NIGHTINGALE DI MEDAN LAPANGAN

12jan22-photo1cropped2 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/12jan22-photo1cropped2.jpg?sfvrsn=cafe2106_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NIGHTINGALE-DI-MEDAN-LAPANGAN
NIGHTINGALE DI MEDAN LAPANGAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NIGHTINGALE-DI-MEDAN-LAPANGAN
12 Jan 2022 | PEOPLE

NIGHTINGALE DI MEDAN LAPANGAN

Masih tidak terlewat untuk mengejar impian anda: Dalam siri "Dari Meja ke Medan Lapangan" PIONEER, ketahui apakah alasan ME4 Nur Fadilah Bte Jubir, bekas jururawat dan sukarelawan SAFVC, menukar skrubnya dengan lesu hijau!

// KISAH TEO JING TING

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN ME4 FADILAH

ME4 Fadilah mendaftar sebagai Pakar Perubatan Kanan Tentera untuk mengejar impiannya dalam bidang ketenteraan dan kejururawatan.
English 华文
English 华文

Dia sering memberitahu orang lain bahawa dialah anak lelaki yang tidak dipunyai ayahnya, dan menganggap Mulan sebagai salah satu filem kegemarannya. Sejak kecil lagi, Pakar Tentera (ME) 4 Fadilah berminat untuk menjadi anggota tentera.

Tetapi, minatnya dalam bidang kejururawatan dan penjagaan kesihatan membawanya ke arah yang lain pada awalnya – dia menjadi jururawat am di Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) dan bertugas di dewan bedah dan jabatan kecemasan selama lima tahun.

Apabila Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) membuka pintunya, dia mengambil peluang untuk mendaftar dalam pengambilan pertama mereka pada Mac 2015.

Sebahagian daripada keluarga SAFVC

Ketika itu, SV2 Fadilah yang bertugas sebagai Askar Keselamatan Auksiliari, telah dikerahkan untuk membantu dalam operasi keselamatan dalam pelbagai acara seperti Perbarisan Hari SAF pada 2016. Dia juga menyertai Kontinjen Sukarelawan Pasukan Rumah dan SAF yang julung kali diadakan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan pada 2019.

Apabila ikatan lima tahunnya dengan NTFGH berakhir pada 2020, dia mengambil keputusan untuk membina kerjaya dengan Tentera Darat sebagai Pakar Perubatan Kanan Tentera (MME) dalam Kor Perubatan SAF.

ME4 Fadilah (dua dari kiri) adalah sebahagian daripada Kontinjen Sukarelawan sulung pada Perbarisan Hari Kebangsaan 2019.

"Saya benar-benar seronok menganggotai angkatan tentera kerana saya dapat menikmati sifat setiakawan yang kukuh, dan belajar tentang kepimpinan," jelas ME4 Fadilah, yang merupakan anak kedua daripada empat anak perempuan.

"Saya juga memandang berat terhadap Perkhidmatan Negara (NS) dan ingin menyumbangkan kemahiran dan pengalaman klinikal saya yang berkaitan kepada SAF. Dengan menyertai Tentera Darat saya boleh meneruskan minat saya dalam bidang kejururawatan di samping menunaikan kewajipan saya kepada negara."

Dengan hasrat tersebut, dia segera mendaftar diri pada 31 Mac 2020.

Kekal teguh

Latihan Asas Tentera (BMT), bagaimanapun, tidaklah seperti biasa. Semasa langkah-langkah pemutus litar di seluruh negara pada tahun lepas, BMT digantung dan dia terpaksa menghadiri pelajaran asas tentera dalam talian di rumah. Ia merupakan salah satu tempoh yang paling sukar baginya.

"Saya berbelah bagi sama ada untuk kekal (dalam SAF) dan kembali ke bidang kejururawatan, kerana semua rakan saya (dalam bidang kejururawatan) sedang melawan COVID-19 manakala saya pula menunggu kelulusan untuk kembali ke BMTC (Pusat Latihan Asas Tentera)," jelas ME4 Fadilah.

Dia juga meminta nasihat daripada orang lain sama ada untuk terus kekal, dan diberitahu bahawa dia berupaya memberi sumbangan yang lebih besar sekiranya dia kekal tetap di sana.

"Peranan saya di hospital adalah penjagaan pesakit satu persatu, manakala di SAF saya boleh memainkan peranan yang lebih besar seperti perancangan operasi."

Menurut ME4 Fadilah lagi setelah melihat bagaimana SAF menyumbang secara ketara kepada operasi COVID-19 semasa pandemik–daripada menyediakan kemudahan penginapan dan penjagaan perubatan kepada pentadbiran penjagaan kesihatan–mengesahkan keputusannya.

ME4 Fadilah (kiri) sedang melatih Mod Penilaian Pesakit (PAM) semasa menjalani Kursus Pakar Perubatan Kecemasannya. PAM adalah rangka kerja yang diguna oleh paramedik untuk menilai pesakit di medan lapangan sebelum dihantar ke hospital.

Memandangkan dia seorang yang cergas dan bersukan, dia tidak menghadapi masalah untuk menjalani latihan fizikal semasa menyertai Sekolah Kadet Pegawai (OCS).

Meskipun begitu, dia perlu lebih berhati-hati apabila menjalani pemulihan selepas latihan kerana dia takut mencederakan belakangnya kerana menghidap skoliosis kecil sebelum ini.

Pegawai berusia 30 tahun itu masih teringat perasaan terharu dan beremosi semasa perbarisan laluan selepas latihan di kawasan lapangan.

"Saya memakai Perintah Pertempuran Penuh, membawa Matador dan merentas melalui tumbuh-tumbuhan di kawasan yang tidak rata. Saya menangis dalam gelap kerana ia amat menjerihkan secara fisikal, dan saya tertekan dan bimbang tentang belakang saya," kata ME4 Fadilah, yang berusia kira-kira sedekad lebih tua daripada rakan kadetnya.

Apa yang mendorongnya untuk terus bertahan adalah keinginannya untuk menjadi teladan mereka.

"Saya amat yakin dengan NS dan saya rasa ia adalah sesuatu yang penting. Jika mereka melihat a jie jie ini (Bahasa Cina untuk "kakak") boleh melakukannya, mereka juga tidak akan mudah berputus asa."

ME4 Fadilah (latar depan) mengikat mangsa ke pengusung semasa komponen kawasan lapangan semasa menjalani Kursus Kadet Pegawai Perubatannya.

Melepasi zon keselesaannya

Sebagai pelatih dalam Kursus Pakar Perubatan Kecemasan dari Januari hingga Mei 2021, ME4 Fadilah belajar tentang kemahiran kepimpinan, melatih medik, serta merancang dan menyelaras tugasan logistik dan operasi.

Ia merupakan perubahan yang dialu-alukan daripada peranannya sebelumnya di NTFGH, yang lebih tertumpu pada penjagaan pesakit.

Sebagai pegawai kejururawatan SAF, dia dicabar untuk berfikir di luar kotak, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak dapat diduga.

"Sebagai jururawat tentera, sukar untuk mengetahui apa yang bakal berlaku di kawasan lapangan. Berbanding dengan persekitaran hospital, anda mungkin tidak ada radas tertentu dalam tangan dan terpaksa menyesuaikan diri dengan apa yang sedia ada," kata ME4 Fadilah.

Inilah sebabnya alumni Maktab Rendah Saint Andrew itu ingin mengasah kemahiran kepimpinan dan perancangannya.

"Tidak seperti di hospital awam, setiap peranan dijelaskan dengan terperinci dalam skop tugasan mereka, MME kanan perlu menyesuaikan diri dan berdaya tahan untuk menangani sebarang cabaran yang tidak diduga untuk melaksanakan dan mengetuai misi yang kompleks (di lapangan)."

ME4 Fadilah, yang dilantik sebagai Pakar Kanan Tentera pada 12 Jan, berazam untuk mendalami pengetahuan perubatan dan kemahiran medik NSF dan NSman dengan pengalaman kejururawatannya.

Mengejar impian

Selepas menamatkan pengajian Kursus Pakar Perubatan Kecemasan pada Mei 2021, ME4 Fadilah menghadiri Kursus Kadet Pegawai Perubatan dari Julai hingga Oktober sebelum dilantik sebagai Panglima Platun (PC) dalam Pasukan Respons Perubatan.

Selain bertungkus-lumus dalam latihan, dia mengambil kesempatan untuk melihat keadaan dari perspektif yang segar, terutamanya daripada rakan pelatih yang tidak mempunyai ijazah kejururawatan.

"Kami semua mempunyai set kemahiran yang berbeza, justeru ini adalah peluang yang baik untuk saling mempelajari sesama sendiri."

Ibu bapa ME4 Fadilah sedang menyemat epaulet baharunya.

Selepas menamatkan pengajian sebagai MME kanan pada 12 Jan, dia akan ditugaskan di Pasukan Respons Perubatan sebagai PC dan bertanggungjawab merancang dan mengurus latihan medik Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa(NSF).

"Pengalaman saya akan memberi mereka pengetahuan tentang kemahiran perubatan yang lebih mendalam, yang akan membantu mereka semasa di medan lapangan," kata ME4 Fadilah, yang berkelulusan ijazah kejururawatan dari Universiti Kebangsaan Singapura.

Walaupun dia teruja dengan masa depannya, ME4 Fadilah bertekad untuk mengorak setiap langkah dengan perlahan-lahan. "Saya seorang yang mudah teruja, oleh itu saya perlu belajar untuk menguruskan jangkaan saya dengan teliti.

"Saya berada di tempat yang diingini dan saya mahu menikmati segala yang saya lakukan di sini.”

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
12 Jan 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
12 Jan 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
12 Jan 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
12 Jan 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
12 Jan 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
12 Jan 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
12 Jan 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
12 Jan 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
12 Jan 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
12 Jan 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.