan wanita RSS Supreme untuk mengekalkan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal? Dan bagaimana pula mereka menghindarkan kerinduan terhadap kampung halaman mereka? (Bayangan: ia ada kena mengena dengan kegiatan masa lapang rakyat Singapura.) Soroti kehidupan atas kapal mereka!

 

Kekal berada dalam keadaan teratur

1-UP-B-caption

“Pelayaran yang tenang!" Pada 24 Jul, RSS Supreme mula belayar untuk menyertai RIMPAC, yang diadakan di perairan Hawaii dari 17 hingga 31 Ogos (waktu tempatan). Diadakan sepenuhnya di laut bagi memastikan keselamatan peserta, latihan tahun ini melibatkan lebih daripada 20 kapal, kapal selam, pelbagai pesawat dan lebih kurang 5,300 anggota dari 10 negara.

1-UP-B-caption

Badan-badan berotot bergerak di atas dek: Semasa Dog Watch setiap hari dari 4 hingga 6pm, anak-anak kapal berkumpul untuk senaman yang bagus seperti latihan Tabata. Sesetengah daripada mereka, seperti Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa Sarjan 3 Jordan Khoo, Operator Sistem Senjata, berkhidmat secara suka rela dalam Jawatankuasa Sukan untuk merancang program senaman agar pelayar boleh kekal cergas untuk bertempur.

1-UP-B-caption

Pasukan perubatan (memakai Peralatan Perlindungan Peribadi) menjalankan ujian swab atas anak kapal. Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah berjaga-jaga kesihatan, setiap anak kapal diasingkan dan diuji negatif untuk COVID-19 sebelum permulaan pelayaran.

Semasa pengerahan, anak-anak kapal diingatkan untuk kekal mengamalkan tabiat kebersihan peribadi yang baik. Fasiliti kuarantin dan pengasingan disediakan atas kapal, dan sesiapa yang menunjukkan gejala Jangkitan Pernafasan Akut Teruk telah diuji untuk COVID-19.

1-UP-B-caption

Kapal disambut di Pearl Harbor, Hawaii oleh pelangi berganda. Semasa pelayaran, kapal berlabuh di Guam dan Pearl Harbor untuk menerima bekalan baharu, yang semuanya dilakukan tanpa hubungan terus. Bagaimanapun, untuk mengurangkan risiko jangkitan, anak-anak kapal tidak boleh meninggalkan kapal untuk mengambil cuti di darat. Sebaliknya, mereka meluangkan masa membuat panggilan telefon dan panggilan video ke rumah.

Hidangan seperti di rumah

Angkat tangan anda jika makanan tempatan ialah perkara pertama yang anda rindui ketika berada di luar negara. Untuk mengekalkan semangat pasukan, chef kapal menyediakan hidangan tempatan untuk membangkitkan selera mereka.

1-UP-B-caption

"Saya paling rindukan mi bak chor dan nasi ayam bila berjauhan dari rumah. Namun saya bersyukur kerana chef kami telah dua kali memasakkan nasi ayam untuk kami semasa pelayaran ini!" kata Pakar Tentera (ME) 5 Lee Wei Xiang dengan gembira (kiri), sambil dia menikmati semangkuk mi itik.

"Makanan yang mereka masak sungguh enak, dan kami sentiasa menanti-nantikan waktu makan. Ia memang banyak menaikkan semangat," tambah Jurutera Marin kanan itu.

1-UP-B-caption

"Apabila saya melihat anak-anak kapal menikmati makanan yang saya masak, saya tidak dapat tidak berasa bangga. Asalkan kapal ini gembira, saya gembira!" Chef Tentera Laut ME1 S. Reyshman Raj Pillai (dua dari kiri) berasal dari sebuah keluarga chef – moyangnya salah satu daripada chef tentera laut pertama RSN – dan mengkhusus dalam hidangan barat seperti ayam panggang serta ikan dan kentang goreng. Bersamanya ialah rakan chef ME1 Lim Jia Hao (hujung kanan).

1-UP-B-caption

Pada penghujung hari, anak-anak kapal sentiasa berpeluang menikmati bubur tang yuan (bola beras), pencuci mulut tradisi kaum Cina yang selalunya dimakan semasa perayaan sebagai simbol perjumpaan keluarga – sebagai simbol ikatan yang dijalinkan oleh pelaut dalam pelayaran mereka yang panjang ini, dan peringatan bahawa mereka akan ditemukan semula dengan yang tersayang.

 

Siapakah yang akan meraih Keunggulan?

Untuk menggalakkan semua orang keluar, serta bergembira sambil menajamkan kemahiran ilmu pelayaran mereka, kapal mengadakan Pertandingan Pelaut Super Unggul yang julung-julung kali diadakan pada 14 Sep.

Anak-anak kapal bersaing dalam satu siri ujian praktikal seperti mengikat simpulan nautika, menanggalkan serta memasang karbin dan memasang hos pemadam api. Mereka juga memerah otak untuk melengkapkan ujian teori seperti mengira waktu matahari terbit dan terbenam, di samping mengenali bendera nautika dan mentafsir kod morse.

Pemenang membawa pulang syiling kapal yang berharga (dan hak untuk bermegah!).

1-UP-B-caption

Ujian teknik dan kekuatan: peserta melontar tali bersimpul sepanjang jarak yang ditandakan. Tali bersimpul dilontar dari kapal apabila ia menghampiri pelabuhan, agar tali berlabuh yang lebih berat yang terikat padanya boleh dilalukan ke darat.

1-UP-B-caption

Sebelum pertandingan tersebut, anak-anak kapal menghadiri "Hari Pembelajaran" untuk meningkatkan kemahiran mereka, di samping mempelajari set kemahiran baharu daripada jabatan lain.

1-UP-B-caption

Pegawai Pemerintah Leftenan Kolonel Chua Eileen (berdiri, kanan) dan Pegawai Eksekutif Mejar Sam Tan (berdiri, kiri) menyertai segmen kuiz teori pertandingan tersebut.

"Saya sangat berbangga dengan anak kapal saya (kerana menunjukkan prestasi yang baik di RIMPAC). Kerahan yang lama bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Kali ini, pandemik ini semakin menghadkan masa peribadi anak-anak kapal di darat,” kata LTC Chua.

 

Semuanya berada di dalam bot yang sama

1-UP-B-caption

Sesetengah daripada kita mungkin mengorbankan dandanan peribadi sejak mula bekerja dari rumah. Bukan untuk pelaut kita nampaknya: kerana penampilan yang rapi dan kemas adalah bahagian penting dalam disiplin! Untuk membantu rakan-rakan mereka, ada antara anak kapal – seperti Ketua Kluster Sistem Pemerintah dan Kawalan ME3 Adrian Lum (kanan) – menjadi “tukang gunting rambut” residen kapal.

1-UP-B-caption

Masa untuk menguruskan pasukan bola sepak sentiasa ada: sesetengah anak kapal bersantai selepas bekerja keras seharian dengan perlawanan persahabatan “bola sepak” di atas sofa dalam bilik wad yang selesa (kabin mess atau kawasan umum).

1-UP-B-caption

Bilik dengan pemandangan: Nampaknya berada di atas kapal tidaklah teruk sangat sekiranya sekali-sekala anda bangun pagi menyaksikan pemandangan yang sedemikian.

1-UP-B-caption

Kampung halamanku syurgaku: RSS Supreme akhirnya kembali ke Singapura di Pangkalan Tentera Udara Singapura pada 21 Sep pagi. Semua anak kapal menjalani ujian swab COVID-19 dan menerima keputusan ujian dan didapati negatif sebelum dibenarkan turun dari kapal pada 22 Sep. [Foto: Ong Ji Xuan]

1-UP-B-caption

Senyuman gembira anak-anak kapal yang menyaksikan kapal berlabuh di pelabuhan. [Foto: Ong Ji Xuan]

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
25 Sep 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.