OPS & TRAINING

PASUKAN FILIPINA AKHIRI LATIHAN BERSAMA SAF DALAM MISI TERAKHIR

13 Dec 2017

Beberapa bangunan utama telah ditawan oleh pihak "musuh". Di bawah kepulan asap, platun pasukan Askar Filipina (PA) yang seramai 23 anggota mengatur gerak langkah untuk melawan dan menguasai semula bangunan tersebut.

13dec17_news1

// Laporan Thrina Tham

// Gambar Chua Soon Lye & Kenneth Lin


Pasukan askar Filipina menyelinap masuk untuk ''menawan'' bangunan utama semasa misi UO Platun mereka.
Program pertukaran profesional membolehkan perkongsian silang antara dua pasukan askar.
Program pertukaran tersebut menyahut saranan yang dibuat oleh Dr Ng pada awal tahun untuk pasukan askar Filipina menggunakan kemudahan latihan bandar SAF.
Pasukan SAF mempamerkan taktik UO mereka bersama-sama dengan rakan seangkatan PA mereka.
COL Liew berasa bahawa program pertukaran itu telah mengukuhkan ikatan dan saling boleh kendali antara dua pihak askar.
CPT Vikneshvaran, yang berinteraksi dengan askar PA, menyatakan bahawa terdapat pembelajaran bersama antara kedua-dua pihak.

Beberapa bangunan utama telah ditawan oleh pihak "musuh". Di bawah kepulan asap, platun pasukan Askar Filipina (PA) yang seramai 23 anggota mengatur gerak langkah untuk melawan dan menguasai semula bangunan tersebut.

Latihan Operasi Bandar Platun (UO) ini pada 13 Dis mengakhiri program pertukaran profesional selama dua minggu antara pasukan askar Filipina dan Singapura.

Sejumlah 40 askar Filipina mengambil bahagian dalam program pertukaran, yang telah dilangsungkan dari 4 hingga 15 Dis di Kemudahan Latihan Bandar Murai (MUTF) yang terletak di Lim Chu Kang. Mereka juga berkongsi pengalaman mereka dalam operasi menentang keganasan Marawi dengan pasukan SAF.

Pertukaran tersebut telah dijalankan oleh Institut Latihan Infantri (ITI) Angkatan Bersenjata Singapura. Ia menyahut tawaran yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada bulan Julai untuk Filipina menggunakan kemudahan latihan bandar SAF.

Komander ITI Kolonel (COL) Liew Kok Keong menyatakan bahawa MUTF menyediakan sebuah persekitaran operasi yang kompleks yang membenarkan PA terus mengasah kemahiran UO mereka.

Beliau menambah bahawa pasukan SAF juga telah mempelajari daripada pengalaman operasi rakan seangkatan mereka dari Filipina, "terutamanya mengenai doktrin, taktik dan prosedur, dan juga beberapa pertimbangan perancangan bagi operasi di bandar ".

"Persahabatan dan ikatan yang dijalinkan dalam pertukaran profesional ini akan mengukuhkan kerjasama antara dua buah negara kami dan membantu meningkatkan keselamatan di rantau kami," tegas COL Liew.

Pertukaran melibatkan pasukan bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman melalui pelbagai komponen latihan dan sesi perkongsian silang, dan juga berinteraksi melalui sukan dan permainan.

Jurulatih platun Kapten (CPT) Vikneshvaran S/O Chandra menyatakan bahawa terdapat pembelajaran bersama di antata kedua-dua pihak dalam membuat perancangan untuk serangan di bandar. "Kami telah berkongsi latihan UO kami serta kaedah latihan dengan askar PA dan mereka juga telah berbuat perkara yang sama."

Jurulatih ITI seangkatan, Staf Sarjan Mohamad Zunairi Bin Teruna, bersependapat, menambah bahawa pasukan Filipina menunjukkan keberkesanan dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran bandar mereka.

Jelas Jurulatih Anti Kereta Kebal/Ahli Tembak Mudah Alih Manusia: "Beberapa perkara yang baik telah diperhatikan (termasuk) pergerakan mereka dan perlindungan yang diberikan antara satu sama lain.

"Bertempur di kawasan bandar adalah sangat rumit dan sangat terbuka; musuh ada di mana-mana. Jadi semasa pergerakan, ia amat penting untuk dilindungi dan bergerak pantas dari satu tempat ke tempat yang lain."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story