Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/29jun20_photo17bfa0777-0dc1-4e30-bafe-26632acc3eee.jpg?sfvrsn=adb0477c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/OPERASI-KRITIKAL-MESTI-DITERUSKAN-SAMBIL-S-39-PURA-MEMERANGI-ANCAMAN-COVID-19-DR-NG
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/OPERASI-KRITIKAL-MESTI-DITERUSKAN-SAMBIL-S-39-PURA-MEMERANGI-ANCAMAN-COVID-19-DR-NG
OPERASI KRITIKAL MESTI DITERUSKAN SAMBIL S'PURA MEMERANGI ANCAMAN COVID-19: DR NG
29 Jun 2020 | OPS & TRAINING

OPERASI KRITIKAL MESTI DITERUSKAN SAMBIL S'PURA MEMERANGI ANCAMAN COVID-19: DR NG

MENGEKALKAN KEUPAYAAN KRITIKAL, MENYAMBUNG LATIHAN DAN MEMPERKUATKAN SUMBER BAGI MEMENUHI CABARAN KESELAMATAN BAHARU – MENTERI PERTAHANAN DR NG ENG HEN MENGGARISKAN PELAN UNTUK SAF SEMASA DAN SELEPAS PANDEMIK.

Walaupun sedang bertarung dengan pandemik COVID-19, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) tidak pernah mengkompromikan operasi keselamatan.

Unit-unit terus melaksanakan operasi kritikal seperti pertahanan pulau dan perlindungan pangkalan utama, di samping keselamatan maritim, pertahanan udara serta membanteras keganasan.

Ini berjaya dilaksanakan melalui langkah-langkah keselamatan seperti kohort, serta pengorbanan anggota-anggota lelaki dan wanita yang tinggal di kem dan memilih untuk berjauhan daripada keluarga agar mereka boleh melaksanakan dengan selamat tugas mereka.

Walau sedang bertarung dengan pandemik COVID-19, MINDEF dan SAF tidak pernah mengkompromikan operasi keselamatan, kata Dr Ng.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menyatakan yang sedemikian semasa temu bual Hari SAF tahunannya pada 25 Mei. Dia bercakap kepada media melalui persidangan video sebelum Hari SAF pada 1 Jul.

Dia menyatakan bahawa perancangan dan pelaksanaan operasi penting untuk pertahanan berterusan Singapura semasa pandemik ini.

"(Wujud juga) disiplin yang sangat kuat dan kesetiakawanan, dan orang memahami misi mereka."

Lebih daripada 2,000 anggota SAF menyokong tiga pusingan pengedaran topeng muka yang berjumlah 15.2 juta topeng muka untuk penduduk di seluruh pulau.

Menyumbang kepada operasi COVID-19

Sejak penularan wabak ini, lebih daripada 6,000 anggota-anggota lelaki dan wanita daripada MINDEF, SAF dan organisasi berkaitan MINDEF telah terlibat dengan usaha nasional untuk memerangi virus ini. Ini termasuk Anggota-anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) dan bekas Anggota tetap yang dengan suka rela membantu.

 

Kemudahan Penjagaan dan Pemulihan Masyarakat yang diintegrasikan di Pusat Pameran Changi, yang telah diwujudkan oleh sembilan organisasi berkaitan MINDEF, telah menyediakan penjagaan kepada lebih 8,000 pesakit setakat ini.

Masyarakat pertahanan memusatkan segala usaha dalam memerangi COVID-19 – daripada mengesan kenalan dan mengedarkan topeng muka kepada mewujudkan kemudahan dan menyediakan penjagaan kesihatan.

Setakat ini, kemudahan-kemudahan ini telah menyumbang lebih kurang 10,000 katil dan menyediakan penjagaan kepada lebih 29,000 pesakit. Semua ini telah membantu mengelakkan sistem penjagaan kesihatan awam daripada terbeban, kata Dr Ng.

Sistem pemeriksaan suhu kendiri tanpa sentuh, yang dibangunkan oleh DSTA dan syarikat kejuruteraan tempatan HOPE Technik, akan digunakan di 70 lokasi pengangkutan awam di seluruh pulau sehingga Ogos 2021.

Lebih banyak usaha sedang dilaksanakan ketika 1,700 pekerja asing mula berpindah ke asrama sementara di National Service Resort and Country Club (Kranji) dari Julai.

Masyarakat teknologi pertahanan, seperti Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), DSO Makmal Nasional (DSO) dan syarikat-syarikat Singapore Technologies juga telah meningkatkan usaha untuk menyumbang ke arah perjuangan menentang COVID-19 dalam bidang teknologi. Ini termasuk membangunkan sistem pemeriksaan suhu kendiri yang telah digunakan di 70 stesen dan persilangan pengangkutan awam dari hujung Jun.

BMT, kembali pada hujung Mei dengan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan. ICT dan latihan berkaitan IPPT akan dimulakan semula mengikut fasa dalam beberapa bulan akan datang, bergantung kepada situasi COVID-19 semasa.

Latihan bermula semula

Ketika Singapura memasuki Fasa 2, latihan untuk tentera juga secara beransur-ansur disambung semula.

Sekolah latihan SAF seperti Sekolah Pegawai Kadet dan Sekolah Kadet Pakar telah mula berlatih dan beroperasi dengan langkah berjaga-jaga kesihatan serta langkah keselamatan dilaksanakan. Latihan Asas Tentera (BMT), yang telah digantung semasa tempoh pemutus litar telah disambung semula dari 26 Mei.

NSmen boleh menjangkakan Latihan dalam Kem untuk dimulakan semula dalam beberapa bulan yang akan datang dengan Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT), Latihan Persediaan dan Latihan Pemulihan IPPT di Pusat Penyesuaian Kecergasan yang dimulakan semula mengikut fasa.

Lebih banyak latihan luar negara akan dimulakan semula kes demi kes, dengan RSS Supreme menyertai dalam Latihan RIMPAC pelbagai hala pada Julai. Latihan ini akan dilaksanakan secara keseluruhan di laut tanpa interaksi fizikal antara peserta.

Latihan luar negara akan disambung semula secara beransur-ansur. Contohnya, frigat RSS Supreme kelas Formidable Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) akan mengambil bahagian dalam latihan Lingkaran Pasifik atau RIMPAC, menjelang Julai.

Lathan maritim multinasional ini akan bertempat di perairan Hawaii dan dijangka akan melibatkan 24 kapal dari 11 negara. RSS Supreme akan mengetuai sekumpulan kapal untuk latihan peperangan dalam latihan.

Walaupun tiada mesyuarat fizikal antara anggota-anggota negara berbeza semasa latihan tersebut, RSS Supreme telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahannya sendiri.

Contohnya, sesetengah kabin telah dikonfigurasi semula menjadi ruang pengasingan. Pasukan perubatan di atas kapal juga dilengkapi dengan cara untuk mendiagnos jangkitan COVID-19.

"Anda perlu memastikan bahawa anda boleh meneruskan operasi walaupun berhadapan dengan (COVID-19). Adalah penting bagi RSN untuk memastikan mereka boleh melakukannya," kata Dr Ng.

Beliau menambah bahawa Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) sedang bekerja dengan rakan sejawat dari Australia untuk menyambung semula detasmen latihan penerbangan luar negara jangka pendek.

RSN telah menstrukturkan semula Markas MSTF dan MARSEC untuk memberi respons yang lebih baik kepada ancaman maritim yang semakin meningkat.

Menstrukturkan unit

Selain ancaman pandemik, SAF perlu terus menguatkan sumbernya untuk memenuhi cabaran keselamatan baharu. Satu cabaran, terutamanya, ialah keganasan

"Dalam mana-mana hari, lebih daripada seribu kapal melintasi pelabuhan kami. Dan terdapat peningkatan dalam kegiatan melanun dan rompakan laut… (Ini) telah meluaskan spektrum ancaman yang RSN perlu hadapi," kata Dr Ng.

Ini telah membawa kepada penstrukturan semula Markas Pasukan Petugas Keselamatan Maritim (MSTF) dan Keselamatan Maritim (MARSEC) RSN, yang telah dilaksanakan pada Mei.

Dari asalnya terdiri daripada hanya satu kumpulan, MSTF kini terdiri daripada dua kumpulan operasi: Kumpulan Keselamatan Laut dan Kumpulan Pasukan Pertahanan (FPG).

Kumpulan Keselamatan Laut bertanggungjawab atas operasi keselamatan maritim – seperti rondaan harian, pengawasan, dan operasi menaiki kapal dan mengiring – di perairan di sekeliling Singapura.

Sebaliknya, FPG mempertahankan negara daripada ancaman ke arah laut dan bertanggungjawab untuk pertahanan dan penguatkuasaan keselamatan di pangkalan laut. Sekiranya berlaku pencerobohan dari laut, pasukan tindakan pantas akan dikerah untuk memelihara perairan Singapura.

Membangunkan kepakaran yang lebih mendalam

Untuk mendalamkan lagi kepakaran anggota-anggota RSN, Markas MARSEC telah distrukturkan menjadi tiga flotila.

Ia dahulunya terdiri daripada Skuadron 182 (SQN), yang mengendalikan Kapal Misi Littoral, dan 194 SQN, yang mengendalikan kapal penyapu ranjau.

Yang terdahulu telah dinamakan semula Flotila 2, sementara yang kemudian dinamakan Flotila 6. Khususnya, Flotila 6 akan meneraju pembangunan keupayaan tanpa manusia kenderaan permukaan dan dalam air untuk RSN.

Satu lagi flotila – Flotila 9 – telah dicipta untuk melatih tentera pertahanan pangkalan dan tentera laut.

Kata Komander MSTF Colonel Yong Wei Hsiung: "Kami sentiasa mempunyai pasukan latihan di dalam skuadron kami, tetapi kami mahu meningkatkan kerumitan latihan agar orang kita mempunyai peluang untuk membangunkan kepakaran yang lebih mendalam dalam peranan dan tugas mereka…(dan) mereka bersedia (jika krisis berlaku)."

Untuk menangani rompakan laut dan kegiatan melanun, empat Kapal Ronda yang telah diubah suai juga telah dimasukkan kepada RSN. Dilengkapkan dengan suite keupayaan yang kurang maut seperti silau laser untuk menghalang pelaku, kapal-kapal ini akan bersedia untuk tugas operasi dalam beberapa bulan yang akan datang.

Empat F-35Bs dijangka akan dihantar kepada RSAF menjelang 2026. Jet pejuang canggih akan menggantikan F-16 yang penggunaannya akan dihentikan selepas 2030.

Kekal di landasan

Dr Ng juga mengemaskinikan maklumat mengenai pemerolehan aset SAF, dan projek latihan.

Pemerolehan Jet Pejuang Penyerang Bersama F-35 kekal di landasan dan empat F-35Bs akan dihantar menjelang 2026.

Sistem misil Aster-30 RSAF seperti dijadualkan akan mencapai Keupayaan Operasi Awal dan akan disediakan untuk operasi 24/7 dalam beberapa bulan yang akan datang. Ia akan menggantikan sistem pertahanan udara berasaskan darat I-Hawk.

Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 RSAF juga dijangkakan akan mencapai Keupayaan Operasi Penuh dalam beberapa bulan yang seterusnya.

Sebaliknya, akan terdapat kelewatan dalam penghantaran Helikopter Angkat Sederhana H225M dan Helikopter Angkat Berat CH-47F. Disebabkan gangguan rantaian bekalan yang timbul daripada pendemik COVID-19, kedua-dua pesawat udara akan dihantar awal 2021 berbanding penghujung 2020.

Begitu juga, kapal selam kelas Invincible pertama RSN dijangka akan dihantar ke Singapura menjelang 2022, berbanding 2021.

Bagaimanapun, penggantian Korvet Misil kelas Victory RSN dengan Kapal Tempur Pelbagai Peranan (MRCV) masih diteruskan sebagaimana yang dirancang, dengan enam MRCV dijangka akan dihantar menjelang 2030.

Dr Ng juga berkata bahawa Pasukan Petugas Pertahanan Pulau (IDTF) SAF akan menubuhkan batalion Pemerintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer serta Pengawasan dan Peninjauan Risikan.

Dilengkapkan dengan sensor dan sistem analitik data bagi menyokong keperluan risikan dan operasi IDTF, ia akan menguruskan Sistem Maklumat Pemerintah dan Kawalan yang dipertingkatkan, di samping sistem perhubungan digital IDTF. Batalion baharu ini akan dirasmikan pada hujung tahun ini.

RSAF akan menubuhkan detasmen latihan pejuang di Guam yang akan disempurnakan menjelang 2029 bagi menyediakan ruang udara yang mencukupi untuk latihan berskala besar.

Projek latihan luar negara dan tempatan

Di Australia, pembinaan Kawasan Latihan Shoalwater Bay yang diluaskan – termasuk kemudahan latihan utama seperti Lapangan Darat-Udara Senjata Gabungan dan Kemudahan Penembakan Peluru Hidup Operasi Urban – berada di landasan yang betul untuk bermula lewat tahun ini dan siap pada 2024, kata Dr Ng.

Penubuhan Detasmen Latihan Jet Pejuang RSAF di Pangkalan Angkatan Tentera Udara Andersen di Guam juga sedang berjalan lancar tanpa kelewatan besar dijangkakan. Dijangka siap pada 2029, detasmen ini akan membenarkan RSAF melaksanakan latihan yang lebih rumit, realistik dan berskala besar bagi menajamkan keupayaannya.

Di tanah air pula, pembinaan SAFTI City telah digantung semasa tempoh pemutus litar, yang menyebabkan kelewatan dianggarkan selama enam hingga sembilan bulan. Ini melewatkan tarikh siapnya selama setahun, ke 2024.

Menyesuaikan diri dengan normal baharu.

Sambil Singapura meneruskan perjuangan memerangi pandemik, SAF juga harus berjuang sama, kata Dr Ng.

"SAF mesti bergerak ke hadapan; ia merupakan usaha nasional. Jika kita tidak menghadapi epidemik ini di peringkat tempatan, ia akan menjadi tidak terkawal dan membebankan sistem penjagaan kesihatan yang akan memberi kesan kepada keselamatan (juga)."

Unit-unit Perkhidmatan Negara (NS), seperti unit hospital pembedahan tempur, juga telah dikerah untuk menyokong penjagaan Kemudahan Penjagaan Masyarakat di Singapore EXPO.

Anggota-anggota perubatan SAF telah dikerah untuk membantu mengendalikan Kemudahan Penjagaan Masyarakat di Singapore EXPO.

Namun walaupun SAF menyumbang ke arah perjuangan memerangi COVID-19, ia tidak boleh berkompromi tentang operasi kritikal. Sementara SAF terus melatih sebanyak boleh semasa tempoh ini, Dr Ng berharap para askar boleh menajamkan keupayaan mereka dalam latihan luar negara tidak lama lagi.

Dr Ng juga menyatakan bahawa Jawatankuasa Penilaian Semula NS, yang sebelum ini diumumkan semasa debat Jawatankuasa Pembekalan pada awal Mac, menunjukkan kemajuan yang bagus dan akan boleh menyediakan lebih banyak butiran mengenai bahagian yang dinilai semula secara progresif.

Ini termasuk memadankan kemahiran bidang kepada kerjaya dengan lebih baik, dan memperbaiki hasil dan kecekapan aktiviti-aktiviti Sedia Operasi NS seperti IPPT dan sistem Make-Up Pay.

"Kita perlu memberi respons pantas kepada dunia pasca COVID," rumus Dr Ng.

"Sambil kita menyesuaikan amalan kita, kita kekal teguh dalam komitmen kita untuk memelihara SIngapura dan kepentingan kita. Komitmen MINDEF dan SAF terhadap keselamatan nasional akan berterusan dengan sokongan teguh negara dan rakyat kita.

Suggested Reading
04sep24_news1_photo0
Cover story
Tekong – Rumah Dapur OG
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

Bagaimana makanan di rumah dapur Pulau Tekong apabila dibandingkan dengan kem lain? Kami menyiasat.

Feature
Dari Pantai ke Pantai
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

She used to serve on the RSS Stalwart telah berlayar lebih daripada 20,500km setakat ini, dan telah menyertai pelbagai latihan. 

Cover story
Baik, Tuan!
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

Kita semua pernah bertemu dengan panglima-panglima yang menarik semasa Latihan Asas Tentera (BMT) yang akan kita ingati selamanya. Adakah anda mengenali mana-mana yang berikut?

Feature
Kunjungan Pertama Encik Lawrence Wong ke BMTC sebagai Perdana Menteri
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

She used to serve on the Beliau menyertai dua syarikat rekrut dalam satu larian, dan mengambil bahagian dalam latihan kekuatan dan penyesuaian serta sesi latihan teknikal SAR 21.

WhatsApp Image 2024-09-10 at 14.41.34
Mengatasi cabaran untuk lulus sebagai pakar SAF
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

Bagi kebanyakan lelaki muda Singapura, mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS) boleh menjadi proses yang menakutkan, terutamanya jika mereka tidak pasti apa yang diharapkan. Selalunya, budak-budak ini memasuki Pulau Tekong dengan keselesaan ahli keluarga mereka menghantar mereka pergi.

Feature
Anjing tentera bersara menemui rumah selamanya.
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

She used to serve on the Selepas menghabiskan sebahagian besar hidup mereka dalam perkhidmatan, anjing-anjing tentera ini mencari rumah untuk Tarikh Sedia Beroperasi "ORD" masuk.

13aug24_news1_ms
Cover story
Aset yang Tidak Ternilai
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

Apakah barangan yang dibawa oleh operator Pasukan Keselamatan Laut Bersama (ASSeT) Tentera Laut Republik Singapura ketika mereka menjalankan operasi pemeriksaan dan penggeledahan kapal komersial di laut?

30jul24_news1_photo1_zh
Jenis-jenis Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang Anda Temui Semasa ICT
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

Opportunis atau jurujual. Yang selalu bertukar pekerjaan. Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang kelihatan semakin gemuk setiap tahun. Siapakah kawan NS anda?

26jul24_news1_photo1_ms Feature
Menghormati SM Lee atas Sumbangan beliau kepada SAF
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

She used to serve on the Lama sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, beliau adalah BG Lee, seorang Pegawai Artileri yang berkhidmat dan membantu membentuk SAF yang kita lihat pada hari ini.

01aug24_news1_photo1
Bercita-cita untuk menyumbang kepada pertahanan Singapura
OPS & TRAINING
29 Jun 2020

Tahun ini, sebanyak 105 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah dihadiahkan. Kami bercakap dengan tiga penerima untuk mengetahui perjalanan dan cita-cita mereka kerana mereka merancang untuk mengambil pelbagai peranan dalam SAF.