OPS & TRAINING
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SAF DI INDONESIA BERAKHIR
26 Oct 2018
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengakhiri misi bantuan 25 hari di Palu, Indonesia dengan kepulangan kru pesawat C-130 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada 26 Oktober.
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengakhiri misi bantuan 25 hari di Palu, Indonesia dengan kepulangan kru pesawat C-130 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada 26 Oktober.
Ekoran gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 28 September, SAF telah mengerahkan dua pesawat pengangkut C-130 dan anak-anak kapalnya ke Indonesia pada 2 Oktober. Mereka telah menyerahkan keperluan bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada khemah, makanan, minuman dan bekalan perubatan. Pesawat dan anak-anak kapal kekal di Indonesia bagi membantu pihak berkuasa Indonesia di dalam usaha bantuan.
Pesawat pertama C-130 tiba pada 17 Oktober sementara pesawat ke dua mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar sekitar jam 10 am pada 26 Oktober. Walaupun mereka berasa gembira untuk pulang ke Singapura, perasaan mereka adalah suram ketika berada di Palu, sebuah bandar di Sulawesi, Indonesia yang dilanda bencana.
Mengingati kembali kemusnahan yang berlaku, pakar tentera 4 Brian Rezel berkata: "Kami hanya dapat melihat bumbung tertonjol keluar dari lumpur – seluruh kawasan ditenggelami lumpur." beliau mengatakan pengalaman itu telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau.
Salah satu daripada tugas RSAF adalah untuk mengangkut mangsa keluar dari Palu ke tempat yang lebih selamat. "Ada satu masa itu, seorang wanita tua menghampiri saya dan memegang tangan saya dan mengucapkan terima kasih," Pakar Tentera 4 Rezel mengingati.
Walaupun semua kru berasa penat (mereka biasanya bekerja 11 jam sehari dari pukul 6am hingga 5pm), tindakan kecil sebegini membantu mengingatkan mereka impak dari kerja-kerja bantuan mereka, kata Jurutera Angkatan Tentera Udara itu.
Pasukan RSAF juga bekerjasama dengan rakan sejawatan dari Indonesia untuk menghantar makanan dan bekalan perubatan ke kawasan pendalaman Palu.
Ketika berada di sana, pasukan tersebut terpaksa melakukan tugasan yang berbeza daripada operasi seharian mereka, kata Panglima Kontinjen Kebangsaan Leftenan Kolonel Oh Chun Keong.
"Masa adalah terhad kerana kawasan di sana sangat sesak dan jadual penerbangan sangat padat. Tetapi kami bekerjasama dengan pasukan Indonesia dan kami dapat menyelesaikan tugas kami dengan segera," tambah Leftenan Kolonel Oh.
Secara keseluruhan, RSAF telah terbang di dalam 90 operasi, mengangkut hampir 800 mangsa keluar dari kawasan bencana dan membawa lebih daripada 250 ton bantuan keperluan kemanusiaan.
Situasi di Palu sudah mula pulih, tambah Leftenan Kolonel Oh. "Walaupun masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memulihkan dan membina semula Palu, saya yakin rakyat Indonesia mampu melakukannya," kata beliau.
Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong, Panglima Tentera Udara Mejar-Jeneral Mervyn Tan dan pegawai-pegawai kanan SAF menyambut kepulangan kru pesawat kedua C-130 PLAB pada 26 Oktober.
Bagi Kapten Elson Wong, kepulangan kali ini lebih istimewa kerana dia dapat bersatu semula dengan isteri beliau, Yi Jie dan anak perempuan mereka yang baru berumur 6 minggu, Amellia.
Isteri beliau banyak memberi sokongan sepanjang pemergian beliau selama 3 minggu, ujar Kapten Wong. Ia juga amat membantu apabila beliau dapat berhubung dengan keluarga beliau dengan telefon bila ada masa terluang.
"Saya lagi bersemangat (untuk bekerja keras) kerana saya boleh membuat panggilan video kepada mereka apabila habis bekerja," kata pemandu arah di atas pesawat C-130 ini.
"Walaupun berada sejauh 700 batu dari rumah, saya dapat melihat anak saya dan ia membuat saya rasa saya ada berdekatan."
Sepintas lalu: Bantuan SAF di Indonesia
28 Sep: Gempa bumi dan tsunami melanda Sulawesi, Indonesia.
1 Okt: SAF menawarkan bantuan selepas Indonesia memohon bantuan antarabangsa.
2 Okt: Dua pesawat pengangkutan C-130 menghantar bantuan keperluan kemanusiaan yang terdiri daripada khemah, makanan, minuman dan keperluan perubatan.
3 Okt: Pesawat dan anak-anak kapal kekal di Indonesia untuk menyokong usaha bantuan.
17 Okt: Pesawat pertama pulang ke Singapura
26 Okt: Pesawat ke dua pulang ke Singapura
Secara keseluruhan, RSAF telah terbang di dalam 90 operasi, mengangkut hampir 800 mangsa keluar dari kawasan bencana dan membawa lebih daripada 250 ton bantuan kemanusiaan.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
06 Nov 2025
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
31 Oct 2025
SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.
EX WALLABY 25 – INTEGRASI DAN KOMPLEKSITI LEBIH HEBAT
25 Oct 2025
Edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesar SAF adalah peluang untuk skala yang diperluas dan integrasi yang lebih mendalam ke arah pasukan pejuang yang berkesan dan berangkaian.





