DIPLOMACY
NEGARA-NEGARA ADMM-PLUS INGIN MENGGUNAKAN KOD UDARA: DR NG
20 Oct 2018
Dengan jumlah gabungan tentera seramai 25 juta daripada 10 negara ASEAN dan lapan negara-negara yang menghadiri Mesyuarat menteri-menteri pertahanan ASEAN-Plus, kumpulan ini mempunyai peratusan kuasa ketenteraan yang tinggi di dunia.
Dengan jumlah gabungan tentera seramai 25 juta daripada 10 negara ASEAN dan lapan negara-negara yang menghadiri Mesyuarat menteri-menteri pertahanan ASEAN-Plus, kumpulan ini mempunyai peratusan kuasa ketenteraan yang tinggi di dunia.
Jadi adalah penting untuk semua 18 negara untuk mempersetujui garis pandu udara pelbagai hala pertama di dunia (GAME), kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen selepas ADMM-Plus ke-lima yang diadakan pada 20 Oktober.
Lapan negara Plus adalah Australia, China, India, Japan, New Zealand, Republik Korea, Persekutuan Rusia, dan Amerika Syarikat (US). Rangka kerja GAME telah ditandatangani oleh menteri-menteri pertahanan ASEAN di dalam Deklarasi Bersama di ADMM ke-12, berlangsung di Hotel Shangri-La pada 19 Oktober.
Garis panduan untuk meningkatkan keselamatan operasian udara, GAME boleh diaplikasikan pada pertembungan pesawat tentera yang tidak dijangka di perairan dan menerangkan keperluan berkomunikasi yang sesuai bagi mengekalkan jarak yang selamat dan mengelakkan pergerakan yang cuai.
Dr Ng juga berkata, ahli negara-negara Plus bersetuju untuk menggunakan rangka kerja GAME. Persetujuan ini ada di dalam Kenyataan Bersama mengenai langkah-langkah praktikal membina keyakinan yang telah dibincangkan pada ADMM-Plus ke lima. Kenyataan kedua yang dibentangkan adalah mengenai menghalang dan menentang ancaman pengganas.
Melihat sebagai satu pencapaian yang signifikan, Dr Ng berkata: "Ia adalah satu permulaan yang baik, kita telah mengambil langkah yang kukuh untuk membina keyakinan, supaya, jika berlakunya pertembungan yang tidak dijangka (pesawat tentera), kedua-dua pihak tahu untuk bertindak."
Latihan Pelbagai Hala
Mengulas mengenai latihan ASEAN-China dan latihan maritim ASEAN-US yang akan datang, Dr Ng berkata latihan-latihan ini menekankan dan menguatkan pemusatan ASEAN.
"Adalah lebih bagus tentera berjumpa bersama bertentangan mata, berbincang bersama daripada berada di meja yang bertentangan dengan isu perbalahan. Jadi ia adalah isyarat yang positif," kata Dr Ng, menambah beliau sangat ternanti-nanti untuk untuk melawat latihan ASEAN-China di Zhanjiang, China, minggu depan.
Untuk latihan maritim ASEAN-US pada tahun depan, beliau berkata ia akan dijalankan di perairan negara-negara ASEAN.
Dr Ng juga menyedari walaupun sekecil mana pun ASEAN, mempunyai suara kolektif mampu membantu menenangkan isu-isu di antara negara-negara besar seperti China dan US.
"Kami sangat gembira mendengar, contohnya, daripada Jenaral Wei (menteri pertahanan Cina) menyatakan kestabilan dan keselamatan berada di tempat yang teratas di minda pemimpin dari China itu, begitu juga Encik Mattis (Setiausaha Pertahanan US)."
Walaupun dia mengetahui kepentingan untuk mengadakan latihan berskala besar bersama negara-negara ADMM-Plus, untuk membina keyakinan dikalangan negara-negara ahli, Dr Ng juga menyedari ia memerlukan banyak perancangan logistik.
Sementara itu, ADMM-Plus merancang untuk membenarkan pemerhati yang terpilih dari negara-negara bukan ahli ADMM-Plus untuk menyertai mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar untuk mengcungkil kepakaran mereka. Ini akan bermula tahun hadapan.
Program Professional Juruterbang di antara ASEAN dan Jepun
Dr Ng juga mempengerusikan mesyuarat sarapan pagi tidak rasmi di antara menteri-menteri pertahanan dan menteri pertahanan Jepun Takeshi Iwaya pada 20 Oktober.
Menyedari tahun ini menandakan Ulangtahun persahabatan dan kerjasama ASEAN-Jepun yang ke-45, Dr Ng berkata beliau berharap hubungan pertahanan ASEAN-Japan dapat diteruskan dan bertambah kuat.
Encik Iwaya menjawab dengan penuh keyakinan bahawa hubungan kerjasama ASEAN-Jepun akan diteruskan dan berkata hubungan pertahanan ASEAN-Japan adalah penting bagi Jepun. Beliau juga mengumumkan Program Juruterbang Professional bagi meningkatkan keyakinan diantara Angkatan Tentera Udara Jepun dan perkhidmatan udara ahli negara-negara ASEAN.
"Dengan mempelawa pegawai-pegawai perkhidmatan udara dari ASEAN ke Jepun, matlamat program ini adalah untuk berkongsi nilai-nilai bersama dan memastikan peraturan diikuti. Jepun menghormati keperluan ASEAN untuk menggalakkan kerjasama pertahanan, dan kami menyedari kepentingan perhubungan dengan ASEAN," kata Encik Iwaya.
Penyerahan Jawatan Pengerusi
Penutup mesyuarat ADMM-Plus juga menandakan berakhirnya tugas Singapura sebagai pengerusi ADMM dan ADMM-Plus. Thailand akan mempengerusikan ASEAN pada tahun 2019.
Mengucap terima kasih kepada menteri-menteri pertahanan untuk sokongan yang telah diberikan sepanjang tahun lepas, Dr Ng berkata: "Bersama,kita boleh meningkatkan kerjasama yang praktikal diantara ahli-ahli ASEAN dan ahli Plus, dan menjadi tunjang peranan ADMM dan ADMM-Plus sebagai batu asas arkitek keselamatan rantau Asia Pasifik."
Beliau juga menyatakan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Thailand, menambah tahun hadapan akan menjadi satu lagi tahun yang sibuk untuk ASEAN dan rakan kongsinya untuk memupuk keyakinan dan kepercayaan, membina persahabatan dan menguatkan kapasiti kolektif untuk bertindak dala pelbagai cabaran keselamatan.
Dalam ucapan beliau, Jeneral Prawit berkata yang Thailan akan meneruskan kerjasama dan inisiatif yang telah dilakukan oleh Singapura tahun ini.
Beliau juga menggariskan beberapa bidang utama yang akan dilihat oleh Thailand sepanjang Thailand menjadi pengerusi seperti berurusan dengan cabaran bukan tradisional di rantau dengan memperkuatkan kerjasama pertahanan dan menyokong aktiviti untuk menggalakkan kerjasama perkongsian ke arah kemampanan keselamatan.
ALSO READ IN DIPLOMACY
DIALOG SHANGRI-LA MEMPERLIHATKAN PERBINCANGAN TERUS TERANG BERKAITAN ISU KESELAMATAN
04 Jun 2023
Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.
SLD KEKAL PLATFORM BERNILAI UNTUK PERBINCANGAN PENTING: DR NG
12 Jun 2022
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memberi ucapan tentang hubungan AS-China, kepentingan perintah berasaskan peraturan dan peranan ASEAN sebagai platform keselamatan serantau di Dialog Shangri-La (SLD) ke-19.
SINGAPURA DAN AS MEMBAHARUI PERJANJIAN PERTAHANAN
25 Sep 2019
Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani perjanjian untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MOU) 1990 Mengenai Penggunaan Kemudahan di Singapura oleh Amerika Syarikat pada 24 September.





