OPS & TRAINING

PARA PEMIMPIN PERNIAGAAN IKRAR SOKONGAN UNTUK KHIDMAT NEGARA (NS)

05 Jul 2017

05jul17_news1.JPG

// Laporan oleh Ong Hong Tat 

// Gambar oleh Kenneth Lin


"Sepanjang 52 tahun yang lalu, SAF (Angkatan Tentera Singapura) yang berkemampuan telah melindungi kesalamatan Singapura dan membolehkan Singapura terus berkembang maju... Tulang belakang SAF adalah sistem Khidmat Negara yang telah ditubuhkan pada tahun 1967." 

Menteri Kanan Negara bagi Pertahanan Dr Mohamad Maliki Bin Osman menyatakan perkara ini pada Siri Penceramah Unggul Dewan Perdagangan Antarabangsa Singapura (SICC) yang telah dilangsungkan di Pusat Ekspo & Konvensyen Sands pada 5 Jul yang lalu. 

Beliau telah menjelaskan beberapa contoh mengenai cara perusahaan boleh menyokong pekerja mereka yang juga Anggota Khidmat Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen), seperti mengatur kakitangan lain untuk menggalas tugas mereka apabila mereka melapor diri untuk latihan NS. 

"Sama seperti mereka (NSmen) berusaha untuk melakukan yang terbaik di tempat kerja … NSmen kami juga berharap untuk menjalankan tugas mereka sebagai warga Singapura bagi melindungi dan mempertahankan negara kami." 

"Walau bagaimanapun, mereka hanya boleh berbuat demikian dengan sokongan dan jaminan anda bahawa kerjaya mereka tidak akan terhalang kerana mereka tidak berada di pejabat atas sebab berkhidmat untuk negara." 

Kata-kata beliau tidak terhenti setakat itu apabila para pemimpin perniagaan, sebagai wakil daripada 29 buah syarikat melafaz ikrar sokongan mereka untuk program Khidmat Negara (NS) dengan menandatangani Perakuan Sokongan NS pada acara anjuran SICC. Dalam ucapan beliau, Dr Maliki juga memuji usaha hebat komuniti perniagaan dalam memperingati 50 tahun penubuhan NS. 

Beliau berkata: "Setiap satu sumbangan diambil kira dan setiap keputusan majikan yang menunjukkan pemahaman dan sokongan terhadap anggota khidmat negara kami, melalui cara kecil atau besar, banyak menyumbang ke arah peranan yang dimainkan oleh kami dalam urusan pertahanan Singapura." 

Sehingga kini, lebih 100 pedagang, seperti Singapore Airlines dan Resorts World Sentosa, menawarkan tawaran istimewa bagi menunjukkan penghargaan mereka untuk NSmen. Tawaran-tawaran ini akan berlangsung dari 30 Jun hingga 10 Ogo. 

Sebagai tambahan, pengendali pengangkutan awam juga menawarkan tambang percuma kepada NSmen pada 30 Jun, bagi meraikan Hari SAF pada 1 Jul. 

Semasa ucapan beliau Dr Maliki juga membicarakan tentang cabaran keselamatan yang sedang dihadapi Singapura, seperti keganasan, jenayah siber dan ketegangan geopolitik yang berlanjutan. 

Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini, warga Singapura perlu bersatu hati dan berdaya tahan, tegas Dr Maliki. Untuk mencapainya, komuniti perniagaan perlu memainkan peranan dalam memastikan kesinambungan perniagaan dan ekonomi terus berkembang maju. 

Skim akreditasi tanda NS merupakan salah satu idea yang timbul daripada sesi penglibatan orang awam menyeluruh Jawatankuasa bagi Memperkukuhkan NS (CSNS) yang berlangsung selama setahun. 

Susulan penerimaan cadangan CSNS oleh Pemerintah pada tahun 2014, Majlis Khidmat Nasihat mengenai Perhubungan Komuniti dalam Pertahanan (ACCORD) membangunkan selanjutnya skim akreditasi tanda NS. Untuk maklumat lanjut tentang skim tersebut, sila lungsuri laman sesawang rasmi www.mindef.gov.sg/nsmark/.

Dr Maliki (tengah) sedang berinteraksi dengan ahli SICC dan peserta. Pada acara tersebut, beliau memuji komuniti perniagaan atas sokongan padu mereka untuk NS. Bersama beliau ialah Ketua Eksekutif SICC Victor Mills (dua dari kanan).
Dr Maliki bercakap tentang kepentingan sokongan dan majikan untuk NS.
Profesor Arnoud De Meyer (kiri), Presiden Universiti Pengurusan Singapura, menandatangani Perakuan Sokongan NS, sambil diperhatikan oleh Dr Maliki.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story