COMMUNITY
MENCARI KAEDAH BAHARU UNTUK MENCERITAKAN KISAH PERTAHANAN MUTLAK
16 Feb 2022
Singapura sentiasa memikirkan tentang kaedah dan bagaimana untuk menceritakan kisah Pertahanan Mutlak dan menyediakannya untuk generasi yang berbeza, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.
Singapura sentiasa memikirkan tentang kaedah dan bagaimana untuk menceritakan kisah Pertahanan Mutlak dan menyediakannya untuk generasi yang berbeza, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.
Sempena menandakan ulang tahun ke-80 kejatuhan Singapura kepada Jepun, terdapat beberapa orang yang masih hidup, yang telah menghadapi pendudukan Jepun secara langsung.
"Kami perlu menyediakan Singapura untuk generasi lain yang tidak dapat mendengar cerita ini secara langsung – daripada ibu bapa atau datuk nenek mereka."
Dr Ng sedang bercakap dengan pihak media pada 16 Feb, dalam lawatannya ke Diskolasi Muzium Negara Singapura: Kenangan dan Maksud Kejatuhan Singapura, pameran 1942.
Untuk memastikan mesej tentang Pertahanan Mutlak sentiasa kekal relevan, Dr Ng menyatakan bahawa kisah peribadi yang dirakam dalam pameran peringatan Perang Dunia II ini menawarkan peluang kepada khalayak ramai untuk mengaitkan dengan peristiwa yang berlaku pada masa lampau.
Menurut beliau lagi agensi seperti Nexus di bawah naungan Kementerian Pertahanan, serta jawatankuasa antara kementerian, akan terus mengusahakan mesej yang sewajarnya untuk generasi akan datang.
Selepas tamat lawatan pameran itu – yang dibahagikan kepada enam seksyen daripada pemindahan sebelum pencerobohan Jepun kepada selepas pendudukan – Dr Ng memuji pameran yang diadakan kerana ia memfokuskan kisah peribadi dan bukan persekitaran politik atau ketenteraan.
"(Ia) adalah berkaitan dengan kehidupan warga biasa apabila negara anda ditawan dan itulah intisari Pertahanan Mutlak."
Kata Dr Ng lagi, perincian yang sedemikian dapat dijalankan melalui temu bual awal oleh Arkib Negara Singapura.
"Muzium Negara memberitahu saya apabila keluarga datang ke pameran itu, mereka juga dapat mengenang semula beberapa butiran dan turut berkongsinya. Justeru, saya mendapati pameran ini pada keseluruhannya adalah suatu pengalaman yang baik."
Pameran Dislokasi menggunakan kaedah interaktif seperti realiti terimbuh dan gamifikasi untuk mempersembahkan aspek peperangan yang berbeza.
Umpamanya, dalam seksyen "Peperangan Singapura", para pelawat boleh mengguna telefon kamera mereka untuk melihat rupa bentuk artifak tertentu dalam keadaan asalnya.
Turut disediakan permainan interaktif di seksyen "Persediaan Pertahanan" di mana para pelawat boleh mengikut keputusan yang diambil dalam perancangan pertahanan Singapura.
Dislokasi akan diadakan di Muzium Negara Singapura sehingga 29 Mei.
ALSO READ IN COMMUNITY
Persembahan NDP 2026: Melangkaui jangkaan untuk meraikan semangat Singapura yang tidak goyah
03 Jul 2026
Melangkah ke dekad baharu kemerdekaan Singapura, segmen persembahan tahun ini menampilkan lebih 2600 penghibur dan 36 artis, yang mana 24 daripadanya adalah artis baharu.
Penyertaan yang lebih inklusif dan pelbagai dalam NDP 2026
25 Jun 2026
NDP tahun ini kembali ke Stadium Nasional selepas 10 tahun, membawakan penyegaran yang menarik untuk segmen Perbarisan & Upacara!
Tempat yang biasa, suasana segar untuk sambutan NDP 2026
21 May 2026
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini kembali ke Stadium Nasional dengan pertunjukan cahaya dron dalaman yang pertama seumpamanya dan pelbagai aktiviti di sekitar kawasan Kallang.

