Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/18nov22_news1_photo8_updated1fbd478a-3e1e-455a-9155-f58fbe155909.jpg?sfvrsn=2ef71370_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENJADI-ASKAR-KEM-LAPANGAN-PERTAMA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENJADI-ASKAR-KEM-LAPANGAN-PERTAMA
MENJADI ASKAR: KEM LAPANGAN PERTAMA
18 Nov 2022 | OPS & TRAINING

MENJADI ASKAR: KEM LAPANGAN PERTAMA

INI MERUPAKAN AKTIVITI YANG HARUS DIJALANI OLEH SEMUA REKRUT BAHARU KETIKA LATIHAN ASAS TENTERA (BMT) DALAM PERJALANAN MEREKA UNTUK MENJADI ASKAR SEBENAR DALAM ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA.

Kem lapangan merampas segala keselesaan yang biasa dinikmati oleh askar muda tersebut dan memberi mereka pengalaman pertama hidup dan bertempur di hutan.

PIONEER telah menyertai para rekrut Kompeni Leopard Pusat Latihan Asas Tentera pada kem lapangan pertama mereka dari 23 hingga 26 Apr.

1-UP-B-caption

Sebelum memulakan kem lapangan mereka selama empat hari, rekrut berhimpun di barisan kompeni untuk membungkus pek lapangan mereka. Di bawah penyeliaan sarjan platun, mereka memastikan semua barang penting telah dibungkus – termasuk alat, bahan sedia makan dan salinan pakaian seragam. [Foto di atas adalah ihsan BMTC]

1-UP-B-caption

Rekrut bekerjasama secara rapat untuk memasang khemah basha mereka, yang melibatkan pengikatan tali togol antara dua pokok (digambarkan di atas), membentangkan helaian kalis air di atas talian itu untuk membentuk kanopi khemah, dan kemudian menambat helaian itu pada tanah dengan tali Comms dan pancang kayu (digambarkan di bawah).

1-UP-B-caption

Tembakan dan Pergerakan (digambarkan di bawah) ialah aspek penting dalam keupayaan Kemahiran Lapangan Individu (IFC) rekrut. Dalam kumpulan bertiga, mereka mempelajari cara untuk mara ke arah dan berundur dari sasaran atau objektif, sambil menggunakan tumbuh-tumbuhan sekeliling untuk menyembunyikan diri.

Mereka juga dapat berlatih kemahiran kepimpinan kerana setiap seorang daripada mereka berpeluang menjadi Penjaga (IC) dan mengetuai pasukan bertiga itu dalam misi.

1-UP-B-caption

Rekrut (REK) Aasish Mamidi, 18, mendapati latihan IFC itu lebih mencabar daripada yang disangka. "Latihan ini bukan sahaja meletihkan, anda juga perlu mengingati semua perintah yang anda harus berikan sambil berlari dan meniarap di rumput atau berselindung di belakang pokok.

"Tetapi ini juga peluang untuk saya berlatih kemahiran kepimpinan saya dan membina kemahiran kerjasama pasukan dan semangat berpasukan saya."

1-UP-B-caption

Pertempuran dalam perang bukan sekadar melibatkan aksi dan pergerakan; kadangkala anda perlu senyap dan memerhatikan persekitaran anda.

Di sini, mereka melatih telinga mereka untuk mencari tembakan musuh dengan menumpukan perhatian terhadap bunyi tembak-menembak bagi menentukan arah tembakan itu – semua ini dilakukan sambil meniarap di antara tumbuh-tumbuhan hutan yang lebat.

1-UP-B-caption

Pemburu senyap: Seorang askar menunggu di dalam semak. Rekrut mesti menyembunyikan diri mereka dengan cermat sambil memasang telinga bagi tembakan musuh atau memerhatikan persekitaran mereka, sebagai sebahagian daripada latihan IFC mereka.

1-UP-B-caption

Masa makan tengah hari! Para askar menikmati waktu rehat yang pendek daripada cahaya matahari dan latihan, dan makan makanan asas kem lapangan, iaitu catuan tempur.

"Catuan tempur sebenarnya agak sedap dan saya menyukainya. Hidangan ini berbeza daripada makanan yang dimasak di rumah, iaitu biasanya nasi dan hidangan ayam. Ia juga mudah dimakan dan tidak akan mengakibatkan kotoran, berbanding dengan catuan segar," kata REK Ethan Ha, 18, yang sedang makan catuan tempur buat kali pertama.

1-UP-B-caption

Tanya mana-mana rekrut, dan besar kemungkinan mereka akan bersetuju bahawa penggalian kubu lubang adalah salah satu bahagian paling sukar dalam kem lapangan.

Tugas ini bukan sahaja berat dari segi fizikal, malah terdapat juga tekanan mental untuk melengkapkan lubang 240cm kali 60cm itu dalam lingkungan tempoh dua jam. Menyempurnakan kemahiran ini adalah penting kerana kubu lubang menyediakan perlindungan ketika tembak-menembak dengan peluru hidup.

REK Muhammad Hashri Bin Hassan, 23, berkata: "Anda akan perlu bersedia secara mental dan juga cergas dari segi fizikal apabila menggali kubu lubang anda. Dan memandangkan sekarang ini bulan puasa, kami yang sedang berpuasa lagi penat."

Namun, dia mendapat motivasi untuk bertahan kerana rakannya: "Saya bersusah-payah pada mulanya kerana tanah yang saya cuba adalah sangat kering dan sukar digali. Tetapi apabila saya nampak bahawa rakan saya, yang mempunyai tanah jenis sama, sudah menggali lebih dalam daripada saya, saya terus mendesak diri saya untuk tidak ketinggalan."

1-UP-B-caption

Selepas tiga hari yang dahsyat di lapangan, para rekrut mendapat galakan serotonin yang amat diperlukan apabila mereka menerima surat daripada ibu bapa dan orang tersayang.

1-UP-B-caption

"Saya rasa amat terharu apabila menerima surat daripada rumah. Selepas semua kesusahan dan kesukaran yang saya hadapi dalam BMT dan PTP (Fasa Latihan Fizikal), saya terharu kerana menyedari bahawa saya masih sedang disokong oleh keluarga walaupun mereka tidak berada bersama saya di sini.

"Saya memang sudah beremosi apabila saya nampak surat itu, dan membaca kata-katanya (ditulis oleh keluarga saya) terus melembutkan hati saya," kata REK Ha (digambarkan di atas, kedua dari kanan).

1-UP-B-caption

REK Imran Ahmad Khan (digambarkan di atas, latar, tengah) menerima "surat" yang amat besar – sebuah buku cerita daripada ibunya! "Ibu saya menunjukkan kasih sayangnya melalui buku, dan itulah cara dia menandakan setiap satu daripada peristiwa penting saya," jelas rekrut berumur 19 tahun itu dengan senyuman.

1-UP-B-caption

Malam semakin gelap, tetapi masih belum masa untuk rekrut berehat. Dua demi dua, mereka menjalankan tugas sentri, membuat rondaan di tapak kem untuk menghindarkan "penceroboh".

1-UP-B-caption

Kem lapangan ini memuncak dengan Kursus Pertempuran Berkumpulan (GBC), yang menguji semua kemahiran askar yang dipelajari oleh rekrut.

Sebelum GBC, Pegawai Bertugas Kompeni iaitu Pegawai Waran Master Wee Peng Choon (digambarkan di atas, tengah, berdiri) melawat para askar untuk menawarkan galakan melalui ucapan dan membangkitkan semangat mereka.

1-UP-B-caption

Seorang rekrut membidik dan menembak pada sasaran yang tersembunyi di sebalik tumbuh-tumbuhan. Semasa GBC, semua askar menembak peluru kosong pada sasaran yang mereka temui.

1-UP-B-caption

Walaupun teruk dari segi fizikal, GBC ialah bahagian penting dalam perjalanannya sebagai seorang askar, kata REK Aasish (digambarkan di atas). "Kursus Pertempuran Berkumpulan ini telah menyedarkan saya tentang kehidupan tentera dan cara kita akan berlatih di rimba dan hutan."

1-UP-B-caption

Seorang rekrut mensimulasikan pelontaran bom tangan ke arah sasaran semasa GBC.

1-UP-B-caption

Seorang rekrut berlari untuk berlindung di belakang pokok. Dengan bunyi tembakan yang bergema di hutan, masa tidak boleh dibazir!

1-UP-B-caption

REK Hashri (digambarkan di atas), yang merupakan Penasihat Keselamatan platun pada hari tersebut, merenungkan pengalaman GBCnya: "Sebagai IC Kumpulan Pertempuran, anda mempunyai banyak tanggungjawab. Anda harus melindungi ahli pasukan, dan anda perlu tahu lokasi 'musuh'. Bila-bila musuh bergerak, anda harus sedar dan ambil tindakan sesuai.

"Tetapi saya menyukai peranan IC. Saya telah lebih mengenali diri saya, dan hal ini penting kerana di hutan, kadangkala anda bersendirian dan anda perlu tahu cara menjaga diri sendiri."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
18 Nov 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.