PEOPLE
MENDAKI KE PUNCAK DENGAN MEJAR S. UTAMA
20 Dec 2019
Juara pendaki batu, Mejar (MAJ) S. Utama menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menakluk tembok panjat.
MAJ Utama mula berkecimpung dalam sukan memanjat batu di dalam kawasan tertutup 17 tahun dahulu semasa beliau belajar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Beliau menunjukkan prestasi yang sungguh cemerlang sehinggakan dipilih mewakili Singapura dalam beberapa pertandingan.
Pakar memanjat laju ini juga merupakan juara di Litar Asia Tenggara 2006 dan naib juara Piala Dunia Memanjat 2006.
Walaupun sukan memanjat batu ditinggalkan buat sementara sejak dia memilih kerjaya askar, prestasinya masih lagi berada di puncak.
Awal tahun ini, askar berusia 34 tahun itu mengetuai pasukan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk memenangi pertandingan memanjat batu Perkhidmatan Awam. Dia juga memenangi anugerah pendaki paling laju.
Senaman untuk badan dan minda
Memanjat batu telah membantu membina bukan sahaja kekuatan fizikalnya tetapi juga memperbaiki pemikiran kritikal dan kemahiran merancang.
Sebelum mula memanjat, dia perlu menganalisis laluan yang mungkin diambil untuk memanjat dinding, dan merancang bagaimana dia boleh melaksanakan pendakian tersebut.
Pemikiran kritikal merupakan kualiti penting untuk pegawai tempur yang perlu membuat keputusan sukar ketika tertekan dalam persekitaran yang berubah, kata MAJ Utama, yang kini bertugas sebagai pegawai staf di Inspektorat Keselamatan Tentera. Jawatannya sebelum ini termasuk Pegawai Pemerintah dalam Batalion Pertama, Rejimen Infantri Singapura.
Saksikan bagaimana beliau memanjat di dalam gim memanjat:
Jika anda tidak boleh menonton video ini, berikut adalah beberapa petua untuk bermula dalam sukan memanjat batu:
Dapatkan kasut yang bersaiz lebih kecil
Dapatkan saiz kasut memanjat dengan ukuran kaki yang dikurangkan sebanyak setengah cm daripada apa yang anda selalu pakai. Ini akan membantu anda bergerak dengan lebih baik apabila memijak batu belebas kecil (juga dipanggil tempat berpijak).
Banyak menggunakan kaki anda
Pemain baru lebih cenderung menggunakan lengan dan menarik diri mereka untuk memanjat dinding. Sebaliknya, anda harus menggunakan kaki anda untuk menolak diri anda naik: Letakkan kaki pada tempat berpijak dahulu, dan kemudiannya berdiri. Selalunya, kaki anda lebih kuat dan gunakanlah kelebihan ini.
Memanjat dengan rakan-rakan anda
Rakan pendaki boleh memberi anda maklum balas dan petua untuk memperbaiki pendakian anda. Lebih penting lagi, anda akan lebih menikmati pendakian ini kerana anda mempunyai teman mendaki!
ALSO READ IN PEOPLE
Saya sentiasa menyokong anda
11 Feb 2026
Dia seorang pegawai Tentera Darat, dan dialah anggota (NS) yang menyokong impiannya. CPT Koh Xinci dan 3SG (NS) Nitro Chan berkongsi kisah cinta mereka dengan kami – termasuk perkahwinan mereka yang unik!
Beliau seorang Komando NSF & pemain lawan pedang yang memenangi pingat
28 Jan 2026
Pasukannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2025, dan beliau berharap dapat mewakili Singapura dalam lebih banyak pertandingan akan datang. Temui pemain lawan pedang CPL Samuel Elijah Robson, yang berkhidmat sebagai Komando semasa NS sepenuh masanya.
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.

