MENUNJUKKAN KEPRIHATINAN KEPADA WARGA EMAS, SATU KAD SETIAP MASA

15feb21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15feb21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=5dbcf625_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENUNJUKKAN-KEPRIHATINAN-KEPADA-WARGA-EMAS-SATU-KAD-SETIAP-MASA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENUNJUKKAN-KEPRIHATINAN-KEPADA-WARGA-EMAS-SATU-KAD-SETIAP-MASA
MENUNJUKKAN KEPRIHATINAN KEPADA WARGA EMAS, SATU KAD SETIAP MASA
15 Feb 2021 | COMMUNITY

MENUNJUKKAN KEPRIHATINAN KEPADA WARGA EMAS, SATU KAD SETIAP MASA

// Kisah Benita Teo

// Foto Chua Soon Lye, Ong Ji Xuan & ihsan 3SG (NS) Tan & 3SG (NS) Advait

(Berdiri, dari kiri) 3SG (NS) Tan dan 3SG (NS) Advait mengasaskan Hey, You Got Mail! bersama empat rakan untuk menghubungkaitkan golongan warga tua semasa penularan pandemik COVID-19.

Berapakah kosnya untuk menyebarkan kebahagiaan? Dua dolar. Itulah yang dipercayai oleh pengasas Hey, You Got Mail! Sarjan ke-3 (3SG) (NS) Triston Tan dan 3SG (NS) Advait Bharat Deshpande.

Membawa lebih kebahagiaan daripada teh bola

Rancangannya ringkas sahaja: dengan harga kurang daripada secawan teh bola, anda boleh menghantar kad tulisan tangan kepada orang yang anda sayangi mengatakan "Hi!", Dan Hey, You Got Mail! akan menghantar kad kepada warga emas yang menetap di rumah penjagaan.

Idea ini mula sekali bercambah pada April 2020, semasa pengumuman tempoh Pemutus Litar.

3SG (NS) Tan dan 3SG (NS) Advait–bersama rakan sekolah Victoria Junior College mereka Joanne Yep, Tan Wei Lin dan Park Jiwon, serta Jaslyn Muk (yang mereka temui semasa bermain permainan komputer) – ingin melakukan sesuatu untuk komuniti mereka.

Ke arah peningkatan baharu: Rakan pengasas Hey, You Got Mail! (dari kiri) 3SG (NS) Tan, Cik Muk, 3SG (NS) Advait, Cik Yep dan Mr Park. Ahli keenam ialah Cik Tan Wei Lin (tidak dalam gambar).

Sesudah menyaksikan banyak yang telah dikendalikan untuk warga kerja migran dan pekerja barisan depan, enam pengasas ini, semuanya berusia 20 tahun, bercadang untuk membantu golongan yang sering terbiar oleh komuniti – warga emas yang tinggal bersendirian atau di rumah penjagaan.

"Pengasingan di kalangan warga emas semakin ketara disebabkan oleh COVID-19. Bayangkanlah, kami yang sudah bosan duduk di rumah, walaupun dengan adanya Netflix dan penghantaran makanan, bagaimana pula dengan warga tua yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan sebegini?" 3SG (NS) Tan menjelaskan.

"Kami mencipta Hey, You Got Mail! sebagai satu cara untuk menghubungi dan memberitahu mereka, 'Hei, ada orang sedang memikirkan tentang anda sepanjang tempoh ini.'"

Ketabahan dan Inovasi

Dilancarkan pada 23 Jun tahun lalu, kumpulan bukan untung kini bekerjasama dengan 13 penerima bantuan, yang meliputi rumah penjagaan dan Sudut Warga Emas. Ia mengirimkan lebih kurang 300 kad ke satu dan dua rumah setiap bulan.

Tetapi pasukan itu masih mengenangkan waktu permulaannya, ketika mereka terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan daripada rakan-rakan niaga mereka. 3SG (NS) Tan, yang bertugas sebagai Pengarah Perhubungan dan Outreach inisiatif itu, mengenang berbulan-bulan menghantar emel kepada rumah-rumah penjagaan dan berasa cemas menunggu jawapan mereka.

Pada masa itu, latihannya sebagai infantri semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS), di mana dia bertugas sebagai Komandan Seksyen di Batalion ke-3, Rejimen Infantri Singapura, membantunya untuk terus maju.

Beliau berkata: "Ramai orang gentar menyertai pasukan infantri (kerana latihannya yang amat lasak) dan berasa sedih memikirkannya. Tetapi perkara paling penting yang menjadi iktibar bagi saya ialah set minda yang bagus dan pandangan positif boleh mendorong anda untuk terus maju.

"Ia adalah sama seperti Hey, You Got Mail! – apabila orang tidak membalas, saya akan mengingatkan diri untuk bertahan dan meneruskan apa yang saya lakukan, dan tidak berputus asa dengan cabaran yang dihadapi."

3SG (NS) Tan (tiga dari kiri) dengan bahagiannya semasa perbarisan pencapaian pada 22 Jan untuk menandakan ORD mereka (Tarikh Sedia Beroperasi). Baru-baru ini dia telah melengkapkan kursus NS sepenuh masa pada 3 Februari.

Dengan bilangan anggota yang kecil, bererti mereka perlu memaksimumkan tenaga kerja secara kreatif. Justeru, 3SG (NS) Advait mengajar dirinya reka bentuk web untuk melancarkan halaman web inisiatif itu. Dia juga menulis program bagi membantu mempercepat kerja pentadbiran pasukan.

"Sebagai Pengarah Inovasi, saya berikhtiar untuk memudah dan menjadikan pekerjaan kami lebih efisien. Contohnya, saya membina bot Telegram untuk memantau kewangan dan logistik kami, seperti bahan-bahan untuk membuat kad. Ini menggantikan keperluan untuk mengadakan setiausaha,” katanya.

Akhir sekali, Rumah Ling Kwang untuk Warga Emas, rumah yang pertama memberi respons dan pada Julai 2020, kelompok pertama kad ucapan dihantar kepada penerima yang sedang menunggu.

Pencapaian di luar jangkaan

Pada hari ini, Hey, You Got Mail! mempunyai sebanyak 161 sukarelawan yang saling berganti selang setiap hujung minggu untuk membuat kad dan mengedarkannya.

Inisiatif ini juga diberi ruang di Temasek Shophouse untuk mengendalikan aktiviti-aktivitinya, dan merupakan penerima dana oscar@sg. Dana itu, yang diberikan oleh Temasek Trust, menyokong inisiatif awal yang menyumbang untuk membantu warga Singapura yang sangat memerlukannya akibat pandemik.

Pasukan ini bersama-sama sukarelawan mereka pada 30 Jan menyediakan kad untuk diedarkan pada hari esoknya. Pemberian ruang oleh Temasek Shophouse untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka merupakan satu detik yang bermakna bagi pasukan mereka.

3SG (NS) Tan dan 3SG (NS) Advait tidak lupa sejauh mana perjalanan mereka.

"Saya masih ingat semasa duduk di lantai, betapa sukarnya untuk membuat kad. Tetapi semuanya berbaloi apabila saya melihat foto seorang wanita tua tersenyum melihat kad yang diterimanya. Ia menyedarkan saya bahawa kami melakukan sesuatu yang baik," kata Advait 3SG (NS).

Menemui semua orang daripada latar belakang yang berbeza sebagai Jurulatih Bahagian di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) telah membantunya menjadi lebih empatetik terhadap mereka yang sedang menghadapi kesusahan.

"Beberapa rekrut (di bawah pengawasan saya) dianggap sebagai remaja berisiko dan saya perlu meneliti mereka. Pada awalnya agak sukar untuk berhubung dengan mereka. Tetapi pengalaman itu mengajar saya untuk memahami mereka dengan lebih baik dan lebih terbuka. Ia telah memperluas set minda saya tentang bagaimana saya memandang masyarakat dan isu-isu yang mereka hadapi sekarang."

Menemui insan-insan daripada semua lapisan masyarakat sebagai pelatih di BMTC telah membantu 3SG (NS) Advait (dua dari kiri) menyedari pelbagai masalah yang dihadapi oleh warga Singapura. Dia juga telah menamatkan perkhdimatan NS sepenuh masa pada 3 Februari.

Bagi Tan 3SG (NS) pula, ia meraihkan setiap pencapaian bersama pasukan: "Ini bermula dengan 'Lihat, rumah penjagaan telah membalas akhirnya!' Dan seterusnya melihat pencapaian yang lebih besar seperti artikel pertama kami yang disiarkan dalam berita, dan bila kami mendapat ruang di Temasek Shophouse.

"Kami tidak pernah sangka akan capai ke tahap ini. Saya amat menghargai perayaan kecil yang kami adakan setiap kali kami memperoleh pencapaian baharu; ini adalah salah satu perkara yang mendorong kami untuk terus berusaha dengan gigih.

"Kami ingin (melepasi batasan) apa yang kami mampu lakukan, dan melihat apa yang boleh dicapai bersama– sesuatu yang kami tidak menjangka boleh berlaku."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hey, You Got Mail!, atau untuk mengirim kad kepada rakan atau orang tersayang, sila lawati heyyougotmail.com.

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
COMMUNITY
15 Feb 2021

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
COMMUNITY
15 Feb 2021

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
COMMUNITY
15 Feb 2021

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
COMMUNITY
15 Feb 2021

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
COMMUNITY
15 Feb 2021

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
COMMUNITY
15 Feb 2021

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
COMMUNITY
15 Feb 2021

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
COMMUNITY
15 Feb 2021

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
COMMUNITY
15 Feb 2021

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
COMMUNITY
15 Feb 2021

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.