OPS & TRAINING
PASUKAN TINDAKAN PANTAS
01 Jul 2018
PIONEER MENINJAU PADA PENUBUHAN PASUKAN PENGERAHAN TENTERA (ADF), YANG TELAH DITUBUHKAN DUA TAHUN YANG LALU BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENENTANG KEGANASAN (CT) SINGAPURA.
![]() The 13kg ballistics shield that the ADF uses during CT operations. |
Perisai balistik seberat 13kg yang digunakan oleh ADF semasa operasi CT.
Beberapa letupan telah memecahkan kesunyian dan ketenangan hujung minggu apabila bahan letupan buatan sendiri telah memusnahkan tiga buah gereja dan sebuah balai polis di Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia.
Serangan terancang itu, yang dilancarkan selama dua hari mulai 13 Mei, telah dilakukan oleh dua keluarga pengebom berani mati berasingan. Mereka telah mengorbankan 27 orang (termasuk 13 penjenayah) dan mencederakan lebih daripada 50 orang. Serangan tersebut telah dikaitkan dengan kumpulan pengganas tempatan yang setia kepada Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).
Satu serangan pengganas yang berasingan pada tahun 2016 oleh ISIS di Jakarta, Indonesia, telah mengorbankan tujuh nyawa dan mencederakan 50 orang.
Bagi warga Singapura, insiden-insiden ini merupakan satu peringatan bahawa pengganas boleh melakukan serangan pada bila-bila masa. Dan bagi askar-askar ADF, keperluan untuk sentiasa berwaspada dan bersedia telah sebati dalam cara hidup mereka.
ADF yang telah dilancarkan pada 12 Jul 2016, ialah sebuah pasukan bersaiz batalion yang terdiri daripada Askar Biasa yang sangat terlatih dengan keupayaan bidang untuk bertindak balas terhadap ancaman dalam kedua-dua persekitaran bandar dan bukan bandar.
"Tugas asas bagi ADF ialah (bertindak sebagai) elemen tindakan pantas kerana kepantasan adalah penting dalam menentang keganasan (CT)," ujar Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam temubual beliau semasa Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) 2016. "Ia bukan seperti misi konvensional di mana anda mempunyai masa. Kali ini, anda perlu memberikan tindak balas dalam beberapa minit."
Dua tahun telah berlalu, pasukan ini kekal relevan berbanding sebelumnya.
"Keupayaan untuk segera mengerahkan pasukan yang besar bagi mengatasi ancaman dan membantu penguasa awam terus menjadi agenda utama ADF," tegas Pegawai Pemerintahnya, Leftenan Kolonel Ivan Du.
"Apabila ISIS menjadi semakin lemah di Iraq dan Syria, kita melihat peningkatan aktiviti-aktiviti pejuang yang kembali di rantau kita. Lebih penting lagi, unit bersedia untuk bertindak balas sekiranya pengganas menyerang kawasan kita."
ADF bekerjasama dengan Pasukan Petugas Pertahanan Pulau, Pasukan Petugas Operasi Khas dan agensi-agensi Pasukan Dalam Negara sebagai pelindung mengawal negara daripada ancaman keganasan.
Ia juga boleh diaktifkan untuk memainkan peranan pendamai dalam operasi sokongan keamanan di luar negara.
Peranan lain yang dimainkan oleh ADF ialah sebagai pemelihara demi memastikan keselamatan dan menyediakan bantuan semasa misi bantuan bencana.
Dalam setiap peranan yang dimainkan oleh ADF, pasukan berpegang teguh pada moto mereka: "Sentiasa Bersedia".
// PELINDUNG //
Laporan berita mengenai beberapa serangan di seluruh Singapura. Suasana panik menyelubungi apabila kapal tangka telah dimusnahkan di Terminal Pasir Panjang dan Gudang di Pulau Jurong telah diserang.
Rakaman kamera pengawasan menunjukkan bahawa orang awam telah ditahan sebagai tebusan. Para saksi mengesahkan mereka mendengar tembakan.
ADF adalah salah satu unit pertama yang akan diaktifkan, sebaik sahaja selepas Pasukan Dalam Negara. Pasukan ADF melaporkan diri ke kem untuk menyediakan dan memuatkan senjata mereka. Dalam tempoh yang singkat, pasukan yang ditugaskan bergerak keluar menaiki Kenderaan Tindakan Dilindungi Pendamai (PRV).
Ini merupakan senario yang dilaksanakan semasa latihan pengaktifan di Kem Amoy Quee pada 7 dan 9 Mei, bagi menguji kesediaan askar ADF.
Misi mereka: melindungi nyawa dan memulihkan keadaan.

Memastikan Keselamatan Tempat Kejadian
Untuk melakukan perkara ini, pasukan dikerahkan untuk mengawasi bangunan dengan membentuk perimeter di sekelilingnya, dipanggil kepungan dalam. Bergerak pantas dalam pasukan dengan dua anggota, mereka menyediakan tempat berkawal bagi mencegah penyerang daripada meninggalkan tempat kejadian.
Dalam tempat berkawal tersembunyi mereka, para askar juga memerhatikan daratan — mereka memerhatikan situasi dan memaklumkannya kembali kepada Ibu Pejabat (HQ). Namun mereka tidak kekal dalam posisi mereka untuk tempoh yang panjang.
Selepas menunggu sekian lama, seorang pengganas keluar dari tempat persembunyian, menahan seorang awam sebagai perisai. Lebih memburukkan lagi keadaan, tebusan itu diikat dengan Alat Peledak yang Diperbaiki (IED).
"Kejadian itu merupakan salah satu senario paling tertekan semasa misi dijalankan. Pengganas meminta untuk dilepaskan atau beliau akan meletupakan IED," ujar Sarjan ke-2 (2SG) Ang.
Bertindak balas dengan segera, askar mula mengalih perhatian penyerang dengan berkomunikasi dengan beliau.
"Apabila beliau tenang, kami berjaya menawan beliau dan mencegah kehilangan nyawa selanjutnya."
Tentera ADF menambah: "Latihan tersebut adalah sangat realistik. Sebaik sahaja kami diaktifkan, kami perlu menumpukan perhatian dan bersedia untuk misi yang dirancang."
Menajamkan Kemahiran Mereka
Ia adalah latihan harian yang keras yang menyediakan pasukan untuk menampilkan prestasi yang baik semasa latihan pengaktifan sedemikian, ujar Sarjan Master (MSG) Affandi.
"Latihan dan penyelarasan mereka mesti ada supaya mereka tahu apa yang hendak dilakukan. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran di bandar, terdapat banyak titik buta di mana musuh boleh bersembunyi, jadi kesedaran situasi mestilah pada peringkat yang tertinggi," tegas Kader Latihan.
Untuk mampu melaksanakan latihan mereka dengan lancar, syarikat-syarikat operasi menjalani latihan operasi bandar yang kerap dan mengasah ketepatan menembak mereka dalam latihan menembak sebenar sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Mereka juga menajamkan kemahiran mereka dalam pengendalian dan menembak di kawasan berhampiran di Kompleks Lapang Sasar Pelbagai Misi (MMRC), yang membolehkan mereka membuat simulasi untuk kedua-dua sesi menembak pada hari siang dan malam.
Dalam persekitaran hampir sifar cahaya, cabaran paling sukar ialah melakukan penyelarasan dengan rakan sepasukan anda, tegas 3SG Poon. Walaupun memakai gogal penglihatan waktu malam, penglihatan askar merosot dengan ketara dan mereka perlu berada dekat dengan rakan sepasukan mereka.
3SG Poon dan pasukan beliau meluncur melalui bilik dalam urutan yang dirancang dengan teliti dan mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menilai dan memutuskan siapa untuk menyelamatkan dan siapa untuk menembak.
"Kami semua melalui perkara yang sama. Walaupun ia sangat gelap dan ruang begitu sempit, kami telah berlatih bersama-sama sebelum ini dan memahami peranan yang dimainkan oleh setiap orang daripada kami.
"Jadi kami tahu cara melakukan sesuatu dan mengurangkan keperluan untuk bercakap," jelas beliau.
Untuk meningkatkan prestasi askar, komander platun Ace Company Kapten (CPT) Ashraf mengharapkan anggota pasukan beliau untuk menyasarkan lebih tepat daripada hanya menembak kesemua sasaran.
"Kami memberitahu mereka untuk menyasarkan pada kawasan tertentu pada sasaran dan ia benar-benar meningkatkan kemahiran menembak mereka," ujar beliau.
Latihan tepat sedemikian juga membantu askar mengurangkan masa yang mereka ambil untuk menyasarkan tembakan.
Latihan ini mencatatkan kali pertama unit SAF menggunakan perisai balistik seberat 13kg semasa tembakan sebenar.
Ujar CPT Ashraf: "Anggota pasukan dapat rasakan betapa berat dan sukarnya (untuk bergerak dengan perisai). Ia adalah latihan yang bagus dan kami sedang mencuba untuk membantu mereka membina keyakinan untuk operasi CT yang sebenar."
// PENDAMAI //
Penghantaran pasukan SAF ke Iraq untuk operasi sokongan keamanan meletakkan mereka di tengah wilayah yang berbahaya. Namun begitu tindakan itu adalah langkap penting bagi memastikan isu keganasan dapat diatasi dengan menguruskannya pada sumbernya.
Sejak bulan Jun 2017, pasukan perubatan SAF dan ADF telah bekerjasama rapat dengan Pasukan Pertahanan Australia di Iraq bagi menyediakan sokongan penjagaan kesihatan dan menyumbang kepada usaha gabungan menentang ISIS.
Pada bahas Jawatankuasa Bekalan tahun ini, Dr Ng menyatakan bahawa pasukan telah mencatatkan "kemajuan yang agak memberangsangkan " dalam usaha menentang ISIS.
Beliau juga mengumumkan bahawa SAF akan menghantar lebih banyak pasukan sebagai sebahagian daripada Unit Latihan Menentang Keganasan (CTTU).
CTTU pertama yang terdiri daripada anggota perkhidmatan ADF, akan dikerah bertugas pada separuh kedua tahun ini. Ia akan bekerjasama dengan rakan sejawat Australianya untuk melatih Pasukan Keselamatan Iraq (ISF) dalam menggunakan senjata peringkat taktikal dan taktik tempur.
Di Barisan Hadapan
Bagi mereka yang telah kembali dari kerahan tugas, keadaan yang teruk di Iraq kekal segar dalam ingatan mereka.
"Kami berada di sebuah kem yang sangat selamat … namun anda tidak sekali-kali tahu apa yang akan berlaku. Anda mesti merancang untuk keadaan di luar jangkaan," ujar Pegawai Operasi pasukan perubatan kedua di Iraq, yang bertanggungjawab terhadap proses kerja pasukan.
Untuk memastikan askar tangkas dan bersedia, kem gabungan akan memantapkan pasukannya melalui latihan, malah membuat simulasi serangan pada waktu malam.
"Pada satu malam, mereka memulakan tembakan yang bertalu-talu dan mengumumkan 'masuk, masuk'. Beberapa anggota pasukan berada di tempat makan, sebahagian yang lain di gimnasium. Saya sedang berada di pusat perubatan pada waktu itu melakukan kerja saya apabila perkara ini berlaku," imbas kembali bekas Pegawai Pemerintah di ADF.
"Itulah cara saya mengamalkan latihan pasukan saya. Jika mereka tidak bersama saya dan tidak dapat memasuki lubang pasir, mereka perlu menghubungi saya.
"Saya perlu memastikan semua askar saya diambil kira."
Pegawai perubatan dan doktor kemudiannya bergegas ke hospital kem untuk bersiap sedia menghadapi senario kecederaan secara besar-besaran.
Menyahut Cabaran
Seorang doktor kanan ADF mendapati bahawa kemahiran beliau sangat diperlukan dalam merawat askar gabungan. "Saya perlu memberikan ubat kepada pesakit dan melakukan penilaian pesakit semasa syif semalaman. Ia boleh menjadi tugas yang mencabar kerana anda tidak sekali-kali dapat menjangkakan apabila berlaku kecemasan selepas waktu pejabat."
Beliau juga menemui tujuan dalam berkongsi pengetahuan perubatan beliau bersama pasukan ISF.
"Kami berinteraksi dengan barisan hadapan ISF; sebahagian daripada mereka perlu bertempur dan mereka berkongsi kisah mereka dan menunjukkan luka pertempuran mereka kepada saya.

"Oleh kerana perkara ini, saya kini lebih bersemangat untuk mengajar mereka untuk melakukan pertolongan cemas yang betul dan prosedur bantuan tempur."
Walaupun latihan tersebut membuatkan pasukan sibuk (mereka bekerja enam hari seminggu), mereka merapatkan hubungan melalui sesi memasak mingguan hidangan istimewa orang Singapura seperti laksa dan nasi biryani.
Seperti yang dinyatakan oleh seorang lagi bekas askar ADF, yang pernah bertugas sebagai Pegawai Operasi giliran pertama: "Tujuh ribu serratus tujuh puluh enam km berjauhan dari Singapura selama tiga bulan dan 800 jam waktu bekerja — cabaran terbesar adalah berjauhan dari tanah air."
Namun begitu seperti anggota lain, beliau tidak menyesal berkhidmat di Iraq: "Saya bersedia untuk menyumbang kepada kejayaan pasukan dan negara."
// PEMELIHARA //
Apabila bencana seperti gempa bumi atau tsunami melanda, banyak rumah musnah dan bekalan air mungkin tercemar.
Pasukan tindakan kecemasan ADF bersiap sedia untuk menyertai usaha bantuan dan melancarkan misi menyediakan tempat berlindung sementara dan juga air minuman bersin untuk penduduk yang terjejas. Oleh itu, keperluan untuk mengekalkan kemahiran mereka untuk kerja sedemikian adalah sangat penting.
Latihan di Kem Nee Soon, sebuah pasukan dari Spear Company berlatih mendirikan khemah yang boleh memuatkan lima orang.
Bekerja dengan pantas dan berhati-hati, mereka mendirikan khemah dengan tiang dan memasang pelindung luar tahan cuaca bagi melindunginya. Selepas khemah dan pelindungnya dipasang ke tanah dengan pasak, anggota tersebut masuk ke dalam bagi menambah pelindung dalam, lapisan tambahan untuk memastikan keselesaan dan sanitasi untuk bakal penghuninya.
Membina Semula Kehidupan
Dalam kes-kes yang tertentu, SAF juga akan membekalkan kemah kepada penduduk dan melatih mereka cara mendirikannya.
Di samping khemah, dua askar ADF membina tandas mudah alih. Petak tunggal direka bentuk untuk menyediakan perasaan bermaruah dan privasi kepada orang awam di tengah-tengah kemusnahan. Paling utama, ia memastikan bahawa sisa dilupuskan dengan betul dan tidak mencemarkan potensi sumber air.
Pasukan boleh mendirikan khemah dalam 12 minit dan tandas mudah alih dalam 3 minit.
Misi Untuk Tujuan Baik
Pada masa yang sama, pasukan tindakan kedua menyediakan Unit Penulenan Air (WPU) yang menapis dan memproses air sungai bagi menghasilkan air minuman bersih kepada penduduk.
Sebagai pengendali pengangkutan ADF, ia menjadi peranan Korporal Kelas Pertama (CFC) Nazri untuk mencari sumber air yang mudah didapati dan jauh daripada risiko.
"Terdapat banyak pertimbangan. Jika sumber adalah sungai yang mengalir pantas, kami perlu berhati-hati (untuk memastikan) pam tidak dihanyutkan oleh air.
"Jika sumber berada di pantai, kami perlu mencari tempat berlindung terdekat sekiranya berlaku ribut petir," tegas beliau.
Walaupun bukan kerja konvensional seorang askar, usaha bantuan sedemikian adalah sama pentingnya dengan mana-mana peranan lain," tambah 2SG Tan. Doktor platun menyatakan: "Kerja askar adalah mempertahankan tanah air. Namun jika anda keperluan, kami juga mempunyai tenaga kerja, pengetahuan dan peralatan untuk membantu orang lain. Ia khidmat bermakna untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya."
// PASUKAN PERUBATAN YANG SENTIASA BERSEDIA //
Walaupun aksar ADF membentuk kepungan dalam bagi mengasingkan kawasan serangan, kepungan luar yang lebih luas disediakan sedikit berjauhan dari tapak kejadian. Terletak di sini ialah Stesen Mangsa Batalion ADF (BCS), yang disediakan untuk menstabilkan mangsa yang tercedera dan mempersiapkan mereka untuk rawatan di hospital berhampiran.
BCS sedang giat menyediakan platform automatik yang dilengkapi bagi memberikan sokongan hayat.
"Kami boleh diaktifkan pada bila-bila masa, 24/7. Itulah sebabnya kami perlu BCS bersedia untuk bergerak keluar dengan pantas," tegas pegawai perubatan Kapten (CPT) (Dr) Chua, yang menerajui pasukan.
Berbanding dengan BCS konvensional yang mempunyai sebuah pasukan seramai 12 orang dengan dua pegawai perubatan, ADF BCS bertugas dengan sebuah pasukan seramai enam anggota sahaja — seorang pegawai perubatan, seorang doktor kanan dan empat doktor — bersama-sama dengan operator pengangkutan.
Dan jika pegawai perubatan tiada di situ, para doktor terlatih untuk menilai dan mendiagnos pesakit secara bebas.
"( ADF adalah batalion dengan) tempo operasi yang sangat tinggi, jadi kami juga mempunyai banyak latihan berisiko tinggi. Penting doktor kami berupaya untuk mengendalikan lebih banyak kecederaan yang lebih serius," tegas CPT (Dr) Chua.
Mengajar Tentera Bantuan Tempur
Oleh kerana ADF bertempur hampir dengan barisan hadapan, setiap askar perlu menjalani Kursus Bantuan Kecederaan Tempur — kursus pertolongan cemas untuk unit kesediaan tinggi.
"Kami mengkehendaki pasukan untuk menjadi mampu diri dalam beberapa keupayaan perubatan …seperti menggunakan turnikuet yang sangat ketat ke kawasan pendarahan dan menyediakan garisan intravena (IV) untuk memberikan cecair," ujar CPT (Dr) Chua.
Dengan kemahiran ini, seseorang askar itu dilengkapi untuk merawat rakan sepasukan beliau yang menderita trauma yang mengancam nyawa (seperti pendarahan berlebihan) dan memastikan beliau terus hidup sebelum tiba di BCS.
Pasukan perubatan ADF juga menganjurkan Kursus Kecederaan Tempur Taktikal (TCCC) bagi meningkatkan kesediaan operasi pasukan. TCCC mengajar tentera pelbagai taktik bantuan tempur dengan matlamat mengurangkan kematian perang yang boleh dicegah.
// MENGATASI CABARAN //
Sebelum tentera boleh memakai tampal ADF, mereka perlu menjalani dan melepasi Kursus Kelayakan Tempur (CQC) selama 21 minggu yang menjerihkan.
Jam menunjukkan pukul 1 pagi apabila pelatihADF Dragon Company bangun dari tempat tidur mereka.
Tugas pertama mereka — beberapa siri tekan tubi, bangkit tubi dan merangkak.
Ia diikuti dengan perlumbaan tayar. Pelatih dibahagikan kepada beberapa pasukan untuk menterbalikkan tayar seberat 100kg di seluruh dataran perarakan.
Seterusnya dalam ujian ketahanan, mereka memegang tali panjang dan dan mengumpul segala daya kekuatan mereka untuk menarik trak seberat 5 tan melebihi jarak sejauh 100 meter.
Setiap evolusi baru menjadi semakin sukar berbanding yang sebelumnya, dengan rehat air yang singkat dan semakan suhu antara setiap satu. Pelatih mengetap gigi mereka apabila mereka membawa beban seberat 20kg menaiki dan menuruni anak tangga. Kemudian mereka meneruskan lebih banyak latihan fizikal.
Namun tiada apa yang dapat menghalang 28 pelatih itu, yang kekal bersemangat untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk menamatkan latihan di CQC dan memakai tampal ADF.
Kursus itu direka untuk menguji kesediaan fizikal dan mental pelatih sebelum mereka dihantar berkhidmat di syarikat-syarikat operasi ADF.
"Latihan ini ialah cara terbaik untuk menunjukkan makna daya tahan kepada mereka," ujar Leftenan (LTA) Khalid, salah seorang kader latihan.
"Tanpa mengira anda sedang tidur, makan, atau bersama orang yang tersayang. Apabila anda diaktifkan dan Singapura memerlukan khidmat anda, anda perlu memberi respons," tambah Komander Platun Dragon Company.
Pasukan berkobar-kobar untuk membuktikan mereka sudah bersedia tetapi mereka tidak menjangkakan kejutan — panggilan secara tiba-tiba bagi "meneruskan misi ".
"Mereka memberitahu kami bahawa kita telah mengakhiri latihan tetapi sebaik sahaja sebelum kami memulakan sarapan, mereka segera membunyikan siren sekali lagi. Saya rasa benar-benar patah semangat apabila bergegas kembali untuk bertugas," imbas kembali pelatih Persendirian (PTE) Oh.
"Ia jauh lebih sukar daripada apa yang saya jangkakan...namun apabila saya hampir berputus asa, rakan seperjuangan segera membantu saya. Bagus rasanya apabila saya dikelilingi oleh orang-orang yang boleh dipercayai dan diharapkan. Itulah yang paling banyak memberikan semangat kepada saya," beliau menambah.
Subuh menjelma apabila kesemua 28 pelatih diberikan bendera kursus, menandakan tamatnya latihan.
Tinggal selangkah lagi sebelum mereka mendapat tempat dalam ADF namun mereka perlu menjalani banyak lagi aktiviti utama yang disediakan buat mereka.
Ini termasuk latihan untuk kemasukan pantas ke dalam bangunan dengan tali ikatan helikopter dan juga teknik pertahanan diri asas yang melatih mereka untuk situasi tempur rapat.

Untuk menamatkan latihan, para pelatih mesti melengkapkan kawat sejauh 10km dalam masa 90 minit, persaingan kesatria yang menguji kecergasan tempur mereka dan kecekapan menggunakan senjata, dan juga latihan akhir selama 18 jam.
Kursus tersebut juga menilai pelatih dari aspek kecekapan mereka dalam operasi kepungan dalam bagi menentang keganasan serta misi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana.
"Ia seperti kursus kilat. Mereka mengkehendaki anda untuk belajar dan bekerja dengan pantas," ujar pelatih 3SG Iskandar.
Sejak menyertai kursus tersebut, 3SG Iskandar dapat rasakan kecergasan beliau telah meningkat dengan mendadak, di mana skor Ujian Kemahiran Fizikal Individu beliu telah naik dari 85 kepada 94 mata.
"Mereka mengharapkan anda berada di puncak prestasi. Tetapi pada akhirnya, saya tidak merungut kerana apabila saya baring di atas katil, saya menyedari bahawa saya boleh katakan diri saya lebih baik."
ALSO READ IN OPS & TRAINING
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
06 Nov 2025
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
31 Oct 2025
SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.
EX WALLABY 25 – INTEGRASI DAN KOMPLEKSITI LEBIH HEBAT
25 Oct 2025
Edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesar SAF adalah peluang untuk skala yang diperluas dan integrasi yang lebih mendalam ke arah pasukan pejuang yang berkesan dan berangkaian.




















