MENSTRUKTUR SEMULA LATIHAN TENTERA LAUT AGAR LEBIH TEGUH DAN MANTAP

09mar21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09mar21_photo1174ce008-f9ec-4b79-bca9-3c9b20022f2e.jpg?sfvrsn=cad34b08_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENSTRUKTUR-SEMULA-LATIHAN-TENTERA-LAUT-AGAR-LEBIH-TEGUH-DAN-MANTAP
MENSTRUKTUR SEMULA LATIHAN TENTERA LAUT AGAR LEBIH TEGUH DAN MANTAP https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENSTRUKTUR-SEMULA-LATIHAN-TENTERA-LAUT-AGAR-LEBIH-TEGUH-DAN-MANTAP
09 Mar 2021 | OPS & TRAINING

MENSTRUKTUR SEMULA LATIHAN TENTERA LAUT AGAR LEBIH TEGUH DAN MANTAP

Berikutan penstrukturan semula baru-baru ini, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) telah membentuk flotila baru dengan penekanan yang lebih baik terhadap latihan bersasar untuk meneraju keupayaan yang khusus.

// KISAH THRINA THAM

// FOTO CHUA SOON LYE

Jurulatih yang cekap akan menghasilkan kelasi yang cekap, kata LTC Ng Yen Meng, Pembantu Panglima Flotila Pertama.
English 华文
English 华文

Berhadapan dengan cabaran keselamatan yang kian bertambah dan lebih merumitkan, RSN dikerah kepada misi-misi yang lebih meluas.

Untuk mengukuhkan keupayaannya, Angkatan Laut sedang membina platform pelbagai peranan yang baharu – seperti Kapal Misi Littoral dan Kapal Tempur Pelbagai Peranan yang akan datang – dan meninjau semula struktur organisasinya secara berterusan.

Satu usaha yang signifikan adalah penubuhan flotila baharu dalam Armada dan Markas MARSEC (Keselamatan Maritim) Pasukan Petugas Keselamatan Maritim (MSTF). Panglima Tentera Laut Laksamana Muda Aaron Beng merasmikan Majlis Perasmian Flotila RSN pada 9 Mac.

Setiap fortila dipertanggungjawab untuk "meningkat, melatih dan mengekal" platform tentera laut dan kompetensi profesional yang khusus.

Salah satu perkara yang diutamakan ialah Latihan memandangkan "jurulatih yang cekap akan menghasilkan kelasi yang cekap", kata Leftenan Kolonel (LTC) Ng Yen Meng, Pembantu Panglima Flotilla Pertama.

Justeru, Angkatan Tentera Laut akan mengukuhkan kader latihan dalam setiap flotila untuk menambat domain khusus dan bersedia untuk menjalani misi-misi yang berlainan.

ME4 Alvin Ng di bilik kawalan mesin korvet peluru berpandu. "Guru" Sistem Elektrikal & Kawalan (ECS) di Flotila ke-8, dia bertanggungjawab untuk melatih dan membangunkan jurutera ECS di sepanjang flotilanya.

Pakar Flotila untuk meningkatkan latihan

“Langkah yang penting ialah memperkenalkan Pakar Flotila – 'guru' pekerjaan masing-masing di flotila mereka," kata LTC Ng.

Pakar Flotila – seperti Pakar Sistem Marin, Pakar Sistem Navigasi, dan Pakar Sistem C2 (Perintah dan Kawalan) – mempunyai pengetahuan dan pengalaman domain yang mendalam tentang pekerjaan mereka.

Mereka akan berfokus mempersiapkan kelasi agar lebih cekap melalui latihan bersasar bagi mereka dalam pekerjaan mereka dan menggunakan maklum balas yang dipacu data.

Pakar Flotila ini juga akan bekerjasama dengan sekolah latihan untuk membuat penyesuaian pantas terhadap kurikulum latihan untuk menambahbaik sukatan pelajaran dan menggabungkan pembelajaran.

 

ME4 Ng (kiri) sedang membuat penilaian kebakaran dan kawalan kerosakan bagi anak kapal korvet peluru berpandu Flotila ke-8, Kapal RSS Vigor.

Lebih berfokus, lebih bagus hasilnya

Salah satu "guru" ialah Pakar Tentera (ME) 4 Alvin Ng, Pakar Sistem Elektrik & Kawalan (ECS) Flotilla ke-8. Pegawai berusia 51 tahun itu menguruskan latihan pekerjaan dan menetapkan standard kecekapan untuk jurutera ECS yang ditugaskan di enam korvet peluru berpandu flotila.

Dia juga bertanggungjawab membekal tenaga kerja untuk komuniti ECS flotila, dan merupakan pegawai yang sering didekati untuk mendapatkan apa jua nasihat, daripada pertanyaan berkaitan pekerjaan kepada pertanyaan tentang kemajuan kerjaya.

"Sebelum ini, saya sering menjalankan tugasan kejuruteraan, dan beberapa sesi latihan. Banyak latihan dilaksanakan semasa bekerja dan bergantung kepada pengalaman pegawai kanan anda atau isu-isu yang mereka pernah hadapi sebelum ini. Kini, fokusnya sudah berubah.

"Dengan peranan baharu (Pakar Flotila) ini, saya memiliki dan memastikan standard komuniti ECS dalam flotila. Dengan fokus yang lebih baik pada pembangunan latihan yang sistematik, kami pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik."

Penekanan tambahan dalam pembangunan latihan telah meningkatkan perkongsian pengetahuan, serta membuka jalan yang lebih formal bagi semua flotila untuk berkumpul sebagai komuniti latihan yang meluas, kata ME4 Ng.

"Kini terdapat perkongsian pengetahuan dan amalan baik, walaupun di antara kelas-kelas platform yang berlainan. Dan apabila semua Pakar duduk semeja, kami berbincang tentang perkara yang sama, iaitu bagaimana untuk melatih anggota kami dengan lebih berkesan."

Latihan dipacu data bagi hasil yang lebih mantap

Selain mewujudkan peranan Pakar Flotila baharu ini, flotila mengguna peralatan digital untuk mencipta latihan bersasar di peringkat individu dan pasukan, dan menerapkan penemuan data terbitan demi meningkatkan latihan di seluruh flotila malahan juga di antara flotila.

Flotila Pertama – yang dipertanggungjawabkan dengan kesediaan operasi frigat kelas Formidable dan keupayaan integrasi laut-udara – merupakan yang pertama untuk menguji penubuhan latihan yang dikembangkan pada Ogos lalu.

LTC Ng (kanan) membincangkan rancangan pembangunan latihan dengan pasukannya. Bekerja dengan Pakar Flotila daripada Flotila Pertama, dia telah melaksanakan proses baharu dan mengguna teknologi dan analisis data untuk menambahbaik mutu latihan.

Sebagai sebahagian daripada ujian, Flotila Pertama menguji penggunaan aplikasi dalaman yang menangkap pemerhatian daripada penilaian latihan dan menghasilkan trend dan penemuan utama.

Menurut LTC Ng, 41: "Dengan mengguna aplikasi untuk mengenal pasti bidang-bidang utama yang perlu dipertingkat, maka jelaslah apakah fokus latihan kami yang seterusnya dan bagaimana kami boleh meningkatkan hasil latihan kami."

Peralatan digital yang sedemikian juga boleh membantu mengenal pasti bidang-bidang dalam kapal-kapal yang berjaya, supaya bahagian latihan boleh mengkaji bagaimana untuk mencipta semula "faktor kejayaan" ini dalam kapal-kapal lain atau merentasi bahagian fungsian yang lain.

Latihan yang lebih cekap juga menjimatkan masa, tambah LTC Ng.

"Sekiranya saya dapat menghalusi dan mengendalikan latihan bersasar, saya boleh mengurangkan masa latihan yang diperlukan – dan ini akan membebaskan kapasiti bagi bahagian latihan saya dan juga kapal-kapal."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
09 Mar 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.